Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

SEDIKIT PENJELASAN MENGENAI SYI’AH

Assalamualaikum,

Memandangkan PAS telah beberapa kali dituduh Syi’ah tetapi disebalik itu pula Arqam yang merupakan salah satu firqah Syi'ah nampaknya ditonjol-tonjolkan semula oleh Kerajaan UMNO-BN sebagai persaingan kepada PAS, maka berikut adalah percubaan dari saya untuk memberi sedikit penjelasan mengenai fahaman Syi’ah dari nota-nota ceramah-ceramah agama yang saya ikuti dan dari penulisan-penulisan mengenai fahaman Syi'ah.

Syi’ah dalam Bahasa Arab bermakna gulungan, puak atau kumpulan. Orang Syi'ah berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman (tetapi Rukun Iman Syi'ah adalah 7 dan bukannya 6). Kepercayaan mereka bahawa Sayidina Ali bin Abu Talib ialah orang yang berhak menyandang jawatan Kalifah sesudah Rasulullah s.aw. wafat telah melahirkan berbagai dogma dan konsep kepercayaan yang menggugat aqidah dan membuat orang Syi'ah jauh terpesong .

SEJARAH KELAHIRAN SYI’AH

Fahaman Syi’ah dipelupori oleh Abdullah bin Saba, saorang pendita Yahudi dari Yaman yang telah memeluk Islam disekitar tahun 30 hijrah, ia-itu di akhir zaman pemerintahan Khalifah Islam Ke-3, Khalifah Uthman bin Affan. Bekas pendita Yahudi itu berasa terhina apabila berpindah ke Madinah dan tidak diberi penghargaan yang dikehendakkinya dari Khalifah Uthman. Apabila berlaku bantahan terhadap pemertintahan Khalifah Uthman yang dituduh mengamalkan dasar pilih kasih bila jawatan tinggi dalam pemerintahannya disandang oleh kaum kerabatnya dari Bani Umaiyah, maka Abdullah bin Saba tampil sebagai salah saorang pemimpin pemberontakan tersebut. Kemuncak pemberontakan tersebut adalah pembunuhan Khalifah Uthman pada tahun 35 hijrah.

Menurut sesetengah ahli sejarah Islam, Abdullah bin Saba sebenarnya masuk Islam dengan tujuan jahat, ia-itu untuk menimbulkan kekacauan dikalangan kaum muslimin dari dalam setelah orang Yahudi gagal merosakkan Islam dari luar.

Abdullah bin Saba telah mengeluarkan "hadith-hadith" rekaannya sendiri untuk mengapi-apikan pemberontakan menentang Khalifah Uthman. Dari "hadith-hadith" palsu inilah lahirnya fahaman Syi’ah terutamanya "hadith" mengenai kononnya Saiyidina Ali telah diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjadi Khalifah pertama. Hanya Sayidina Ali dan keturunannya sahaja yang layak memegang jawatan Khalifah. "Hadith" palsu ini menjadi asas "Konsep Imamiyah" (Rukun Ketujuh) fahaman Syi’ah.

Berdasarkan "hadith-hadith" palsunya, Abdullah bin Saba menaburkan fitnah bahawa Khalifah Pertama Saiyidina Abu Bakar, Khalifah Kedua Umar, dan Khalifah Ketiga Uthman adalah penentang wasiat Rasulullah dan perampas jawatan Khalifah dari Sayidina Ali.

Fahaman Syi’ah mulanya hanya satu aliran, ia-itu Syi’ah Ali yang dipelupori bekas pendita Yahudi Abdullah bin Saba tersebut. Kini gulungan Syi’ah telah berpecah kepada 22 firqah (aliran). Yang terbesar antaranya. dari segi bilangan pengikut, adalah Syi’ah Saba’iyah, Syi’ah Kaisniyah, Syi’ah Imamiyah, Syi’ah Ismailiyah, Syi’ah Zaidiyah, Syi’ah Qaramithah.

“KONSEP IMAMIYAH” SYI’AH SEBAGAI RUKUN ISLAM KETUJUH

Yang terpenting dalam ajaran Syi’ah yang juga menjadi pokok perbedzaan dengan Ahlussunnah wal Jamaah adalah "Konsep Imamiyah". Konsep ini dijadikan Rukun Iman yang ketujuh oleh semua firqah Syi’ah, dan sesiapa yang tidak menerimanya dianggap kafir.

Mengikut "Konsep Imamiyah" ini gelaran Khalifah (Ketua Negara) diubah menjadi Imam. Imam hanya boleh dilantik oleh Rasulullah s.aw. dan kaum Muslimin tidak berhak memilih Khalifah atau Imam. Mengikut ajaran Syi’ah jawatan Khalifah atau Imam hanya boleh dipilih oleh Rasulullah s.a.w, dan Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan Sayidina Ali untuk mengantinya sebagai Imam setelah Rasulullah wafat. Sebagai waris Nabi, Sayidina Ali terus menerima wahyu dari Allah SWT. Sayidina Ali pula tidak mati dan seperti Nabi Isa s.a.w. beliau di bawa kelangit. Yang mati adalah gantinya. Seperti Nabi Isa s.a.w juga, Sayidina Ali akan diutuskan lagi kepada manusia sebagai Imam Mahdi untuk menghapuskan kezaliman dan kesesatan manusia.

Mengikut kepercayaan Syi’ah, sementara menunggu Sayidina Ali muncul kembali di dunia, roh beliau sebagai Imam Syi'ah yang pertama berpindah-pindah dari jasad beliau kepada jasad 11 orang Imam (ada firqah Syi’ah menerima hanya 7 Imam). Ini yang dikatakan konsep Imam 12 (atau konsep Imam 7 bagi sesetengah firqah Syi’ah). Adalah jelas dan nyata bahawa kepercayaan mengenai roh Sayidina Ali boleh berpindah dari satu jasad kepada satu jasad yang lain bukan dari I’tiqad Islam tetapi kepercayaan agama lain seperti Hindu dan Buddha. Imam yang ke-12 ( atau ke-7) bernama Muhammad bin Hasan al Mahdi dipercayai tidak mati tapi ghaib (konsep Imam Ghaib). Sayidinna Ali dipercayai akan muncul kembali ke dunia dalam jasad Imam yang ke-12, Imam Mahdi yang ghaib itu. Ini di panggil I’tiqad Ar-Rajah oleh orang Syi’ah.

Inilah sebabnya banyak pemimpin2 Syi’ah seperti pemimpin Arqam di Malaysia, Ashaari, menonjolkan diri mereka sebagai Imam Mahdi.

Seperti yang telah disebut awal tadi, "Konsep Imamiyah" (merangkumi konsep 12 Imam dan Imam Ghaib –Imam Mahdi atau Ar-Rajah) sebenarnya adalah Rukun Iman yang ketujuh bagi semua firqah Syi’ah. Kita semua tahu Rukun Iman yang disabdakan oleh Rasulullah adalah enam (6) sahaja, tetapi bagi Syi’ah ditambah satu lagi ("Konsep Imamiyah") menjadi tujuh (7).

Imam Syi’ah akan terus menerima wahyu dari Allah. Imam ke-12 yang ghaib itu pula terus menyampaikan wahyu-wahyu tersebut pula kepada beberapa pemimpin (Imam) Syi’ah yang hidup dizaman kita ini. Khomeini dan Ashaaari (Arqam Malaysia) dianggap oleh pengikut mereka antara pemimpin Syi'ah yang menerima wahyu-wahyu tersebut.

Di bawah "Konsep Imamiyah" ini juga Imam Syi'ah adalah orang-orang yang ma’sum atau bersih dari sebarang dosa kerana mereka adalah pengganti Nabi s.a.w. Maka Imam Syia’ah tidak boleh ditegur atau dibantah. Fatwa atau hukum yang mereka keluarkan wajib di patuhi sepenuhnya kerana mereka terus menerus menerima wahyu.

SYI’AH MENOLAK HADITH-HADITH BHUKARI, MUSLIM DLL.

Orang Syi’ah menolak hadith-hadith yang terkumpul semasa Khalifah Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan Sayidina Uthman kerana ketiga-tiga Khalifah ini dianggap berdosa sebab telah merampas jawatan Khalifah (Imam) dari Sayidina Ali. Oleh demikian walau pun majoriti umat Islam berpegang pada hadith-hadith riwayat Imam Bukhari, Muslim, An Nasa’i, Ibnu Majah, Abu Daud, Termidzi dan lain-lain, orang-orang Syi’ah hanya menerima hadith-hadith yang dikumpulkan dalam kitab ‘al Kaafi” oleh ulamak Syi’ah Muhammad bin Ya’ub al Kulini.

Ada bermacam lagi konsep-konsep baru yang menjadi kepercayaan Syi’ah seperti Konsep Taqiyah ( ia-itu bermuka-muka dalam perkara agama), Kahwin Muta'ah, dan pencantuman (reunion) Allah dengan makhlok (pelupornya adalah Al-Arabi dari Mesir, dan kepercayaan ‘reunion” ini menjadi asas pegangan gulungan tarekat).

Semata-mata kerana Allah SWT.

Tarabulsi



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com