Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


"Lelaki" Nyanyian Siti Nurhaliza Memang Untuk Dr Mahathir

Penulis Dinsman dalam Majalah al-Wasilah keluaran April 2000 dalam artikel beliau “Siti Oh Siti” mengatakan bahawa lelaki yang dimaksudkan dalam lagu “Lelaki” oleh artiste Siti Nurhaliza “pasti bukan Dr Mahathir”. Menurut Dinsman saorang penulis sebuah akhbar mingguan keluaran 17 Oktober, 1999 yang mengkaitkan lagu tersebut dengan Dr Mahathir bertujuan untuk mengelirukan peminat Siti Nurhaliza dikalangan para penyokong BA. Seterusnya Dinsman membuat rumusan ‘Lelaki’ dalam lagu Siti Nurhaliza bukannya Dr Mahathir tetapi adalah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dari maklumat yang saya perolehi sebenarnya “Lelaki” memang lagu yang dicipta untuk Dr Mahathir. Tujuan asal lagu lagu “Lelaki” adalah sebagai sampingan kepada lagu ‘My Way” nyanyian Frank Sinatra yang dikemundangkan setiap hari oleh setesen-setesen TV dan radio sebelum pilihanraya umum tahun lepas. Sumber saya di Angkasapuri mengatakan lagu ‘Lelaki” yang memuja Dr Mahathir itu tidak sangat disiarkan sepertimana “My Way” kerana disedari liriknya boleh disalah tafsir sebagai lagu untuk Anwar Ibrahim.

Lagu itu sebagai “warkah seorang anak”, dan “bapa” yang dimaksudkan adalah Dr Mahathir. Si laknat tua itu di anggap oleh orang UMNO (dan juga kebanyakkan dikalangan kita para penyokong BA sebelum peristiwa Anwar ) sebagai “Bapa Wawasan”, “Bapa Malaysia Moden”, “Bapa Kemajuan” dan bermacam “bapa” lagi. Nasib baik tidak sampai ke tahap menganggap silaknat tua keparat Dr Mahathir itu sebagai “Bapa Tuhan”. (Catitan: Anwar tidak diberi sebarabg apa gelaran “Bapa” kerana gelaran tersebut lazimnya untuk orang Nombor Satu).

Menurut sumber kita di Angkasapuri, tujuan asal untuk kemundangkan lagu Siti Nurhaliza itu sebagai sampingan kepada lagu “My Way” dalam budaya UMNO memuji-puja Dr Mahathir telah terencat apabila disedari bahawa liriknya, “Kau melangkah bermula dari lembah” sangat cucuk buat perjuangan Anwar Ibrahim yang mula disanjung sebagai pemimpin agama dan bangsa semasa beliau pemimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) di LEMBAH Pantai.

Kalau hendak ditafsirkan lirik “bermula dari lembah” itu bermaksud ‘Lelaki’ yang tersebut berasal dari bawah, ia-itu dari kalangan orang kebanyakkan (seperti yang diketarakan oleh saudara Dinsman), maka unggapan ini lebih sesuai dengan asal-usul Dr Mahathir. Bapa beliau saorang guru berbanding dengan bapa kepada Anwar Ibrahim yang pernah jadi wakil rakyat. Lagi pun Anwar dididik untuk menjadi gulungan aristocrat di Kolej Melayu Kuala Kangsar sementara Dr Mahathir tidak diberi biasiswa kerana beliau saorang keling sejati (Indian Muslim).

“Laluan” yang penuh cabaran dan halangan yang dilagukan oleh Siti Nurhaliza itu sebenarnya dimasudkan “laluan” Dr Mahathir. Lirik ini ada sikit-sikit persamaan dengan lagu “My Way.” Sejak dibangku sekolah lagi Dr Mahathir kononnya mengalami cabaran kerana tersisih dan diejek sebagai “anak keling, “dan seterusnya beliau tidak diberi biasiswa kerana berketurunan keling sejati – keling Islam. (Semasa pecah-belah UMNO kepada Team A dan B pada tahun 1987 dulu pihak Team B antara lainnya telah mendakwa Dr Mahathir sebagai menaruh dendam terhadap orang Melayu dan perlu disingkir sebelum bangsa Melayu diporak-perandakan olehnya). Walau pun tersisih sebagai anak keling semasa dibangku sekolah, beliau terus “mendaki setangga ke setangga, semakin hampir mencecahi puncak” diterajang keluar buat sementara dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman (kerana sudah jelas sejak awal itu lagi bahawa Dr Mahathir adalah saorang penghasut dan pengkhianat bangsa dan agama).

Lirik lagu “Lelaki” yang ditulis oleh Habsah Hassan memang boleh disalah tafsirkan sebagai perjuangan Anwar. Tetapi niat sebenarnya lagu itu ditulis oleh Habsah dan dinyanyikjan oleh Siti Nurhaliza adalah semata-mata untuk memuja Dr Mahathir. Niat asal untuk jadikan lagu “Lelaki” sebagai sampingan kepada lagu “My Way” terpaksa diketepikan kerana disedari liriknya boleh disalah tafsirkan sebagai lagu untuk Anwar Ibrahim.

Mohon maaf kepada peminat Siti Nurhaliza dikalangan para penyokong BA. Bukan tujuan saya untuk mengelirukan. Kita yang memperjuangkan kebenaran perlu berani mengatakan yang benar, dan kebenaran dalam perkara ini (bagi saya berdasarkan maklumat yang saya perolehi) adalah lagu “Lelaki” nyanyian Siti Nurhaliza sememangnya dibuat untuk memuja Dr Mahathir.

Tarabulsi.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com