Perdana Menteri, Dr Mahathir telah menghalang Badan
Pencegah Rasuah (BPR) dari meneruskan siasatan rasuah
keatas Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman yang ketika
siasatan BPR itu adalah Ketua Pengarah, Unit
Perancangan Ekonomi (UPE). Begitulah keterangan yang
diberi dengan beraninya di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur pada 12 Jun 2000 oleh Datuk Shafie Yahya, bekas
Ketua Pengarah, BPR. Datuk Shafie adalah saksi pihak
pembela dalam kes perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Ketua Pengarah BPR itu tidak akan berani
memberi keterangan yang mensabitkan Dr Mahahthir
dengan kesalahan jenayah, jika ianya tidak benar.
Siasatan BPR keatas Ali Abul Hassan dan tindakan Dr
Mahathir menghalang siasatan tersebut adalah sesuatu
yang diketahui ramai terutamanya dikalangan pegawai
dan kakitangan awam. Ianya menjadi ‘hot topic’
perbualan ketika itu. Saya mendapatahu mengenainya
semasa bermain golf bersama dua orang pegawai kanan
awam dua tiga hari selepas “raid” yang dilakukan oleh
BPR dimana wang tunai berjumlah RM100,000 dijumpa
dalam salah sebuah laci di pejabat Ali Abul Hassan,
dan bagaimana pucat dan mengelabahnya Ali Abul Hassan
dan beberapa orang pegawai kanan UPE yang bersekongkol
dengan beliau.
Kenalan-kenalan rapat di UPE bukan sahaja mengesahkan
tetapi telah memberitahu bahawa Ali Abul Hassan
sebagai Ketua Pengarah UPE, adalah “orang kuat” dalam
ajenda dan amalan korup, nepotisma dan kronisma
Mahathir-Daim. (Pada ketika itu Tun Daim adalah
Penasihat Ekonomi yang berpejabat di UPE).
Unit Perancangan Ekonomi atau Economic Planning Unit
(EPU) adalah antara jabatan awam yang terpenting dan
“powerful” kerana hampir ke-semua projek-projek
pembangunan dibawah Rancangan Malaysia dan juga
projek-projek penswastaan perlu melalui UPE. Bermakna
projek-projek yang berjumlah ribuan juta (billion)
ringgit yang dikendalikan melalui UPE.
Dikatakan Ali Abul Hassan dalam mendukung dan mengurus
ajenda korup, nepotisma dan kronisma Mahathir-Daim,
telah dibantu dengan “cekap dan amanahnya” oleh
beberapa orang pegawai-pegawi kanan UPE yang
dipercayai beliau. Dikatakan antara anak-anak buahnya
yang sangat dipercayai adalah ketua Bahagian
Penswastaan ketika itu, Dato Hamid Shawal.
Setelah Dr Mahathir campurtangan dan memarahi Dato
Shafie dan mengarah siasatan BPR dihentikan,
“anak-anak buah” Ali Abul Hassan di UPE tersebut
diketahui telah dengan angkuh mencabar kalau anggota
BPR berani datang lagi ke UPE untuk meneruskan
siasatan, mereka akan dibelasah.
Apabila Ali Abul Hassan menjadi Gabnor Bank Negara,
“anak-anak buahnya” di UPE itu (yang sebelum itu sudah
pun dinaikkan pangkat, adanya secara menlonjak),
telah ditukarkan ke jawatan-jawatan tinggi di
Kementerian dan ajensi awam yang lain.
Sebagai tunjang dan pendukung amalan salah guna kuasa,
nepotisma dan kronisma Mahathir-Daim, bekas Ketua
Pengarah UPE dan pegawai-pegawai UPE yang bersekongkol
dengannya itu disyakki telah menerima banyak habuan
kewangan (rasuah). Hasil rasuah yang mereka terima itu
dikatakan bukan setakat RM100,000 yang dijumpa oleh
BPR dalam laci Ali Abul Hassan, tetapi mencecah
beberapa juta ringgit tiap-tiap saorang. Bayaran wang
rasuah itu kebanyakkannya berupa membelikan mereka
saham-saham tertentu di bursar saham KL. Dengan cara
ini kekayaan secara mengejut yang diperolehi mereka
dikatakan adalah hasil kebijaksanaan mereka bermain
saham (dan bukan kekayaan dari rasuah).
(Perlu ditegaskan bahawa hanya segelintir
pegawai-pegawai UPE yang betul-betul rapat dan
dipercayai oleh Ali Abul Hassan sahaja yang terlibat
dalam persekongkolan ini).
Dr Mahathir telah melakukan jenayah kerana menghalang
siasatan BPR. Oleh demikian rakyat mesti bangun dan
tuntut supaya siasatan dibuat keatas Dr Mahathir dan
beliau dihadapkan di mahkamah. Dr Mahathir tidak
berani mengheret bekas Ketua Pengarah BPR, Dato Shafie
Yahya ke mahkamah kerana keterangan yang diberi oleh
Dato Shafie adalah benar.
Rakyat juga mesti tuntut supaya siasatan BPR keatas
Ali Abul Hassan (dan pegawai-pegawai UPE ketika itu
yang bersekongkol dengan beliau)disambung semula.
Siasatan BPR ini sangat penting kerana ianya ada
kaitan rapat dengan amalan rasuah, nepotisma dan
kronisma Dr Mahathir-Daim. Rasuah yang disyakki
dilakukan oleh Ali Abul Hassan dan “anak-anak buahnya”
itu adalah habuan kerana mengesyorkan kebanyakkan
projek-projek pembangunan yang besar-besar dan
projek-projek penswastaan diluluskan kepada ahli
keluarga dan kroni-kroni Dr Mahahthir-Daim. Oleh itu
siasatan tersebut akan, secara langsung atau tidak
langsungnya, mendedahkan bagaimana Dr Mahahtir
bersama-sama keluarga dan kroni-kroninya telah
membolot harta kekayaan negara.
Tarabulsi