Megat Joned yang telah dinamakan sebagai salah saorang
‘taikong” konspirasi untuk memusnahkan karier politik
Dato Seri Anwar Ibrahim kini tiba-tiba mengeluarkan
affidavit pada 27 Mac 2000 bahawa beliau percaya Anwar
tidak bersalah dan adalah mangsa fitnah Umi Hafilda.
Adakah Megat Joned sudah insaf dan benar-benar ikhlas
dalam langkah yang diambilnya itu atau ada udang
disebalik batu? Saya lebeh berat kepada pendapat
bahawa Megat sebenarnya bertujuan membersehkan Dr
Mahathir, Daim, Aziz Samsuddin dan diri beliau sendiri
dari tuduhan berkomplot untuk memusnahkan Anwar.
Kemungkinan besar ini semuanya suatu sandiwara untuk
menyelamatkan Dr Mahathir dan Daim dari diheret ke
mahkamah?
Kalau diteliti, affidavit Megat bertarikh 27 Mac 2000
itu punyai implikasi dan maksud bahawa Megat
berpendapat Anwar sememangnya mangsa fitnah.
Walaubagaimana pun fitnah tersebut bukannya suatu
konspirasi politik yang didalangi oleh Dr Mahathir,
Daim Aziz Samsuddin dan beliau sendiri tetapi adalah
sebenarnya dendam saorang wanita, Umi Hafilda, yang
luka hati kerana cintanya terhadap Anwar tidak
berbalas.
Affidavit Megat Joned telah dibuat hampir serentak
dengan keputusan Aziz Samsuddin untuk menawarkan
dirinya sebagai saksi. Aziz dijangka akan juga
memberitahu mahkamah bahawa ini semua bukan konspirasi
politik tetapi angkara saorang wanita yang luka hati.
Aziz akan menguatkan cerita Megat.
Media tempatan pun akan menyerang dengan propaganda
bahawa Umi bertindak atas budibicaranya sendiri dan
bukan diperalatkan oleh mana-mana pihak. Media
tempatan akan juga memburuk-buruk dan
membesar-besarkan salahsangka Anwar terhadap Dr
Mahathir, Daim, Aziz Samsuddin dan Megat Joned.
Mungkin media yang dikawal oleh UMNO dan BN itu akan
mencadangkan supaya Dr Mahathir dan kroni-kroni ambil
tindakan saman malu keatas Anwar.
Tidak akan menghairankan langsung kalau hakim Ariffin
Jaka dengan berdasarkan affidavit Megat akan
memutuskan bahawa kehadhiran Dr Mahathir dan Daim di
Mahkamah tidak relevan kerana soal konspirasi politik
terbukti tidak timbul seperti yang disahkan oleh
Megat. Tetapi Ariffin Jaka tidak pula dapat menerima
pendapat Megat bahawa Anwar mangsa fitnah si Umi. Itu
pendapat Megat yang Ariffin Jaka tidak boleh terima
kerana pihak pendakwa telah berjaya tanpa sebarang
keraguan membuktikan bahawa Anwar bersalah seperti
yang dituduh. Ariffin Jaka yang diarah dari belakang
tabir oleh Dr Mahathir akan terus membodohkan dirinya
dan menjatuhkan hukuman keatas Anwar.
Yang saya sebut diatas adalah scenario sekiranya
affidavit Megat itu sebenarnya suatu sandiwara.
Saya sungguh-sungguh berharap Megat Joned sebenarnya
insaf dan ikhlas dan bukannya bermain sandiwara.
Tarabulsi