Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Keadilan jambatan menuju kepada PAS - HC

Sedikit komen mengenai pendapat saudara yang dipetik seperti dibawah ini berasaskan pengalaman saya sendiri.

"Memang keADILan itu wujud selepas kes Anwar. Itulah yang dinamakan setengah pihak sebagai katalis atau pemula. Ramai yang tidak mengetahui latarbelakang penubuhan keADILan. Ambo pernah menulis di sini beberapa bulan yang lepas. KeADILan antara lain diharap menjadi tempat transit untuk ahli-ahlinya berjinak-jinak dengan Islam dan keadilan, atau lebih tepat jika dikatakan ianya sebagai satu jambatan untuk menuju kepada PAS. Mengapa perlu satu "jambatan"? Itu panjang kisahnya, sdr."

Setahu saya semasa berbual beberapa hari sebelum penubuhan parti Keadilan dengan beberapa sahabat yang bakal menjadi ahli parti baru tersebut, mereka dengan terus terang mengatakan bahawa mereka memilih Keadilan yang ditubuhkan itu kerana rasa tidak yakin dan berasa tidak begitu selesa (comfortable) dengan kerajaan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Sehingga hari ini mereka tetap dengan pendirian ini dan tidak berhenti-henti mencaci dan memperlekehkan segala yang dilakukan oleh PAS, dan bertambah liat dalam menetang kerajaan Islam. Kawalan terafik di ceramah-ceramah BA yang dituan rumahkan oleh PAS turut menjadi bahan celaan dan kritikan mereka. Saya dapati rakan-rakan mereka yang sempat saya temui juga hampir sama sikap mereka dan agak liat betul terhadap pemerintahan Islam.

Saya juga menemui banyak ahli Keadilan yang pada awal-awal lagi adalah mereka-mereka yang sudah pun beramal, kalau tidak setanding mungkin melebehi orang-orang PAS sendiri. Malangnya mereka juga maseh mungkin dari segi keimanan belum boleh menerima pemerintahan Islam samada oleh PAS mau pun melalui landasan yang lain.

Keadilan sebagai "tempat transit untuk ahli-ahlinya berjinak-jinak dengan Islam ..sebagai satu jambatan untuk menuju kepada PAS" seperti yang saudara katakan, kalau ini memang sebenar antara tujuan asal penubuhan Keadilan, saya rasa objektif ini memangnya telah tercapai. Selain dari dua tiga gulungan yang saya sebutkan tadi yang liat terhadap PAS kebanyakan dikalangan ahli dan penyokong Keadilan sudah meningkat amalan agama mereka dan sudah pun ujud perasaan "kekitaan" dengan ahli dan penyokong PAS.

Semangat "kekitaan" ia-itu "the sense of belonging" yang telah ujud ini perlu dikekalkan dan dieratkan lagi. Insya Allah.

Wassalam.

Tarabulsi



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com