Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


UMNO berani jual, PAS sedia membeli.

Sungguh keji serta menjijikkan apabila saorang Timbalan Perdana Menteri dan seorang Menteri Besar yang kedua-duanya mengaku beragama Islam sanggup menghasut dan bertindak sedemikian rupa supaya maruah dan akidah Islam dipijak dan diperkosakan. Tindakan JAIS mencegah maksiat dengan menangkap 25 orang Islam di premis menjual arak pada 10 Jun 2000 lalu telah dieksploitasikan oleh Pak Lah, Abu Hassan Omar dan kepimpinan UMNO-BN yang lain. UMNO-BN menggunakan isu tersebut sebagai bahan untuk “their latest round of Islam bashing” (pusingan terkini membelasah, menghina, memperlekeh, dan meng’anjing’kan maruah dan akidah Islam). Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

Sudah bertubi-tubi dilakukan ‘Islam bashing” ini oleh UMNO-BN. Lazimnya, seperti kes penangkapan tiga orang wanita Islam yang menyertai peraduan ratu cantik oleh JAIS pada tahun 1997 dahulu, Perdana Menteri, Dr Mahathir yang akan dulu melenting dan dengan marah lagi geramnya melepaskan sepakan permulaan dalam menghina, memijak dan memperkosakan maruah dan akidah Islam. Hamid Othman akan menyusul dan pemimpin-pemimpin BN yang kafir pun, terutamanya Lim Kheng Yaik, Ling Liong Sik dan Sammy Velu akan tumpang sekaki dalam melempar najis kearah Islam. Media arus perdana dan berbagai badan anti Islam serta pertubuhan “Islam” sendiri seperti “Sisters in Islam” (yang jelas berusaha melonggarkan hukum-hukum Allah SWT agar sesuai dengan citarasa ala barat mereka itu) akan turut serta dengan penuh keghairahan dalam meraikan pesta “Islam bashing” tersebut. Ini senario “Islam bashing” yang lepas-lepas.

Kali ini gandingan jijik Dr Mahathir-Hamid Othman “direhatkan”, dan Pak Lah pula dikerah untuk melepaskan sepakan permulaan yang sekali lagi membuka ruang bagi media, anasir-anasir anti-Islam dan orang-orang kafir untuk turut serta dalam pesta terbaru menghina, memijak dan memperkosakan maruah dan akidah Islam. Walau pun kali ini pemimpin-pemimpin kafir tidak sangat ketara secara “publicly”, tetapi mereka dikatakan sangat marah dengan tindakan JAIS tersebut dan telah menghentam Islam hingga berbuih-buih mulut dan tersembur-sembur air liur dalam mesyuarat-mesyuarat di kementerian masing-masing. Jelas sekali tertampilnya “collective responsibility” BN dalam ajenda memijak dan memperkosa maruah dan akidah Islam.

Sudah banyak penulisan mengenai bagaimana kehakiman syariah telah tergugat dengan keputusan melepaskan orang-orang Islam yang ditangkap oleh JAIS itu. JAIS, malah semua agensi penguatkuasaan syariah dan kehakiman Islam di Malaysia, telah dihina dan diaibkan dengan teruknya. Dan JAIS diaibkan secara pukulan mati kerana dipaksa minta maaf kepada mereka yang melakukan maksiat itu.

Lazimnya kalau hendak dibuang sesuatu kes itu, yang tertuduh masih akan dihadapkan ke mahkamah dan di sana barulah tuduhan digugurkan dan kes itu dibuang. Ini cara yang lazim dilakukan untuk menjaga air muka pihak berkuasa supaya penghormatan keatas agensi berkenaan tidak tergugat. Tetapi dalam kes JAIS prosedur “face saving device” yang sedemikian tidak diikuti kerana memang niat jahat UMNO untuk merosakkan sama sekali imej dan maruah badan-badan penguatkuasaan dan kehakiman syariah. Nampaknya desas desus yang mengatakan bahawa UMNO sedang merancangkan untuk menghapuskan badan-badan penguatkuasaan dan kehakiman syariah ada kebenarannya.

Ini kes klasik dimana yang bersalah ditonjolkan sebagai wira, dan yang berusaha mencegah maksiat dilanyak sebagai penjenayah. Ini juga satu lagi kes kelasik ketidak adilan kerajaan BN dimana fakta-fakta tertentu telah sengaja disembunyikan atau diputar belitkan oleh pemimpin UMNO-BN dan pihak media. Penangkapan dibuat bukan di ruang restaurant “The Ship” seperti yang telah sengaja disalah laporkan. Penangkapan sebenarnya di buat di premis kelab malam ‘The Ship” dimana penyanyi Azlina Abbas akan turun dari pentas untuk mempelawa pelanggan “yam seng” bersama beliau untuk melariskan penjualan arak. Premis kelab malam “The Ship” itu adalah tempat menjamu arak sambil dihiburkan oleh Azlina Abbas, dan menurut penduduk sekitaran yang membuat laporan kepada JAIS, kelab malam tersebut juga mengadakan pertunjukkan bapok. Ini yang dilaporkan oleh penduduk di Damansara Utama, PJ yang meminta JAIS bertindak. Serbuan dibuat atas permintaan ramai dan bukan secara melulu seperti yang disalah laporkan dengan sengaja oleh media. Semuanya fakta-fakta yang benar ini akan terdedah jika kes ini dibawah ke mahkamah. Ini yang ditakuti pihak pemerintah. Pihak pemerintah takut dengan pendedahan yang sebenarnya berlaku di mahkamah nanti, lalu mereka dengan pantas bertindak memaksa supaya yang ditangkap kesemuanya dibebaskan tanpa perbicaraan.

Tunggulah balasan Allah SWT. Mungkin akan ditimpakan keatas negara ini bala bencana yang dahsyat satu demi satu. Kes-kes jenayah yang termasuk kes-kes samseng di sekolah-sekolah akan berlaku dengan lebih berleluasa lagi. Mungkin begitulah nanti balasan dari Allah SWT. Allah SWT sahaja yang mengetahui dan menentukannya.

[Virus babi JE (Nipah) sudah pun merebak semula dan kali ini dengan jangkauan yang meluas lagi. Wabak terbaru ini bermula beberapa hari setelah tercetusnya isu penangkapan JAIS tersebut. Ini bukan secara kebetulan. Ini adalah bala dari Allah SWT, dan bala yang lebeh dahsyat lagi bakal menimpa negara ini].

Sanggup rupanya Pak Lah dan Abu Hassan Omar serta pemimpin UMNO yang lain bertindak untuk menyesatkan umat Islam. Pak Lah dilaporkan membuat kenyataan bahawa tidaklah menjadi kesalahan bagi orang Islam untuk bekerja di tempat menjual arak sekiranya mereka hanya menghidang arak kepada pelanggan bukan Islam dan tidak kepada orang Islam. Pak Lah pura-pura tidak tahu bahawa segala kegiatan bersabit arak adalah haram disisi Allah SWT.

Seperti biasa kumpulan “Sisters in Islam” begitu hebat membidas tindakan JAIS dan telah mengesyorkan dikaji semula sesetengah aspek perundangan syariah. Kumpulan ini terdiri dari kalangan wanita-wanita kelas atasan dan golongan mewah serta professional yang mengagungkan cara hidup ala barat, yang mengalakkan pergaulan bebas lelaki perempuan, yang salah anggap bahawa Islam meletakkan kaum wanita dimartabat yang rendah, dsbnya. (Entah-entah Dr Lo Lo geng puak-puak ini). Kumpulan semacam ini sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk membelasah Islam secukup mungkin. Mereka ini musuh dalam selimut.

Ada cerita-cerita kononnya beberapa kerat ahli “Sisters in Islam” ini minum arak, dan yang belum berkahwin pula (dari kalangan professional seperti peguam), kononnya “kangkang sini sana”. Saya menyebut cerita-cerita ini untuk mengingatkan bahawa tidak baik menuduh mereka tanpa bukti. Ini perbuatan fitnah kalau tidak dilihat dengan mata sendiri, dan tiada pula empat saksi lelaki yang sahih untuk diketengahkan. Kalau kita pergi ‘dinner’ di “Spotted Dog” iaitu Selangor Club dan terserempak dengan saorang ahli “Sisters in Islam” yang belum berkahwin sedang menjamu arak dengan saorang lelaki, tidaklah bermakna malam itu akan berakhir bagi mereka di katil. Walau pun mereka balik bersama dalam sebuah kereta itu pun tidak semestinya bermakna ke katil akhirnya. Usah diulangi cerita-cerita seumpama ini yang menjerumuskan kita kedalam kancah fitnah. Kita jangan jadi seperti mereka.

Perlu diingatkan kepada Dr Mahathir, Pak Lah, Hamid Othman dan UMNO-BN supaya jangan cuba menentang dan melebihi kuasa Allah SWT. Hukum-hukum Allah SWT adalah hak Allah. Berani kamu semua bertindak untuk mengubah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Nampak sangat kamu semua bukan dari golongan yang bertaqwa. Kamu takut meminda hukum-hukum yang kamu gubal sendiri tanpa terlebih dahulu merujuk kembali kepada parlimen yang menjadi sumbernya. Tetapi kamu berani dengan sewenang-wenangnya mengubah, menyesat dan memesongkan hukum-hukum Allah SWT untuk mencapai nafsu kamu yang rakus itu.

UMNO tak berenti-henti mempelawa Allah SWT menurunkan bala secara berterusan keatas negara ini. Bala telah menimpa tidak lama selepas isu menghina Nabi SAW (mempersendakan janggut Baginda) dan isu penangkapan peserta-peserta ratu cantik pada tahun 1997. Jerebu telah menebal dan pada bulan Julai 1997, iaitu sebulan dua selepas isu penangkapan ratu cantik, ekonomi negara telah jatuh menjunam. Seterusnya negara menjadi porak peranda akibat fitnah yang kejam yang dilakukan keatas Datuk Seri Anuar Ibrahim. Jangan salahkan sesiapa sekiranya dalam sebulan dua lagi ekonomi Malaysia akan sekali lagi merosot dengan lebih teruk dari Julai 1997. Dan jangan menyesal kalau porak peranda dalam negara meningkat hingga memuncak kepada konflik yang berlumuran darah.

Ada pendapat yang mengatakan kononnya penangkapan terbaru JAIS ini sebenarnya dirancang atau “stage-managed” oleh Dr Mahathir dan kepimpinan BN. Ianya “prelude” atau langkah awal dalam siri tindakan yang terancang untuk membelasah dan memburukkan Islam hingga senang nanti bagi rakyat menerima keputusan BN untuk menutup dan menghapuskan semua agensi penguatkuasaan dan kehakiman syariah. Apabila sentimen anti-Islam itu sudah meluas, maka mudahlah juga bagi rakyat untuk menerima pengharaman perkataan Islam dari parti politik. Tidaklah semudah itu. Rakyat bukan “makan rumput.”

Ada cerita kononnya semua ini adalah suatu konspirasi untuk menjatuhkan imej Islam yang dirancangkan dengan persetujuan JAIS sendiri. Bermakna JAIS terlibat secara rela dan bersekongkol. Tidaklah dapat dipastikan kesahihan cerita ini. Mungkin cerita ini disebar untuk memburukkan JAIS supaya orang-orang yang beriman yang kini menyokong tindakan JAIS itu akan berubah fikiran dan membenci JAIS. Berhati-hatilah kita semua agar tidak terpedaya dengan tipu helah pemerintah UMNO-BN yang korup, kejam dan anti Islam itu.

Ingatlah wahai UMNO-BN bahawa Allah itu Maha Pengasih tetapi akan menurunkan bala yang dahsyat keatas negara ini kalau kamu semua tak berenti-henti mengundangkannya. Masih tidak terlambat bagi UMNO-BN untuk mengelakkan bencana dan pertempuran darah. Amaran keras telah berulangkali dikeluarkan oleh kepimpinan PAS bahawa PAS dan penyokongnya akan mempertahankan dan menjungjung perkataan Islam itu dengan nyawa dan darah. PAS akan berjuang habis-habisan. Dan untuk makluman UMNO-BN dan anasir-anasir anti-Islam, ingin diberitahu disini bahawa ini bukan amaran kosong kerana ramai penyokong PAS sudah menyambut seruan yang dibuat di Muktamar PAS 2000 baru-baru ini dan sudah memulakan persiapan-persiapan bagi menghadapi apa jua kemungkinan. Kalau UMNO-BN berani menjual, PAS sedia membelinya.

Dan ingatlah, setahu saya setiap hari ramai dikalangan penyokong PAS yang memohon doa untuk mati kerana Allah SWT, iaitu mati syahid.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Semata-mata kerana Allah SWT,

Tarabulsi


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com