Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Yunus Khan anggap Orang Melayu tak upaya berfikir

Sungguh cetek dan dengkil pendapat Yunus Khan apabila membuat kesimpulan yang terlalu simplistik bahawa rata-rata orang Melayu kini menolak UMNO kerana terpengaruh dengan ucapan-ucapan pemimpin PAS yang menurut beliau telah bermain emosi dan menghentam peribadi lawan politik.

Adakah sebab-sebab emosi dan pertimbangan yang tidak rational ini yang membuat orang Melayu pandang jijik dan benci terhadap UMNO? Adakah orang Melayu itu kaum yang tak berupaya berfikir dengan rational seperti yang dikatakan oleh Yunus Khan? Come on Yunus Khan, come on boy, jangan pandang terlalu hina dan rendah terhadap orang Melayu. Jangan ingat orang Melayu ini bodoh dan tidak mampu berfikir, tak tahu memilih antara yang yang baik dan yang buruk.

Tidaklah hairan Yunus Khan terkeliru dan membuat kesimpulan yang langsung tidak berasaskan realiti kerana premis beliau dalam mengukur orang Melayu hanyalah dari sudut ekonomi dan pembangunan, ia-itu kebendaan. Mungkin premis ini lebeh sesuai dijadikan asas mengkaji kaum Cina, dan adalah satu kesilapan besar menyamakan orang Melayu dengan orang Cina yang terlalu materialistik itu.

Maseh mengenai sabjek ekonomi dan pembangunan, saya tertarik dengan perumpamaan "tin kosong" yang digunakan oleh Yunus Khan. Kali terakhir saya dengar perumpamaan ini disebut adalah semasa ziarah menziarah Aidil Fitri baru-baru ini.

Topik usahawan Melayu telah timbul sambil kami menjamu selera dengan ketupat dan rendang. Dari pandangan beberapa orang dari kami yang berjawatan eksekutif di sektor swasta, kami membuat kesimpulan bahawa dasar pembangunan usahawan Melayu adalah begitu rapuh sekali kerana yang dihasilkan secara "overnight" dari kalangan kroni-kroni adalah "tin-tin kosong". "Tin-tin kosong" ini diberi gelaran Tan Sri dan Dato, diberi kemudahan pinjaman bank (hinggakan bank hamoir bankrupt denan non performing loans), "dihadiahkan" projek-projek kerajaan serta cebisan-cebisan projek mega yang mereka sub-contract kepada syarikat2 dari luar negeri dan syarikat-syarikat Cina dari dalam negeri.

Usahawan Melayu yang diujudkan secara "overnight" ini sebenarnya adalah "tin-tin kosong" yang meraih keuntungan berjuta-juta ringgit secara "atas angin". Segalanya diberi "on a silver platter". Kebanyakan tugas di menara atau ruang pejabat mereka yang serba canggih itu tertumpu kepada usaha mendapatkan projek-projek dari kerajaan, dan seterusnya usaha memileh sub-contractor yang berwibawa yang bersedia mengerjakan projek-projek tersebut dengan kaedah untung bersama atau "win-win arrangement".

Yang dilakukan oleh 'tin-tin' kosong ini tak juah bedzanya dengan jabatan-jabatan kerajaan yang diluluskan projek mereka oleh Unit Perancangan Ekonomi dan seterusnya mengagih-agihkan projek-projek tersebut kepada kontraktor-kontraktor yang dipilih.

Usahawan Melayu yang berupa 'tin-tin kosong' ini begitu kurang dari segi pengalaman serta acumen bisness, dan apabila mereka tersepit, mereka mendapat pertolongan bail-out atas dasar nepotisma dan kronisma. Yang terbaru sekali adalah kes bail-out Indah Water Konsortium (IWK) yang akan diambil alih oleh kerajaan.

Budaya kronisma, nepotisma, rasuah, penyalahgunaan kuasa, merompakan hartanah negara secara berkelompok, dayus, tamak haloba, mempertahan dan menggalakan maksiat dan kemungkaran disamping budaya mengubahsuaikan Islam kepada citarasa selera dan nafsu orang-orang UMNO, dan bermacam lagi penyakit yang kronik yang menimpa UMNO telah membuat orang Melayu rata-rata sudah terlalu jijik dan benci kepada UMNO. Orang-orang UMNO perlu lihat diri sendiri dicermin.

Ini bukan kes bila Dr Mahathir berundur maka orang Melayu akan balik kepada UMNO. Tak semudah itu Yunus Khan. Certainly not that simplistic a phenomena and solution, my dear boy.

Tarabulsi



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com