Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Penjelasan Hukum Murtad

Sejak kecil lagi kita diajarkan bahawa orang Islam yang murtad itu sekiranya setelah dinasihatkan masih enggan bertaubat dan kembali kepada Islam, maka hendaklah orang yang murtad itu dibunuh.

Hukum-hukum Islam mengenai murtad, zina, minum arak, judi , haram-halal seperti haram makan babi, riba adalah hukum-hukum Islam yang sudah dijelaskan sejak kecil lagi kepada kita semua. Tetapi UMNO dibawah kepimpinan Dr. Mahathir telah berusaha dengan gigihnya untuk mengubahsuaikan hukum-hukum Islam tersebut supaya selaras dengan citrasa, kepentingan bisnes serta lain-lain kepentingan duniawi mereka. Maka banyak hukum-hukum Islam yang begitu jelas cuba dikaburkan dengan matlamat untuk akhir-akhirnya diubahsuaikan hukum-hukum tersebut supaya selaras dengan hawa nafsu mereka.

Umpamanya pada tahun 1992 – 1994 Perdana Menteri Dr. Mahathir telah banyak mengeluarkan “fatwa “ yang songsang dan bertentangan dengan ajaran Islam. Umpamanya Mahathir mempertikaikan hukum Islam mengenai menutup aurat dan mempertikaikan hukum Islam yang melarang sentuhan kulit antara lelaki-perempuan yang bukan muhrim seperti semasa berjabat tangan. Arahan telah dikeluarkan kepada pegawai-pegawai kerajaan wanita beragama Islam supaya mereka mesti sambut salam yang dihulurkan oleh saorang lelaki. Mahathir juga telah ber"fatwa" bahawa pinjaman duit kalau diwaktu akad si peminjam rela membayar balik lebeh dari wang yang dipinjamnya, maka dalam keadaan tersebut tidak ada unsur paksaan atau penindasan dan dengan itu bayaran balik yang berlebehan yang dituntut itu tak lah dikira riba. "Fatwa" Dr. mahathir mengenai riba ini bercanggah sama sekali dengan yang dihukumkan dalam Quran. “Fatwa-fatwa” yang dikeluarkan oleh Dr.Mahathir yang bertentangan samasekali dengan Quran dan Hadis ini malangnya disokong oleh ramai pemimpin-pemimpin dan ulamak UMNO.

“Fatwa” songsang bertujuan untuk mengkaburkan ajaran Islam yang terbaru dari mulut Dr. Mahathir adalah orang Melayu tidak makan babi kerana sejak kecil dididik bahawa babi itu jijik dan kotor dan orang Melayu juga dididik sejak kecil supaya tidak menerima agama lain. Kenyataan ini boleh membawa makna yang bertentangan dengan Islam.

Dr. Mahathir sepatutnya berkata orang Melayu tidak makan babi kerana agama Islam mengharamkan makan babi, dan orang Melayu tidak menerima ajaran agama lain kerana Quran mengatakan hanya Islam sahaja agama yang diredai Allah dan juga kerana orang Islam tidak dibenarkan murtad, ia-itu menukar agama mereka sama sekali.

Berikut adalah sedikit petekan mengenai hukum murtad dari “ Manusia dan Islam” oleh Ustaz Professor Dato Dr. Haron Din.

“ Demi kemaslahatan dan kepentingan manusia, persoalan menukar agama dari Islam kepada agama lama (lain) perlu diberi kawalan yang ketat dan rapi. Orang islam tidak dibenarkan menukar agamanya sama sekali. Sesiapa yang menukarkannya juga, maka menurut undang-undang Islam hukuman yang wajib dijatuhkan keatas mereka adalah hukuman bunuh. Rasulullah s.a.w. bersabda :

Terjemahan: “Sesiapa orang Islam yang menukar agamanya maka bunuhlah ia.”(Riwayat Kebanyakan ahli Sunan)

Ketika Rasulullah s.a.w. menghantar sahabatnya yang bernama Mu’az bin Jabal ke Yaman pada zaman pemerintahannya untuk menjadi hakim di sana; Rasulullah s.a.w. mengingatkan Mu’az jika sekiranya kamu dapati ada orang-orang yang murtad maka bunuhlah ia.”

Dalam buku “Manusia dan Islam” juga diterangkan bahawa hukuman bunuh ke atas orang-orang yang murtad itu bukanlah boleh dibuat sewenang- wenangnya. Pemerintah mesti terlebeh dahulu berusaha mengembalikan sesaorang yang murtad itu kepada kebenaran Islam. Jika tidak berjaya dikembalikan kepada Islam bererti orang murtad tersebut membawa penyakit yang merbahaya kerana boleh mempengaruhi yang lain untuk turut murtad. Maka orang yang murtad yang enggan kembali kepada Islam hendaklah dihukum bunuh supaya terselamat orang Islam yang lain dari bahaya murtad yang dibawa olehnya.

Semata-mata kerana Allah SWT.

Wassalam.

Tarabulsi



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com