Kenyataan Dr Mahathir di Kedah pada Eidul Adha bahawa
kerajaan pusat bercadang untuk mengikut jejak kerajaan
negeri Melaka dan menghentikan berurusan dengan
bank-bank yang kebanyakan kakitangannya adalah
penyokong parti pembangkang telah mengesahkan beberapa
perkara. Pertamanya, ia mengesahkan desas-desus
sebelum ini bahawa helah akan dicari supaya urusan
perbankan kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri
dibawah BN akan dipindahkan kepada bank-bank dimana Dr
Mahathir-Daim dan kroni-kroni punyai kepenting. Dr
Mahathir juga telah mengesahkan secara tidak langsung
bahawa kebanyakan maklumat tentang penyalahgunaan
kuasa, amalan rasuah dan lain-lain penyelewengan
kerajaan UMNO-BN yang telah didedahkan melalui
internet di laman-laman Reformasi adalah benar dan
sahih.
Kenyataan Dr Mahathir yang menyokong tindakan Ketua
Menteri Melaka, Ali Rustam juga mengesahkan bahawa
kerajaan Melaka sebenarnya diarah untuk memulakan dan
membuka jalan bagi kerajaan pusat untuk bertindak, dan
dengan demikian kejahatan Dr Mahathir yang mengarahkan
segalanya dari belakang tabir tidak kelihatan..
Dr Mahathir dan Ali Rustam juga mengesahkan kebanyakan
rakyat termasuk kakitangan bank sudah menolak UMNO-BN.
Tidak menghairankan mengapa kebanyakan kakitangan
bank, seperti juga kebanyakan kakitangan awam dan
kakitangan Petronas, menolak UMNO-BN. Urusan harian
mereka telah mendedahkan mereka kepada bermacam
penyelewengan dalam pengurusan duit rakyat oleh
kerajaan UMNO-BN. Lagi pun bank-bank hampir bankrupt
dan kini terpaksa digabungkan akibat dari dipaksa
memberi pinjaman kepada orang-orang UMNO-BN dan
kroni-kroni tanpa mengikut syarat dan kaedah pinjaman
bank. Dan pergabungan bank itu pula akan
mengakibatkan ramai kakitangan bank menjadi
tenagakerja lebehin yang terpaksa dibuang. Ini semua
telah menyebabkan bank-bank menjadi benteng kuat parti
BA sama seperti Petronas dimana sebahagian besar
kakitangan Petronas sudah tidak sanggup lagi melihat
pembaziran wang Petronas oleh Dr Mahathir dan
kuncu-kuncunya.
Dr Mahathir dan Ali Rustam sebenarnya telah dengan
sengaja membuat tuduhan yang melulu tanpa memberi
bukti kukuh atau menamakan bank-bank yang dituduh
scara spesifik kerana ada ajenda jahat yang
terselindung disebalik ugutan keatas bank-bank yang
sedang berlaku sekarang ini.
Seperti yang telah disebutkan diatas, kesemuanya ini
adalah sandiwara dan helah untuk memindahkan urusan
perbankan kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri
dibawah BN kepada bank-bank di mana Dr Mahathir-Daim
dan kroni-kroni punyai kepentingan. Ini adalah ajenda
jahat terselindung yang utama. Tujuannya bukan sahaja
untuk menguntungkan bank-bank kroni tersebut tetapi
juga untuk mempastikan penyelewengan pengurusan wang
rakyat oleh kerajaan UMNO-BN tidak akan terbongkar
lagi.
Isu ini juga ada kaitannya dengan dasar merger atau
pergabungan bank yang mengikut persatuan pekerja bank,
NUBE, akan mengakibatkan sekurang-kurangnya 15,000
kakitangan bank menjadi tenaga lebihan yang terpaksa
dibuang. Menurut sumber-sumber tertentu, pihak-pihak
bank telah pun diberi arahan supaya mempastikan
kebanyakan yang akan dibuang sebagai mangsa
pergabungan itu terdiri dari penyokong BA.
Ugutan kepada bank-bank yang berlaku sekarang
merupakan sandiwara untuk mengabui mata rakyat supaya
dasar pergabungan bank tidak akan dipersalahkan nanti
sebagai punca pembuangan ramai kakitangan bank.
Media bahlol kerajaan seperti NST, Utusan Meloya dan
TV3 akan memainkan peranan penting dalam sandiwara
ini. Mereka akan menyiarkan kempen memburuk-burukkan
bank-bank dan kakitangannya yang tertentu untuk
menghalalkan tindakan-tindakan kejam yang bakal
diambil keatas mereka oleh kerajaan UMNO-BN.
Memang kotor serta jijik sejijik-jijiknya kerajaan
UMNO-BN dan media bahlolnya.
Semakin hari semakin menindas, semakin bertambah
kejam, kotor dan jijik tindak-tanduk kerajaan UMNO-BN.
Keputusan pencalunan UMNO untuk pemilihan di bulan Mei
yang telah ditetapkan setakat ini jelas membuktikan
bukan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya sahaja yang
kotor, tetapi hampir keseluruhan UMNO itu sama
bergelumang dengan kekotoran. Janganlah diharap UMNO
akan berubah selepas tiadanya Dr Mahathir.
Tarabulsi.