Assalamualaikum,
Sudahkah cukup sebab untuk jihad?
Macam diatur. Macam siri drama TV. Lepas satu, berlaku
lagi satu adegan untuk menghasut rakyat membenci
Islam. Kalau direnung kembali, terdapat peristiwa Abu
Sayaf di Sipadan diikuti dengan dibebaskan saorang
tebusan rakyat Malaysia, yang disusuli pula oleh isu
hangat penangkapan orang Islam di premis jual arak
oleh JAIS yang digambarkan sebagai tindakan pelampau.
Diikuti pula dengan peristiwa curi senjata oleh al
Maunah dan isu ajaran sesat. Belum habis cerita al
Maunah tiba-tiba saorang lagi rakyat Malaysia yang
ditahan Abu Sayaf sebagai orang tebusan di bebaskan
pada 14 Julai 2000. Perkembangan ini semuanya
saolah-olah diada-adakan, dan macam ada kaitan antara
satu, sama lain; dan bersambung-sambung hinggakan
berbulan-bulan secara terus menerus perhatian rakyat
cuba difokus dan ditumpukan kepada golongan ekstremis
Islam.
Jelas ada ajenda jahat Dr Mahathir dan UMNO untuk
“brainwash” minda rakyat supaya bencikan Islam. Setiap
perkembangan digembar-gemburkan media arus perdana,
dan rakyat cuba dihantui pemikiran mereka secara
berterusan dengan gambaran Islam yang ganas dan
ekstremis. Akhirnya, dan memang seperti telah diduga,
PAS telah dikaitkan dengan ekstremis Islam dan ajaran
sesat. Innaa lilaahi wa innaa ilaihi raaji'un.
Semakin jelas bahawa kebanyakkan perkembangan tersebut
telah diatur dan dirancang untuk membolehkan Dr
Mahathir dan UMNO secara berterusan dan bertubi-tubi
melakukan “Islam bashing”. Tak habis-habis puak-puak
ini memburuk-burukkan Islam yang menjadikan rakyat
beragama Islam yang ada iman naik marah dan benci
kepada Dr Mahathir dan UMNO.
Kita pernah dengar dan melihat di kaca TV bagaimana Dr
Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO mengutuk Islam
sebagai agama yang membawa kemunduran dan hanya sesuai
untuk zaman purba. Kita telah dengar rakaman kaset Dr
Mahathir menghina janggut Nabi SAW. Kita telah dengar
Dr Mahathir dan pemimpin UMNO mengatakan hukum hudud
itu kejam dan akan menakutkan pelabur dan pelancung
asing datang ke Malaysia. Dengan bongkaknya Dr
Mahathir dan UMNO memperlekehkan perintah Allah SWT
yang mewajibkan penubuhan negara Islam. Sebelum
pilihanraya 1999, Dr Mahathir dan UMNO melancarkan
propaganda jahat menakut-nakutkan orang Cina dan India
terhadap Islam. Dr Mahathir dan UMNO seterusnya
menuduh Islam sebagai punca perpecahan orang Melayu.
Badan penguatkuasaan syariah seperti JAIS dimalukan,
dan keputusan sudah diambil oleh kerajaan Dr Mahathir
untuk menutup tadika Islam dan pusat al-hafiz Islam,
mengurangkan sekolah agama Islam dan menyekat pelajar
jurusan agama dari melanjutkan pelajaran ke institusi
pelajaran tinggi di Timur Tengah. Para ulamak di’gum’
dan tidak dibenarkan berceramah di masjid dan surau.
Di jabatan-jabatan awam, polis dan tentera akan
dilancarkan secara halus proses mengurangkan semangat,
pengaruh dan aktiviti Islam dibawah ajenda
‘de-Islamization’. Ajenda ‘de-Islamization’ ini akan
seterusnya dilaksanakan di sektor swasta dan
selanjutnya menular ke seluruh pelusuk negara. Badan
penguatkuasaan dan kehakiman syariah akan secara
beransur dikurangkan kuasa dan peranan mereka.
Kemarahan orang-orang Islam yang beriman di Makaysia
semakin memuncak. Tetapi mereka tetap sabar menunggu
isyarat dari Allah SWT.
Kalau kita rujuk kepada kitab-kitab bab jihad, antara
lainnya, perang jihad itu tidak boleh dimulakan
kecuali ke atas mereka yang menganiayai atau mereka
yang bertindak zalim, yang masih melakukan
penganiayaan dan kezaliman tersebut, yang maseh suka
menghasut-hasut, memfitnah, mengacau, dan
memaksa-maksa orang meninggalkan agama atau merintangi
orang beramal.
Mungkin keadaan di Malaysia sudah mencukupi syarat
seperti diatas untuk kita berjihad membela Islam,
menghapuskan rintangan dan sekatan beramal,
menghapuskan fitnah, penganiayaan, kezaliman dan hasut
menghasut. Mungkin masih belum cukup syarat dan perlu
sedikit lagi provokasi dari Dr Mahathir, UMNO dan BN.
Allah SWT sahaja yang menentukannya. Kita berdoa agar
penyelesaian secara aman yang akan ditentukan oleh
Allah SWT.
Sambil kita bersabar menunggu dan bersiap sedia, kita
harap Dr Mahathir dan UMNO akan sedar dan insaf lalu
menghentikan provokasi mereka memburuk-burukkan Islam
yang tak berenti-henti itu. Dan kita berdoa’ agar
usaha BA terutamanya pemimpin-pemimpin PAS dan
Keadilan untuk mencari jalan penyelesaian secara aman
akan di beri kejayaan oleh Allah SWT.
Kalau dilihat sejarah, peperangan yang diizinkan Islam
ialah peperangan yang bersifat membela, bukan bersifat
menyerang. Akan tetapi jika peperangan jihad yang
diizinkan itu telah diistiharkan, maka ketika itu
setiap muslimin dan muslimat diwajibkan mengangkat
senjata dengan tulus dan ikhlas berperang jihad
semata-mata kerana Allah SWT.
Ulong-ulong ini banyak kita dengar kelohan di merata
pelusuk Malaysia : “Bilakah akan datangnya
pertolongan Allah?” Memangnya terasa tersangatlah
lambat , tetapi Allah SWT sudah berfirman:
Terjemahan: “Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan
Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang
teguh kepada agama Allah)” (Surah al-Baqarah ayat 214)
Tidak akan dipercepatkan semata-mata kerana ramai
dikalangan kita sudah begitu rasa resah. Sabar, kerana
setiap sesuatu disisi Allah ada ketetapan dan
ketentuannya yang tidak akan dilambatkan atau
dipercepatkan.
Tetapi apabila ketetapan telah dibuat di sisi Allah
SWT dan tentera Islam sudah masuk ke medan perang,
maka haram atas mereka berundur dan lari dari
gelanggang perang. Orang-orang beriman dituntut
menjalankan kewajipan suci perang jihad ini dengan
semangat yang bernyala-nyala, gagah berani, kuat,
tahan, dan bersabar seperti firman Allah SWT :
Terjemahan: “Hai orang-orang yang beriman, apabila
kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang
menyerangmu, maka janganlah kamu lari membelakangi
mereka (berundur). Barangsiapa yang membelakangi
mereka (mengundurkan diri) pada waktu itu, kecuali
berbelok untuk siasat peperangan atau hendak
mengabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka
sesungguhnya orang (yang undur) itu kembali dengan
membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah
neraka jahanam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.”
(Surah al Anfaal ayat 15 dan 16)
Hukum diharamkan berundur oleh Allah SWT itu disertai
dengan jaminan kemenangan kepada tentera Islam walau
pun tentera musuh sepuluh kali lebih banyak. Allah
SWT telah berfikrman:
Terjemahan: “ Hai Nabi Allah, kobarkanlah semangat
para mu’min itu untuk berperang. Jika ada dua puluh
orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat
mengalahkan dua ratus orang musuh (kafir). Dan jika
ada seratus orang (yang sabar) diantaramu , mereka
dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir,
disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak
mengerti tujuan perang (iaitu untuk mendapat keridhaan
Allah dan menegakkan agama-Nya).” (Surah al-Anfaal
ayat 65, lihat juga ayat 66 dimana tentera kafir dua
kali lebih banyak dari tentera Islam akan pasti
dikalahkan dengan pertolongan Allah SWT).
Semasa di perang Badar, Allah SWT telah memenangkan
orang-orang beriman terhadap orang-orang musyrik.
Tentera Islam paling sedikit bilangan, paling lemah
kesediaan dan kekuatan, namun mereka telah dikurniakan
oleh Allah SWT dengan iman dan thabat (keteguhan). Di
samping itu, Allah SWT telah menurunkan tenteraNya dan
mencampakkan ke dalam hati orang-orang musyrik rasa
ketakutan. Apa yang dilakukan oleh kekuasaan Allah SWT
adalah mengatasi faktor-faktor kebiasaan manusia
sebagaimana firman Allah SWT:
Terjemahan: “Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang
membunuh mereka, akan tetapi Allah-lah yang membunuh
mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu
melempar, tetapi Allah-lah yang melempar (untuk
membinasakan orang-orang kafir) dan untuk memberi
kemenangan kepada orang-orang mu’min, dengan
kemenangan yang baik..” (Surah al-Anfaal ayat 17)
Dan ingatlah semasa zaman Rasulullah SAW bagaimana
orang-orang Islam berebut-rebut hendak pergi perang
jihad kerana inginkan mati syahid. Ertinya, melangkah
pergi berperang kerana Allah SWT dengan niat tidak
mahu kembali kerana inginkan mati syahid di medan
perang. Itu lah dia pejuang Islam yang sebenarnya.
Tidak takut mati malah mati syahid sangatlah
diidamkan. Inilah dia sesuatunya kekuatan Islam, iaitu
semangat jihad yang sangat digeruni dan ditakuti oleh
puak kafir.
Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !
Semata-mata kerana Allah SWT
Tarabulsi
(Catitan: Antara rujukan yang baik mengenai jihad
adalah buku Ustaz Professor Dato Dr Haron Din bertajuk
“Manusia dan Islam”)