Dalam berbual-bual semalam mengenai peristiwa
penculikan 21 orang pelancung di Pulau Sipadan, saya
mendaptahu ramai di menara kembar tertinggi di dunia
telah secara berseloroh mengemukakan pendapat bahawa
penculekan tersebut mungkin satu “drama” yang telah
dirancang oleh Dr Mahathir sendiri. Begitu buruk serta
teruk sekali imej Dr Mahathir sebagai pemutar-belit
dan penipu sehinggakan di bangunan kemegahannya, KLCC
Twin Towers, pun martabat beliau dipandang dengan
begitu rendah sekali.
Dikatakan (secara berseloroh) bahawa Dr Mahathir
merancang penculikan tersebut untuk meraih simpati
masyarakat antarabangsa dan mengalih pandangan dunia
daripada isu pencabulan human rights oleh kerajaan
beliau, dan juga isu mahkamah di Malaysia yang tidak
lagi bebas dan tidak lagi berlaku adil kerana sudah
menjadi alat nafsu mabuk kuasa beliau.
Secara berseloroh dikatakan “gurilla Abu Sayyaf” itu
sebenarnya anggota Polis Malaysia yang menyamar
sebagai gurilla. Inilah antara sebab mengapa hingga ke
hari ini, Ahad 30 April, ia-itu seminggu selepas
penculikan tersebut pihak “gurilla” yang menahan
pelancung tersebut di salah sebuah pulau di Filipina
maseh belum membuat sebarang apa tuntutan.
Walau pun di kemukakan secara berseloroh, ianya
mencerminkan betapa buruk imej polis Malaysia sekarang
ini dikalangan rakyat. Polis kini dianggap sebagai
“anjing” Dr Mahathir dan Barisan Nasional, dan pihak
Polis dipercayai akan sanggup melakukan apa saja
(seperti pembunuhan, menanam bukti dan lain-lain kerja
kotor) untuk memenuhi kehendak tuannya, Dr Mahathir
dan Barisan Nasional.
Walau pun kesemuanya ini dikemukakan secara berseloroh
tetapi ianya menunjukkan betapa seriusnya masalah
kehilangan kepercayaan rakyat terhadap Dr Mahathir dan
kepemimpinan UMNO/Barisan Nasional.
Tarabulsi