Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Usul Undi Tak Percaya Kepada Berhala Antik Negara?

Akhbar terbaru yang memperjuangkan Islam dan kebenaran iaitu Hariki dalam lapuran bertajuk “Mahathir Cemas” telah memberitakan bahawa ramai ahli-ahli UMNO yang tidak puas hati dengan peraturan yang dikenakan keatas pencalunan UMNO sedang mengatur langkah untuk mengemukakan usul undi tak percaya kepada kepimpinan Dr Mahathir di Perhimpunan Agong UMNO pada Mei 11-13 yang berhampiran ini. Saya telah menghubungi beberapa ahli-ahli UMNO yang ada ‘access’ kepada pucuk pimpinan UMNO dan mereka mengesahkan memang angin bertiup semakin kencang ke arah usul tersebut.

Masalahnya masih belum ada mana-mana kumpulan dalam UMNO yang betul-betul berani untuk muncul sebagai ‘kepala’ konspirasi untuk membunuh karier politik Dr Mahathir. Dengan ‘hantu-hantu’ dan SB bersembunyi di sebalik hampir semua tiang, gerak geri ‘para konspirators’ untuk mendapatkan sokongan sangat terbatas. Kalau pun dapat dikumpulkan sokongan yang banyak, mereka maseh menghadapi rintangan yang besar berupa Khalil Yaakob dan Pengerusi Tetap UMNO, Ninam Shah. Mereka berdua ini berkedudukan untuk awal-awal lagi memintas segala percubaan untuk mengulingkan Dr Mahathir.

Dengan spekulasi mengenai usul undi tak percaya ini mendapat momentum, maka ramai orang-orang UMNO setiap hari merujuk kepada sumber maklumat kebenaran seperti Tranung Kite, Laman Reformasi, Harakah Daily, Detik Daily, Pemantau, Malaysiakini, FGR dan lain-lain. Hasrat mereka adalah untuk mencari modal buat menghentam si laknat tua Dr Mahathir di PWTC.

Ini bukan bermakna orang UMNO yang dayus dan pengecut itu sudah puleh semangat kelelakian mereka. Jauh samasekali. Seperti yang lepas-lepas, ahli-ahli perwakilan UMNO tersebut akan lihat keadaan dulu. Kalau dilihat Dr Mahathir dilanyak dan kemungkin besar akan digugurkan dengan talak tiga, maka mereka akan berlumba-lumba untuk turut sama mengutuk si tua laknat itu, dan jangan hairan kalau hujah-hujah mereka seakan-akan dengan kritikan tajam dan bernas yang dibuat oleh Penulis Siber Reformasi di Tranung Kite, Laman Reformasi, dan sebagainya. Tapi kalau dilihat perjalanan perhimpunan berqiblat kepada Dr Mahathir maka mereka akan ‘join the bandwagon' dan Dr Mahathir akan di puja sebagai berhala antik negara yang sangat berharga.

Ada orang UMNO yang dikatakan tak sabar-sabar menunggu setiap ‘update’ Laman Reformasi, Tranung Kite dan lain-lain website reformasi. Saya dengar dari mulut beberapa ahli UMNO sendiri bahawa mereka dapat banyak ilham dan modal dari website pembangkang dan reformasi terutamanya tentang isu-isu yang memporak-perandakan negara dan masalah pecah belah dalam UMNO yang demi hari semakin bertambah serius.

Berbalik kepada soal berani atau pun tak berani. Adakah perwakilan UMNO berani mengambil risiko demi untuk menyelamatkan UMNO yang sedang deras menuju kearah kehancuran? Adakah mereka sedia berkorban apa sahaja demi untuk menyelamatkan agama Islam dari terus dicabuli dan dipesongkan ajarannya serta ditindas oleh dasar sekularisma pelampau Dr Mahathir dan kroninya? Dari perbualan-perbualan di lobi dan coffee house hotel-hotel di KL, adalah jelas bahawa ramai dikalangan orang UMNO belum bersedia membuat pengorbanan kerana soal duit dan perut maseh menjadi perhitungan utama mereka.

Akhir kata kemungkinan besar antara Mei 11 - 13 ini, rakyat akan dihiburkan sekali lagi dengan lawak jenaka pemujaan Dr Mahathir sebagai berhala antik negara.

Tarabulsi.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com