Sudah diagak Menteri Besar Pahang, Adnan Othman yang
sebelum ini terbukti sebagai saorang samseng, bongkak,
sombong , pembengis dan kurang sabar itu akan
melakukan sesuatu untuk mengesahkan betapa rendahnya
akhlak beliau yang telah dipilih oleh Dr Mahathir
untuk memimpin Pahang. Pada malam pengumuman keputusan
pilihanraya dahulu, Adnan Othman telah dalam siaran
langsung TV dengan gaya angkohnya dan mengikut jejak
bossnya Dr Mahathir telah membuat tuduhan liar bahawa
PAS mempengaruhi orang Melayu dengan ajaran Islam yang
sesat. Saya dan ramai kenalan telah berdoa agar
ditunjukan oleh Allah SWT secepat mungkin pihak mana
yang sebenarnya sesat disisi Allah SWT. Tidak berani
saya katakan apa yang hanya hak Allah SWT untuk
menentukannya, tetapi bagi saya dan kenalan saya,
aksi-aksi lucah MB Pahang, Adnan Othman pada hari
pencalunan pilihanraya kecil Sanggang merupakan
pengadilan dan petunjuk yang jelas dari Allah SWT
bahawa Adnan, bossnya Dr Mahathir dan orang-orang UMNO
itulah pihak yang sebenarnya sesat disisi Islam, dan
bukannya PAS seperti yang mereka tuduh itu.
Dalam mempertahankan aksi-aksi lucah yang dilakukan
oleh MB Adnan Othman kita dapati Dr Mahahtir dan Pak
Lah mengakui secara rasmi bahawa Adnan tiada sifat
penyabar kerana telah bertindak atas provokasi. Dan
kita ketahui kesabaran itu adalah sebahagian dari
keimanan. Maka bolehlah dikatakan Adnan yang dipilih
sebagai Menteri Besar Pahang itu saorang yang kurang
dari segi keimanannya. Allah saja yang mengetahui yang
sebenarnya, kita manusia yang makhlok ciptaanNya hanya
boleh memutuskan atas dalil-dalil yang telah
ditetapkanNya.
Dalam beberapa minggu yang lepas Allah SWT telah
memperlihatkan belang sebenar pemimpin dan penyokong
UMNO. Tindakan-tindakan membalas dendam terhadap
penyokong pembangkang oleh Dr Mahathir melalui Ketua
Menteri Melaka Ali Rustam; hukuman yang ringan keatas
bekas IGP Rahim Nor yang mengaku membelasah Anwar
Ibrahim yang digari; tindakan memutuskan rasuah yang
dilakukan oleh Rafidah Aziz sebagai tidak menyalahi
undang-undang; tindakan UMNO dan MCA yang menghina dan
memburukan Islam semasa berkempen di Sanggang;
kenyataan-kenyataan Rafidah Aziz dan Sharizat yang
menentang hukum Allah SWT yang mewajibkan wanita Islam
bertudung untuk menutup aurat, dan aksi-akasi lucah
Menteri Besar Pahang, Adnan Othman, kesemuanya berlaku
dalam masa dua tiga minggu ini. Dalam masa yang
singkat sahaja Allah SWT telah memperlihatkan bahawa
pemimpin-pemimpin UMNO-BN itu terdiri dari
mereka-mereka yang menentang Islam; yang mengalakan
yang keji dan mungkar; yang zalim; fasik; yang
terpesong dari aqidah malahan mungkin sudah jatuh
murtad; yang munafik dan yang kurang keimanan serta
rendah akhlak.
Saya berpendapat kesemuanya ini adalah
petunjuk-petunjuk yang nyata dari Allah SWT kepada
orang Islam dinegara ini untuk sedar dan insaf dan
menolak UMNO-BN samasekali. Kalau rakyat terutamanya
yang Islam maseh memileh mereka sebagai pemerintah
maka tunggulah akan turunnya bala daripada Allah SWT
yang lebeh dahsyat dari apa yang telah ditrunkanNya.
Cuba kita lihat hari Khamis, 23 Mac 2000, ia-itu
sehari selepas Rafidah Aziz dengan lantang dan biadab
menentang hukum menutup aurat yang disyariatkan oleh
Allah SWT - jerebu telah tiba-tiba menjadi begitu
tebal di Kuala Lumpur. Jerebu pernah menyelubungi
Makkah al-Mukarramah pada zaman Rasulullah s.a.w. Ia
merupakan suatu bala daripada Allah SWT kepada kaum
kafir Quraisy yang bukan saja ingkar terhadap perintah
Allah SWT, tetapi mempersenda dan menghina Rasulullah
s.a.w. Hal ini jelas diceritakan dalam surah Ad
Dukhaan. Bagi saya Jerebu yang sudah beberapa tahun
datang menyelubungi Malaysia adalah bala daripada
Allah SWT sama seperti yang berlaku keatas Makkah di
zaman Rasulullah, dan bermacam bala yang lebeh dahsyat
lagi bakal menimpa negara Malaysia ini kalau rakyat
maseh menyokong pemerintahan UMNO-BN yang jelas ingkar
terhadap perintah Allah SWT dan mempersenda serta
menghina Rasulullah s.a.w.
Semata-mata kerana Allah SWT.
Tarabulsi