Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Drama Sauk untuk pintas pemecatan Mahathir di mesyuarat MT?

Saya menerima maklumat beberapa jam selepas berakhirnya drama curi senjata dari kem askar di Grik/Sauk yang memberitakan kononnya drama itu telah dilakonkan sebagai ‘pre-emptive move” (langkah memintas) dibawah arahan Dr Mahathir untuk merencatkan komplot mengulingkan beliau di mesyuarat MT UMNO di Ipoh. Ini cerita lain dari yang lain. Betul atau sebaliknya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Konnonya beberapa kumpulan dalam UMNO telah lama berkonspirasi untuk mengulingkan Dr Mahathir. (Ini bukan berita baru bagi kita semua). Kononnya lagi kata sepakat sudah dicapai untuk menasihatkan Dr Mahathir di mesyuarat MT UMNO di Ipoh supaya berundur demi untuk menyatupadukan semula orang Melayu. Secara berterus terang Mahathir akan diberitahu bahawa beliau adalah punca perpecahan Melayu.

Najib merupakan calun sepakat untuk menggantikan Dr Mahathir (bukannya Abdullah Badawi). Maka Najib yang nyaris tersungkur dalam pilihanraya umum telah dibantu untuk mendapat undi yang terbanyak dalam pemilihan UMNO pada bulan Mei lalu.

Langkah usul tak percaya ini dianggap perlu diambil sebelum jurang perpecahan dikalangan Melayu meluas ke “point of no return”. Lagi pun suasana politik dilihat ‘favourable’ atau sesuai memandangkan Daim sudah berseliseh faham dengan Dr Mahathir. Malah, kononnya Daim telah memberi isyarat bahawa beliau akan menyokong langkah tersebut.

“Green light” atau persetujuan Daim dikira penting kerana beliau dianggap boleh menjadikan sesaorang ahli UMNO itu jadi kaya atau jatuh miskin. Begitulah 'terror'nya kuasa dan pengaruh Daim. Dengan sokongan Daim maka sedaplah hati sesetengah pihak untuk bertindak kerana tidak perlu lagi takut bisnes mereka akan di sabotaj kelak oleh Daim dalam tindakan balas.

Dengan berlakunya drama curi senjata itu maka terencatlah rancangan untuk menasihatkan Dr Mahathir supaya meletak jawatan. Di sebaliknya pula media arus perdana telah membidas Najib sebagai Menteri Pertahanan yang mesti dipertanggungjawabkan dengan kecuaian tentera itu, dan gerakan pemuda salah satu dari parti komponen BN telah mengesa Najib letak jawatan.

Langkah keselamatan yang terlalu berlebih-lebihan telah diambil. Tempat mesyuarat MT diubah dari kompleks pejabat Setiausaha Kerajaan ke kediaman rasmi Menteri Besar, Perak. Kawalan keselamatan yang berlebihan itu antara lainnya bertujuan mengingatkan para konspirator bukan masanya untuk mencetuskan kekecohan dalam parti. Maka sekali lagi “MahaFiraun” terselamat.

Dikatakan faktor Al Maunah merupakan “side plot” yang penting dalam drama ini. Kumpulan silat itu yang dikatakan mengamalkan ajaran Islam yang sesat telah merintis jalan untuk episod terbaru dalam siri “Islam bashing” oleh UMNO. Kalau benar Al Maunah itu ujud dan benar pula mereka percaya kepada ilmu kebal, maka memang benarlah kumpulan itu mengikut ajaran sesat. Buat kata seorang rakan PAS, “macam mana nak dapat mati syahid kalau kebal. Semasa Rasullulah berperang dulu pun ramai pejuang Islam terkorban dan pejuang Islam pergi berperang jihad mengharapkan tidak akan balik kerana inginkan mati syahid. Begini pejuang Islam yang sebenarnya, bukan yang takut mati dan mencari ilmu kebal.”

Kumpulan Al Maunah dikatakan telah membunuh dua orang anggota polis, dan mereka memilikki senjata secara salah. Mereka mesti dihukum bunuh seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang negara.

Berbalik kepada pelot sampingan “Islam bashing” yang terbaru ini. Ianya seperti yang telah saya katakan dahulu bertujuan untuk mempengaruhi minda rakyat supaya tidak membantah dan mudah menerima apabila berbagai langkah penindasan dan sekatan dikenakan nanti keatas agama Islam. Kaedahnya sama seperti kempen anti raja-raja Melayu pada awal tahun 90an.

Selain dari kemungkinan PAS diharamkan, kita sudah pun dapat pengesahan bahawa tadika Islam dan pusat hafiz Al-Quran akan dihapuskan, hanya ustaz-ustaz yang diluluskan kerajaan sahaja yang boleh berceramah, sementara sekolah-sekolah agama Islam akan dikurangkan bilangannya. Kuasa badan-badan penguatkuasaan syariah dan kehakiman syariah akan dikurangkan. Islam akan dilenyapkan secara berperingkat supaya ianya menjadi semata-mata soal individu seperti agama Kristian dan bukan tanggungjawab ummah seperti yang dituntut dan diwajibkan oleh Sunnah Rasullulah SAW. Apa kah kita akan biarkan sahaja penindasan keatas Islam ini dilakukan????

Tarabulsi.
9.30 malam
Jumaat 7 Julai 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com