Dalam artikel pertama tempohari saya telah
mempersoalkan keikhlasan Megat Joned yang telah
menyatakan dalam affidavitnya bertarikh 27 Mac 2000
bahawa beliau percaya Anwar adalah mangsa fitnah Umi
Hafilda. Megat telah pun membuat pindaan kepada
affidavitnya itu. Menurut akhbar The Star edisi 6
April 2000, dalam pindaan tersebut Megat menegaskan
bahawa beliau sebenarnya percaya Anwar tidak bersalah
hanya sehingga 1 September 1998. Ini bermakna mulai 2
September 1998 (hari Anwar dipecat sebagai Timbalan
Perdana Menteri dan Timbalan President UMNO), Megat
tidak lagi percaya yang Anwar itu tidak bersalah dan
sebaliknya Megat akur dengan pembohongan bossnya, Dr
Mahathir.
Kita perlu berhati-hati dengan jenis orang macam Megat
Joned dan kebanyakkan pemimpin-pemimpin UMNO.
Janganlah kita mudah lupa Megat ini dikatakan ada
banyak “kes” dalam fail simpanan Dr Mahathir. Suatu
ketika dahulu telah heboh dikabarkan kononnya Megat
Joned terlibat dalam pembunuhan saorang teman
wanitanya bernama Muztakizah. Sumber-sumber dari
Jabatan Imigresen pula rioh menceritakan kononnya
kebanyakkan pekerja asing haram telah diseludup masuk
oleh sindiket kepunyaan Ziela, isteri muda Megat.
“Cerita dan skandal” disekeliling diri Megat memang
begitu banyak sekali. Sekiranya cerita-cerita tersebut
adalah benar maka tidak mungkin Megat Joned akan
berani menentang Dr Mahathir. Perlu juga diingat Megat
seketika dahulu digelar “toyol” Dr Mahathir.
Saya juga ingat “cerita” yang keluar dari sebuah
istana beberapa minggu selepas surat akuan bersumpah
Umi Hafilda dan Azizan mula tersebar. Kononnya pihak
berkuasa tertentu telah menyampaikan sembah di istana
tersebut bahawa tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar
itu sebenarnya direka dari dapor Sri Perdana.
“Tukang-tukang masak” yang terlibat dalam membuat
“resipi” termasuklah Daim, Megat dan Aziz Samsuddin.
Beberapa tokoh swasta dan korporat juga turut
menyumbang dari belakang tirai. Allah sahaja yang
mengetahui samada “cerita” dari sebuah istana itu
benar atau fitnah. Walau apa pun jelas bahawa hidangan
yang disediakan telah mengunakan bahan haram dan najis
yang membuat kebanyakkan tekak orang Islam rasa loya
dan tidak lalu menelannya.
Walaubagaimana pun saya maseh mengharapkan Megat Joned
telah benar-benar insaf. Mungkin beliau meminda
affidavitnya itu kerana takutkan dendam Dr Mahahthir
dan kroni-kroninya. Beliau dilaporkan oleh The Star
tidak lelap tidur beberapa malam selepas
menandatangani affidavit pada 27 Mac itu. Masalahnya
sekarang adalah dolak-daleh Megat itu telah merumitkan
peguam-peguam Anwar. Lagi pun affidavit Megat jika
diteliti sebenarnya melemahkan pendirian pihak pembela
kerana secara halus dan tidak langsung affidavit
tersebut menafikan adanya konspirasi politik dan
menegaskan bahawa Umi dan Azizan bertindak atas
budibicara mereka sendiri dan tidak diperalatkan oleh
Dr Mahathir dan kroni-kroninya.
Sama-samalah kita berdoa’ dan berharap Megat itu
ikhlas dan benar-benar telaf insaf, dan beliau bukan
bermain sandiwara.
Tarabulsi
6 April 2000