WAHAI SAUDARA SEAGAMAKU, BACALAH KISAH YANG TERKANDUNG
DIDALAM UCAPAN YANG DITERJEMAHKAN KEDALAM BAHASA
MELAYU DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN...ADAKAH MALAYSIA
MENUJU KE ARAH BALA YANG SAMA....????
Asslamualaikum,
Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan saorang
pelajar Islam, Najeeb Rahman dimajlis “Charity Lunch
For Maluku” di University of Leeds. Majlis tersebut di
anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University of
Leeds (Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa
perubatan) Bacalah. Agak sedikit panjang tapi sangat
menyentuh hati.
Assalamua'laikum warahmatullah,
Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini,
Sejahtera keatas Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta
Rasul-Rasul, keluarga mereka, sahabat-sahabat mereka,
dan
kita semua yang hadhir.
Baru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam
secara rambang (massacres) telah berlaku di Maluku dan
Ambon Indonesia. Gambar-gambar foto yang mengerikan ,
gambar mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta
orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai
(massacre) boleh dilihat di internet. Lapuran
bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai
pembnunuhan-pembunuhan tersebut apabila difikirkan
boleh membuat kita menitiskan air mata. Dan kesemuanya
ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi
sesaorang.
Saudara-saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan
insiden kekejaman keatas kaum Muslimin yang terpencil.
Trajedi-trajedi atau bala yang serupa pernah berlaku
di Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam
dibunuh dalam kekejaman “cuci berseh” ( ethnic
cleansing) oleh puak Kristian Serbs. Sama juga di
Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga
telah ‘dicuci berseh”, dibunuh; juga oleh puak Serbs.
Kanak-kanak dan kaum tua yang tiada berupaya untuk
mempertahankan diri di bunuh begitu saja.
Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh.
Orang-orang Islam dipenggal dan dikelah anggota
mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang kali.
Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di
merata dunia? Kita boleh persalahkan kekejaman ini
kepada konspirasi antarabangsa terhadap Indonesia,
atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin,
atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan
Kristian terhadap kita, atau pun operasi cuci berseh
puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya ini SEBAB
MUSABAB YANG SEBENARNYA?
Dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di
Kosova, saya dengan sendirinya telah melihat
kubur-kubur tanaman beramai (mass graves) orang-orang
Islam yang dibunuh, mayat-mayat yang sedang reput dan
busuk, keluarga-keluarga terutamanya kanak-kanak yang
dalam ketakutan, rumah-rumah dan masjid-masjid yang
telah hancur musnah. Memangnya suatu pengalaman yang
kuat tamparannya.
Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal
bersama-sama suatu keluarga yang baik di Prizren,
Kosova. Ketua keluarga itu, Imam Ismail dan anak
sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam, begitu
juga dengan datok Navahi, juga saorang imam. Mereka
mesra dan baik hati. Semasa satu dari perbualan kami
di waktu petang kami telah berbual mengenai bala dan
trajedi yang telah menimpa, bagaimana masyarakat
Kosova sebelum ditimpa bala pembunuhan massacre itu.
Navahi yang faseh berbahasa Inggeris telah
menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu mengenai
keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya
genosid puak Kristian Serbs.
Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum
Muslimin di Kosova telah lupa daratan dan
membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang,
tidak reti membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan
zina serta meminum arak (bir) berleluasa di merata
pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih ke masjid.
Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku
pembunuhan massacre kaum Muslimin yang terdahsyat
sekali, penduduk Islam disana telah berlaku syirik
terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur-kubur.
Mereka memasang lilin (seperti Kristian lakukan dalam
gereja) dan menyembah kubur-kubur orang-orang alim
(saints) yang dianggap keramat. Mereka mendakwa yang
mereka bukannya menyembah “keramat-keramat” tersebut
tetapi menghampiri Allah melaluinya. Ini adalah
kepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada
“inter-mediaries” atau perantaraan dalam Islam. Ini
nyata perbuatan syirik. Imam Ismail adalah Imam di
masjid Djakova sebelum berlakunya genosid pembunuhan
orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh
puak Kristian Serbs.
Di bandar Suhareka, lagi satu bandar di mana
pembunuhan secara massacre keatas orang Islam telah
juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah mengesa
Bilal masjid supaya jangan melaungkan adzan untuk
memanggil orang mengerjakan solat. Ini kerana adzan
mengganggu tidor mereka. (Saya percaya ada dikalangan
ummah kita yang sama menaruh perasaan benci mendengar
adzan, atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan
mengabaikan solat. Ada yang langsung tidak bangun
mengerjakan fardhu Subuh).
Di satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam
(lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua)
telah dibawa ke dalam hutan dan diikat. Mereka
kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs
dengan senjata AK47. Di bandar ini hanya gulungan tua
sahaja yang ke masjid. Semasa kami membuat lawatan
rawatan medic kesana kami telah tiba sejurus sebelum
masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana membertitahu
kami hanya orang tua sahaja ke masjid. Benar kata
mereka kerana apabila kami sampai ke masjid hanya ada
Imam dan saorang lelaki tua dan rombongan medic kami
yang bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang
mengedarkan Quran, saorang pemuda yang mulutnya berbau
arak bir meminta senaskah Quran untuk dibakar buat
memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi
hutan. Oleh demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan
kayu untuk bahan api buat memanaskan rumah).
Setelah membuat lawatan ke lelain kawasan di Kosova,
kami lihat kebanyakan pembunuhan serta kemusnahan
harta benda kaum Muslimin berlaku di kawasan utara
Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun
majoriti penduduk terdiri dari orang Islam.
Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara/i
Islam kita di Kosova, tetapi untuk mengingatkan kita
semua kepada penganjaran dan iktibar di Kosova agar
kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Saorang
lelaki tua yang kami temui, yang anak lelakinya telah
dibunuh dan rumahnya dibakar, telah meminta kami
memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya
telah berlaku. Oleh itu saya hanya menyampaikan yang
diamanahkan oleh orang tua itu.
Navahi juga memberitahu kami mengenai situasi di
Turkey. Datok beliau kerap ke Turkey kerana ramai
rakan kenalan disana. Turkey, bukannya negara Islam,
walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey
diperintah gulungan sekular yang ekstremis dalam
fahaman bahawa agama Islam tiada kena mengena langsung
dengan pemerintahan negara. Ini sudah merupakan
ideoloji kebanyakan orang-orang Islam moden masakini.
Mereka mendakwa Islam dan politik itu berasingan dan
tidak boleh dicampur. Gulungan sekular Turkey pernah
berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan
“tercemar”oleh ajaran Islam (saolah-olah politik itu
suci dan Islam itu kotor). Mereka mendakwa Islam itu
perlu disekat amalannya kepada masjid dan rumah-rumah
sahaja, dan dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah
dan sebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap
hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba, sesuai hanya
bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup di gurun
dan menunggang unta. Bagi gulungan sekular Turkey
undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi
masyarakat bertamaddun serba moden masakini, iaitu di
zaman kereta, komputer dan internet; pro-kebebasan dan
hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas penzina dan
potong tangan yang mencuri dianggap oleh puak sekular
Turkey sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang
tidak bertamaddun, dan dengan demikian tidak lagi
sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintas kepada mereka
bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT).
TIDAK KAH SEMUA INI SAMA DENGAN KEADAAN KITA?
Wanita di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup
aurat. Usaha untuk mempelajari agama Islam dijadikan
perkara yang susah oleh kerajaan Turkey. Pihak
berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera
Turkey. Navahi mengatakan anggota tentera yang
ditangkap mengerjakan solat dikenakan ‘court marshal’
(adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera
Turkey untuk mengerjakan solat).
Saya menerima e-mail beberapa hari sebelum berlaku
gempa bumi yang dahsyat di Turkey baru-baru ini.
Beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi tersebut,
pihak Jenerl-Jeneral tentera Turkey mengadakan temasha
keraian (party) di apartmen peranginan mereka di
pantai Mediterranean. Mereka mengundang perempuan
jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum
arak dan berzina. Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut
telah memanggil saorang anggota pangkat bawahan untuk
membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabok dan
berzina itu. Anggota pangkat bawahan enggan dan takut
berbuat demikian, lalu saorang Jeneral merampas
Al-Quran itu lalu mempijak-pijak Al-Quran itu sambil
mencabar,” Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini”.
Mereka semua ketawa terbahak-bahak. Anggota tentera
pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya berwarna
merah samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan
lalu melarikan diri keluar dari apartmen
Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu ombak yang
begitu tinggi melanda pantai dan menelan apartmen
dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut kedalam laut.
Yang berlaku sebijik semacam salah satu bala balasan
Allah yang difirmankan di dalam Al-Quran. Wallahu
‘alam.
Di Palestine, saya terdengar dari saorang di sana
bahawa saorang Yahudi pernah berkata kepada saorang
Arab, “ Kami Yahudi tidak takut dan gentar selagi kami
tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan
solat fajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan
kaum Muslimin yang menetap di dalam qariah .”
Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan
agama mereka sebelum berlakunya pembunuhan massacre
disana. Mereka telah meniru cara hidup Eropah kafir.
Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan antara
Kristian dan Islam ( secara murtad) dibenarkan. Orang
Islam yang menjaga keimanan mereka terlalu sedikit
bilangan mereka berbanding dengan yang memilih hidup
dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.
Saudara/i Islam, ini hanyalah contoh-contoh
kemungkaran dan keingkaran. Sekali lagi ditegaskan
bukan niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu
iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi
anda semua SEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan
trajedi yang dahsyat tersebut. Seperti firman Allah
SWT didalam Al-Quran : (Terjemahan): “ Janganlah kamu
jadikan seruan Rasul diantara kamu seperti panggillan
sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain.
Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang
beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung
(kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang
menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa ujian atau
ditimpa azab yang pedih.” (Surah An Nuur Ayat 63).
Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman
(terjemahan) “ Maka tatkala mereka membuat Kami murka,
Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka
semuanya (di laut)”. (Surah Az Zukhruf Ayat 55)
Amaran-amaran didalam Al-Quran itu snagat jelas. Dan
Allah SWT tetap tidak akan mungkir janjiNya. Bukankah
mereka-mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey) telah tidak
mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka
telah mencabar Allah SWT? Ada lah perkara mudah bagi
Allah SWT menimpakan azab keatas kita atau mengadakan
dugaan bagi kita kerana Allah Maha Berkuasa atas
segalanya. Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam
bentuk pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu
sebagai wabak penyakit, ribut taufan, gempa bumi dan
banjir yang dahsyat seperti difirmankanNya didalam
Al-Quran.
Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang
maha pengasih, maha pengampun lagi maha adil kerana
telah mengizinkan berlakunya pembunuhan massacre
keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat
Allah SWT tetap ujud walau pun kita tidak dapat
mengamatinya. Mithalnya, sesetengah yang dibunuh itu
mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, dan
mungkin telah melakukan banyak dosa dan sekiranya
mereka mati secara biasa bukan mati syahid, sudah
pasti tempat bagi mereka adalah api neraka…Wallahu
‘alam. Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya
terselamat dari alam sekeliling yang berupa jahiliyah
moden yang boleh merosakkan mereka dan mungkin apabila
mereka dewasa kelak, mereka akan murtad atau berlaku
syirik atau hidup bergelumang dengan dosa. Tetapi
Allah SWT telah mengambil mereka kembali dari dunia di
waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka
terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akan
masuk syurga di akhirat nanti, dan sayugia diingatkan
akhirat itu adalah kehidupan buat selama-lamanya .
Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua. Kalau
kita percaya hidup berakhir didunia ini sahaja maka
kita akan melihatnya sebagai trajedi yang tidak adil.
Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat
segala-galanya adalah ujian dan dugaan dalam
perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak sama sekali
bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita terus
ditindas dan menderita begitu sahaja. Kita ummat
Islam merupakan keluarga yang besar dan menjadi
tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan
melindungi mereka kerana meraka adalah saudara-
saudari Islam kita.
Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan
untuk mengelakkan bala dari Allah yang berupa bencana
alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan mereka yang
kita sayang? Jawapannya sama seperti yang telah
diturunkan zaman ke zaman. KITA PERLU kembali ke jalan
yang diredhai Allah SWT. KITA PERLU memohon keampunan
Allah SWT. Kita perlu bersatu dibawah panji dan
kalimah 'La ilaa ha illallah' dan bukan dibawah panji
masing-masing. KITA PERLU berpegang sepenuhnya kepada
HUKUM-HAKAM dan PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan
berhenti melakukan segala yang dilarangNya. Ini
tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan. Nampaknya
agak susah, tetapi ia sebenarnya mudah, Insya Allah.
Semuanya perlu bermula dari diri dan hati kita.
Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalmi
ilmu agama kita, dan berdoa memohon Allah SWT
menguatkan iman kita, dan hentikan bertelingkah antara
sesama sendiri mengenai perkara-perkara yang remeh.
Kita boleh mengelakkan dari ditimpa dengan bala
pembunuhan dan lain-lain bala keatas diri kita dan
keluarga kita. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia
tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum
itu tidak terlebeh dahulu dengan sendiri berusaha
untuk mengubahkannya. Kita perlu memulakannya dahulu,
dan Allah SWT akan memberi kita pertolongan seperti
yang dijanjikanNya.
Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu
petang saya telah ke daerah Opoya, terletak di wilayah
selatan Kosova, dan dari mana Imam Ismail berasal. Di
kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun.
Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam , tiada
pula kesan-kesan kemusnahan perang, dan tiada
tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah ke tempat
itu. Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah
menetap di kawasan itu selama 8 tahun , sama seperti
di lain-lain kawasan. Perbedzaan yang dapat kita lihat
adalah diwaktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu
hanyalah waktu solat fardhu harian yang biasa. Di hari
Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya
kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama
berjemaah. Dan mereka telah beramal walau pun godaan
dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud.
Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang
meminum arak disana. Saya diberitahu hanya satu
tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bomb puak Serbs,
iaitu sebuah kafe yang pernah mensajikan minuman arak.
Pelanggannya datang dari kawasan lain.
Bandingkanlah perbedzaan Opoya dengan bandar-bandar
yang lain. Tidakkah jelas dan nyata bahawa kekuatan
itu berada di tangan Allah SWT dan bukan bergantung
sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas
serangan puak Kristian Serbs. Inilah maknanya “La
Haula wa laa quwata illa billah”, tiada kekuatan atau
daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya
Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian
Serbs tidak akan dapat menyerang sesebuah bandar itu.
Oleh itu jadikanlah ianya suatu pengajaran dan
iktibar.
Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa’ kepada Allah
SWT.
Bismillahhir Rahmaanir Raheem
Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan taqwa
kami.kepada Engkau Ya Allah dan Akhirat. Ya Allah
perkenankanlah taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami
di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah, kami
memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau
sahaja yang boleh memberikannya. Ya Allah, tolonglah
ummat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami
dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah kami
berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan
dari tamak haloba.
Ya Allah! Hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang
dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di Maluku, di
Palestine, di Chechnya, dan diamana saja mereka
ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur,
tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid,
mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan
mati dalam beriman. Ya Allah! Musnahkan kaum yang
kafir untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang Maha
Berkuasa. Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan
kedalam hati mereka.
Ya Allah kami adalah makhlok Engkau yang lemah.
Tolonglah kami Ya Allah kerana tiada kuasa melainkan
kuasa Engkau Ya Allah.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh
Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam.
Wa billaahit-tawfeeq wal hidayah. Subhanaka
Wabihamdika wa ash-hadu allaa ilaaha illa anta. Wa
nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik
Wasallallaahu ‘alaa Muhammaddin Nabiyil Wa ‘alaa
aalihi wasahbihi wassalam.
Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!
CATITAN PENTING: ----- > > Saya harap anda semua
saudara-saudari Islam di Malaysia akan membaca kesemua
bahagian ucapan diatas dengan teliti. Ini bukannya
perkara yang boleh diambil ringan. Bagi kita di
Malaysia bukankah bukti-bukti dan tanda-tanda sudah
jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova,
Turkey dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan
oleh Allah SWT sudah pun berlaku di Malaysia dengan
berleluasa?
1) bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah,
dan pihak berkuasa saolah mengalakkannya
2) zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa
3) arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada
menjualnya) dan ramai orang Islam minum arak –
lihatlah di Bangsar.
4) Kerajaan di Malaysia adalah sekular ( diakui
sendiri dengan agkuhnya oleh Perdana Menteri Dr
Mahathir) Alhamdulillah belum lagi sekular ekstrim
seperti di Turkey tetapi dengan hasutan syaitan
nampaknya Malaysia menuju ke arah kerajaan UMNO-BN
sekular yang ekstrim yang sudah pun mula menyekat dan
membendung serta menindas Islam ( di Pahang ceramah
agama di masjid/surau sudah pun dianggap haram, dan
para ulamak dan ustaz sudah pun diharamkan dari
berceramah di masjid-masjid diseluruh negara kecuali
di Kelantan dan Terengganu yang diperintah BA (PAS).
Diharap kita tidak menuggu sehingga gempa bumi yang
sangat dahsyat atau banjir besar yang sangat
memusnahkan berlaku sebelum kita sedar bahawa hari
demi hari Dr Mahathir dan UMNO-BN mempelawa bala dari
Allah SWT diturunkan menimpa Malaysia.
5) Masjid/surau hanya satu dua saf untuk solat fardhu,
kadangkala hampir kosong (hanya 10 orang solat Maghrib
di Masjid Negara pada hari Black 14 pada Sabtu 15
April 2000) - suatu survey tidak berapa lama dahulu
menunjukkan hanya 10% orang Islam yang lengkap
sembahyang 5 solat fardhu sehari. Keadaan yang serupa
ujud di Kosova sebelum berlakunya pembunuhan rambang
kaum Muslimin oleh puak Kristian Serbs. Jangan ingat
jiran kita yang Cina dan India yang bukan Islam itu
tidak mungkin bertindak ganas seperti puak Kristian
Serbs di Bosnia dan Kosova. Tanda-tanda dah pun ada.
Yang beragama Kristian dikalangan mereka akur bahawa
Shah Alam itu kawasan majoriti Melayu islam tetapi
mereka berdegil dan mahu teruskan membina Komplek
Gereja terbesar di Shah Alam, dan kerajaan UMNO-BN
pula mengalakkan mereka.
6) Undang-undang Shariah di ketepikan dan diambil
ringan, atau seperti yang berulangkali ditimbulkan
oleh Dr Mahathir, Ling Liong Syik, Lim Kheng Yaik,
Hamid othman dan lain-lain pemimpin UMNO-BN dan “ustaz
UMNO”undang-undang Shariah sudah tidak sesuai dengan
zaman IT ini atau tidak boleh dilaksanakan oleh
masyarakat berbilang kaum dan agama
7) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh
menyebut shahadah. Jangan terperanjat.
8) Rasuah berleluasa, dari Menteri Kabinet,
tokoh-tokoh UMNO-BN, pegawai-pegawai tinggi kerajaan
hinggalah ke peringkat bawahan. ( Malahan satu sebab
utama kaum Cina mengundi BN adalah kerana rasuah,
salahguna kuasa yang berleluasa memudahkan mereka
untuk mengkayakan diri ).
9) Ketidak adilan begitu nyata sekali. Mahkamah dan
kehakiman sah dikawal sepenuhnya oleh Perdana Menteri
Dr Mahathir
Senarai kemungkaran dan keigkaran ini begitu panjang
sekali. Dan segala-galanya adalah tanda-tanda yang
sama dilihat di Bosnia dan Kosova sebelum genosid
dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan
rambang untuk mencuci berseh orang Islam telah
berlaku. Dan jangan terperanjat kalau keadaan sama
berlaku di Malaysia ini.
Adakah kita memileh untuk berdiam dan menuggu sahaja
tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu
sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat
melihat anak isteri kita dan kita sendiri disembelih,
tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah seperti
gempa bumi, banjir besar , ribut taufan melanda
Malaysia barulah kita sedar dan tergesa-gesa kembali
ke jalan Allah ? Adakah bala dari Allah yang kita
idamkan?? Gempa bumi dan ribut taufan tak berlaku di
Malaysia? Kalau dikehendakki Allah gempa bumi yang
dahsyat yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat
boleh berlaku esok lusa. Samada kita kembali ke jalan
Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah
ketas Malaysia adalah pilihan kita sendiri. Apa jua
yang bakal berlaku, kita dan keluarga kita yang akan
menanggungnya.. . > > Take care > wassalam > taufiq >
> ps- kpd sesiapa yang sanggup menterjemahkan ucapan >
ini, usaha anda sangatlah dialu-alukan, untuk kebaikan
> kita sama sendiri, insyaAllah. Moga2 kita mendapat >
iktibar dari peringatan ini. Amin.
Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi
semata-mata kerana Allah SWT.
Tarabulsi