Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Buang Dr Mahathir demi memelihara Islam dari disongsangkan

Saya percaya ramai akan melenting dengan kenyataan bahawa ajaran agama Islam lebeh selamat di Singapura dari di Malaysia. Bertenang dan teliti apa yang akan saya huraikan. Tidak dinafikan sebagai negara bukan Islam, Singapura telah dan akan mengenakan berbagai sekatan dan tekanan terhadap Islam. Namun begitu hingga hari ini belum ada percubaan oleh kerajaan Singapura untuk mengsongsangkan hukum-hukum dan ajaran Islam seperti yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir dan kroni-kroninya yang memerintah Malaysia.

Kerajaan di negara-negara bukan Islam seperti Singapura sememangnya menyekat dan menindas Islam . Di Jerman umpamanya tidak dibenarkan pembinaan masjid pada suatu ketika dahulu. Namun begitu mereka tidak berani memaksa pemimpin Islam dinegara mereka untuk mengubahsuaikan hukum-hukum dan ajaran Islam. Di Malaysia, walau pun Islam dianggap agama utama, tetapi dalam pada membina masjid serta mengadakan aktiviti agama, kerajaan Malaysia telah disamping itu berusaha mengubahsuaikan hukum-hukum dan ajaran Islam supaya selaras dengan citarasa dan kepentingan Dr Mahathir dan kroni-kroninya.

Dalam ertikata yang lain, Islam di negara bukan Islam seperti Singapura walau pun tertindas adalah selamat dari bahaya ajarannya disongsangkan. Disebaliknya pula Malaysia yang kononnya model negara Islam berada dibawah kepimpinan Dr Mahathir yang sebenarnya adalah musuh dalam selimut kepada Islam, dan Islam di Malaysia berada dalam bahaya ajarannya disongsangkan..

Kalau Dr Mahathir dan kroni-kroninya tidak disekat dari mengubahsuaikan ajaran Islam, maka anak cucu kita nanti akan mewarisi Islam yang sudah terpesong terlalu jauh dari aqidah serta ajaran Islam yang asal. Anak cucu kita akan mewarisi Islam yang sudah kena modified dengan disongsangkan oleh berbagai perubahan dan kelonggaran kepada hukum-hukum dan ajarannya oleh Dr Mahathir dan kroni-kroninya..

Mungkin ada yang akan menyebut tentang larangan mengemundangkan azan yang dianggap ‘noise pollution” oleh kerajaan Singapura beberapa tahun lalu ( tetapi kini sudah ditarik balik larangan tersebut). Tidaklah pelik dan menghairankan kalau Singapura sebagai negara bukan Islam mengenakan sekatan-sekatan keatas Islam tersebut. Malahan akan menjadi pelik kalau kerajaan Singapura tidak bertindak sedemikian.

Tetapi apahal pula dengan kerajaan Mesir yang beberapa tahun dahulu telah memerintahkan masjid-masjid merendahkan volume alat pembesar suara untuk menyekat khutbah Jumaat dan ceramah-ceramah agama dari kedengaran di luar kawasan masjid. Tidakkah tindak-tanduk Mesir ini pelek dan menghairankan? Lagi pelek adalah tindakan kerajaan Dr Mahathir yang baru-baru ini mengeluarkan arahan menyekat ceramah-ceramah dan lain-lain aktiviti agama Islam yang diadakan di masjid-masjid. Dan kita semua tahu langkah ini semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan politik Dr Mahathir.

Malahan ada pendapat dikalangan orang UMNO sendiri yang mengatakan sekatan ke atas ceramah dan akitiviti agama di masjid-masjid itu antara lainnya adalah untuk mempastikan orang UMNO tidak menggunakan masjid untuk menyebarkan sentimen anti Dr Mahathir dalam 'run-up'kepada pemilihan UMNO pada bulan Mei nanti.

Amatlah penting bagi Bahagian-Bahagian UMNO yang sedang dalam proses pencalunan kepimpinan baru untuk memikirkan samada inginkan anak cucu kita mewarisi Islam yang asal atau pun Islam ‘brand baru’ yang mana ajarannya telah terpesong dari aqidah dengan di ‘modify’ dan disongsangkan oleh Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya. Dari perbualan dengan rakan-rakan yang UMNO, saya dapati sebenarnya ramai orang UMNO sedar bahawa Dr Mahathir itu adalah musuh dalam selimut kepada Islam tetapi mereka takut bertindak. Sebagai saorang Islam saya menyeru kepada Bahagian-Bahagian UMNO yang maseh belum membuat keputusan pencalunan supaya bertawakal sepenuhnya kepada Allah SWT dan jangan lepaskan peluang yang ada sekarang ini untuk menyelamatkan Islam dari bahaya terus disongsangkan oleh Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya. Pilihlah barisan pemimpin UMNO yang baru.

Yang Ikhlas

Tarabulsi.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com