Ada cerita kononnya skrip drama “Konfrontasi II”
Malaysia-Indonesia sudah siap beberapa bulan dan sudah
diluluskan oleh ketua kerajaan kedua-dua buah negara,
Dr Mahathir dan Gus Dur. “Konfrontasi II” (secara
olok-olok bukannya betul) akan dilakonkan kerana
kedua-dua buah negara sedang dalam porak peranda dan
perlu bukan sahaja mengalihkan pandangan rakyat
masing-masing dari masalah dalaman negara, tetapi
untuk membangkitkan semula semangat nasionalisma yang
kini sudah pudar di kalangan rakyat kedua-dua negara.
Persefahaman yang luar biasa antara Dr Mahathir dan
Gus Dur untuk melancarkan “Konfrontasi II” secara
olok-olok ini dicapai di salah satu pertemuan mereka (
tidak pasti samada di KL atau di Jakarta). Di harap
dengan ‘konflik’ olok-olok ini orang Melayu yang
majoritinya sudah benci kepada pemerintahan Dr
Mahathir dan BN akan berubah hati dan beri sokongan
kepada pemerintahan BN semasa konflik dengan Indonesia
yang akan diada-adakan itu.
Mungkin juga seliseh faham ditahap krisis dengan
Singapura atau negara jiran yang lain akan juga
diada-adakan.
Isu pencurian balak di sempadan Sarawak/Kalimantan
baru-baru ini adalah sebagai membuka tirai. Beberapa
isu-isu dua hala yang lain akan sengaja diada-adakan
dan akan memuncak menjadi “Konfrontasi II”.
Adegan-adengan acah-mengacah dan pertemporan kecilan
(skirmishes) dengan peluru kapor antara tentera kedua
buah negara akan direka dan berita mengenainya akan di
sebar luas oleh media arus perdana untuk menaikkan
darah rakyat kedua buah negara.
Ura-ura mengatakan “Konfrontasi II” akan dilakonkan
beberapa hari selepas operasi penangkapan
pemimpin-pemimpin dan penyokong BA dilancarkan secara
besar-besaran dibawah ISA. Mungkin juga drama
konfrontasi ini akan dicetuskan beberapa hari sebelum
dilancarkan penangkapan ISA secara besar-besaran itu.
Diharap dengan pendedahan ini cadangan kerjasama dua
hala yang “pelek dan lain macam” ini akan terencat.
Tarabulsi