Sumber-sumber tertentu mengatakan Perdana Menteri Dr.
Mahathir sudah memberi arahan supaya segala helah dan
tipudaya di gunakan untuk membolehkan kerajaan
mengharamkan PAS. Dr. Mahathir dikatakan sudah dapat
disedarkan kepada realiti semasa, ia-itu masyarakat
Melayu sedang berada dalam arus kebangkitan Islam
dalam mana UMNO yang sekular, terutamanya Mahathir
sendiri yang banyak menghina dan memperlekehkan Islam,
dianggap sebagai ‘dajjal’ dan musuh Islam. Sebelum ini
Dr. Mahathir terlalu degil dan ghairah dalam mengukur
sokongan orang-orang Melayu hanya dari sudut kekayaan
wang ringgit dan harta benda serta pemulihan dan
pertumbuhan ekonomi.
Mengikut perkiraan para stratejis UMNO, arus
kebangkitan Islam ini begitu merbahaya kepada
“survival” UMNO dan mesti dipatahkan sama sekali
dengan tindakan-tindakan yang drastik mau pun kejam.
PAS yang menjadi “vehicle” kepada arus kebangkitan
Islam itu bukan sahaja sudah memperolehi sokongan
majoriti orang-orang Melayu, tetapi sudah mula
diterima oleh orang-orang bukan Islam yang kagum
dengan pemerintahan amanah,berseh, cekap dan saksama
kerajaan PAS (BA) di Kelantan dan Terengganu.
Perkembangan-perkembangan ini dianggap sangat
merbahaya kepada UMNO. Malahan, ada cadangan-cadangan
untuk meningkatkan lagi kempen menakut-nakutkan
orang-orang Cina dan India terhadap Islam dan PAS,
disamping menyekat aktiviti dakwah mengIslamkan rakyat
bukan Islam.
Usaha UMNO kearah pengharaman PAS sudah dimulakan.
Tuduhan liar bahawa PAS telah mengeluarkan fatwa-fatwa
yang menyalahi aqidah adalah langkah pertama. Seperti
biasa Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO membuat
tuduhan dulu tanpa memberi bukti, kerana bukti-bukti
itu sedang direka. Sedang direka juga bukti-bukti
bahawa PAS berfahaman syiah dan kononnya ejen kepada
kuasa asing yang hendak menjajah negara ini.
Dikatakan kaedah yang digunakan dalam menghukum Anwar
Ibrahim akan juga digunakan untuk mengharamkan PAS,
ia-itu, tuduh dulu, kemudiannya reka bukti-bukti.
Maseh belum diketahui samada mahkamah yang akan
membuat keputusan atau memadai setakat menggunakan
akta-akta tertentu bagi mengeluarkan perintah
pengharaman ke atas PAS itu. Tidak menjadi hal kalau
bukti-bukti yang direka itu terang-terang adalah
pembohongan dan fitnah semata-mata. Yang “relevant”
adalah PAS mesti diharamkan dengan apa cara pun supaya
orang-orang Melayu tidak akan punyai alternatif
kecuali kembali kepada UMNO.
Apa jua bantahan nanti terhadap keputusan
mengharamkan PAS tidak akan dihiraukan langsung oleh
Dr. Mahathir dan UMNO yang mengamalkan “politik tanpa
perasaan dan bertimbang rasa (politics of no
conscience).” Seperti dengan kes Anwar, pihak Dr.
Mahathir dan UMNO akan tidak menghiraukan segala
bantahan dan akan “maintain a wall of silence”.
Sedang dipertimbangkan juga tindakan-tindakan susulan
yang kejam dan drastik setelah perintah pengharaman
PAS diumumkan. Ada cadangan supaya ahli-ahli PAS
diistiharkan sebagai pengkhianat dan musuh negara,
bermakna sama tarafnya dengan pengganas komunis semasa
era Emergency dahulu dan boleh diburu sebagai
pengkhianat.
Lain-lain tindakan susulan adalah “crackdown” secara
kejam ke atas demonstrasi disamping melancarkan ops
penangkapan pemimpin-pemimpin PAS di bawah ISA. Mereka
akan disiksa dalam tahanan dan dijanjikan kebebasan
sekiranya setuju membuat pengakuan dikhalayak ramai
dengan siaran terus menerus TV bahawa mereka telah
menyampaikan ajaran-ajaran yang sesat. Ini mainan
skrip lama yang dibintangi dulu oleh Arqam.
Hanya masa yang akan menentukan samada
maklumat-maklumat ini punyai kebenaran. Sekiranya
maklumat ini sahih maka dengan pendedahan ini mungkin
akan terencatlah rancangan jahat UMNO tersebut. Walau
apa pun adalah wajar bagi kepimpinan serta ahli-ahli
PAS untuk bersedia menghadapi apa jua kemungkinan
dengan persiapan-persiapan yang difikirkan wajar. Buat
masa ini kerjakanlah solat hajat dan berdoa agar
dihindar Allah dari berlakunya penganiayaan ini.
Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !
Tarabulsi