Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Selepas Anwar giliran Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pula.

Assalamualaikum,

Selepas Anwar giliran Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pula.

Menurut sumber-sumber tertentu, Dr Mahathir masih tidak senang duduk. Dia bukan sahaja terus dihantui oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi sekarang ini pantang pula disebut nama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Dia akan diam lain macam, iaitu tanda dia marah. Dr Mahathir tidak pandang ringan liputan Asiaweek keluaran 16 Jun 2000 yang menganggap Hj Abdul Hadi berkemungkinan menjadi Perdana Menteri dalam masa lima atau sepuluh tahun dari sekarang. Malah, dikatakan Dr Mahathir telah masukkan Hj Abdul Hadi kedalam senarai tokoh-tokoh politik didalam atau diluar UMNO yang perlu ‘dibunuh’ kerana mereka berpotensi untuk mengugat kedudukannya.

Dikatakan lagi Dr Mahathir yang menjejak untuk menjerat dan memusnahkan semua musuh politiknya telah mengukur keupayaan Hj Abdul Hadi, dan dirumuskannya memang Tuan Guru berkarisma, berkaliber, berkebolehan lagi kuat pengaruh dikalangan majoriti rakyat berbangsa Melayu. Dan sememangnya Hj Abdul Hadi berkemampuan untuk memberi ‘realistic challenge’ sekiranya BA berjaya mendapat sokongan sekurang-kurangnya separuh undi bukan Melayu.

Dr Mahathir sangat dihantui dengan impact serta pengaruh dan populariti Hj Abdul Hadi yang semakin meningkat didalam persekitaran suasana serta status quo politik negara yang terus berubah memihak kepada BA. Maka keputusan telah diambil untuk ‘membunuh’ Hj Abdul Hadi seteruk-teruknya.

Seperti yang kita sedia maklum, kempen propaganda sudah pun dilancarkan untuk memaparkan Hj Abdul Hadi sebagai pelampau Islam dan penghasut kepada jihad yang sangat merbahaya kepada keselamatan negara. Ucapan Tuan Guru yang dibuat 20 tahun dahulu, iaitu pada tahun 1979 telah diungkit, diceduk sini sikit, sana sikit, dan dikorupsikan dibawah label ‘Amanat Abdul Hadi’.

Dikatakan penahanan dibawah ISA merupakan opsyen yang terakhir. Ini bermakna kaedah penganiayaan yang lain akan digunakan terlebeh dahulu keatas Hj Abdul Hadi. Sama-sama kita tunggu apakah cara penganiayaan yang lain itu yang telah dirancangkan oleh Dr Mahathir dan kroni-kroninya. Adakah ianya akan berupa fitnah dan penganiayaan yang membolehkan Tuan Guru diheret ke mahkamah dalam keadaan mana Tuan Guru (seperti Dato Seri Anwar) akan didapati bersalah dan dihukum penjara bertahun-tahun atau dihukum bunuh oleh mahkamah yang dikawal sepenuhnya oleh Dr Mahathir?

Mungkin dakwaan bahawa ‘Amanat Hj Abdul Hadi' itu menghasut kepada berjihad merupakan muqadimah untuk seterusnya mengaitkan Tuan Guru dengan kumpulan Al Maunah. Mungkin salah seorang ahli Al Maunah yang sedang dibicarakan dalam kes rompakan senjata Sauk akan berbohong dalam mahkamah, iaitu kononnya Hj Abdul Hadi adalah pemimpin kumpulan mereka. Mungkin pihak polis pula akan menanam dan menemui ‘bukti-bukti kukuh’ disalah satu premis kepunyaan Tuan Guru. TV3suku akan kebetulannya ada ketika itu untuk membuat rakaman. Tuan Guru pun ditangkap dan dihukum bunuh atas sabit kesalahan mendalangi komplot untuk memerangi negara. Kemungkinan-kemungkinan tersebut boleh menjadi kenyataan kerana Malaysia sebenarnya sudah menjadi sebuah negara polis dibawah gengaman kuku besi serta kuasa mutlak Dr Mahahtir yang kejam itu.

Mungkin juga seorang pembunuh upahan akan muncul dan menembak Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa beliau berceramah. Pembunuh upahan tersebut akan mendakwa beliau terpanggil untuk membunuh seorang yang merbahaya kepada negara. Pembunuh upahan itu akan dimasukkan ke wad gila untuk seketika sebelum dihantar bercuti ke Australia (seperti Ariffin Jaka). Segala-galanya boleh berlaku dinegara kita yang dipimpin oleh Dr Mahathir yang kejam dan berkuasa mutlak itu. Bukankah ini negara polis? Lagi pun bukankah ini negara serba boleh: “Malaysia Boleh”?

Persoalannya sekarang apakah perancangan BA dalam menghadapi peningkatan penindasan dan pengkhianatan serta serangan provokasi UMNO-BN yang bertubi-tubi, dan tidak putus-putus yang semakin mengila-gila itu?

Kita perlu tegas. Lihat apa telah jadi apabila PAS beri amaran keras mengenai niat jahat UMNO nak buang nama Islam. UMNO telah undur dan niat hendak buang nama Islam itu sudah tiada kedengaran sangat. Suatu lagi contoh adalah amaran keras yang dikeluarkan oleh Saudara Ezam Mohd Noor pada malam 8hb Ogos 2000. Ezam dengan tegas memberi polis tempoh hingga keesokan harinya untuk memberitahu dimana Tian Chua dan Malik Hussein ditahan; kalau tidak Keadilan akan mula bertindak balas terhadap keganasan polis. Keesokan harinya awal-awal lagi Tian Chua dan Malik Husin telah dibebaskan. Ini membuktikan kepada kita betapa perlu untuk berkeras dan tegas dalam menghadapi segala asakan pengkhianatan UMNO-BN.

Ramai yang tertanya-tanya apa harus dilakukan sekiranya berlaku, mithalnya, penangkapan besar-besaran keatas pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli BA dibawah Akta ISA atau lain-lain kaedah penganiayaan?

Apa harus dilakukan sekiranya sedang kita tengah duduk dipadang mendengar ceramah BA, tiba tiba polis FRU dan PGA menyerang kita, dan ada dikalangan kita yang mati, tercedera parah dan sebagainya. Dan pada malam itu juga hampir kesemua pemimpin-pemimpin BA diseluruh negara diheret ke balai polis.

Pucuk pimpinan BA perlu memberitahu apa bentuk reaksi kita dalam situasi yang sedemikian. Mungkin ada yang berpendapat tidak mungkin penyokong-penyokong BA yang beribu-ribu sedang mengikuti ceramah itu diserang dengan beberapa dikalangan mereka dibunuh. Tetapi harus diingat kita menghadapi UMNO yang telah meletakkan agama, otak mereka dan prinsip-prinsip serta nilai-nilai hidup yang murni dicelah kangkang mereka. Harus juga dikambil kira UMNO dalam keadaan tertekan dan terdesak. Malah sudah ada kedengaran dari mulut pemimpin pertengahan UMNO saranan supaya diserbu sahaja dan dibunuh seramai mungkin penyokong BA yang sedang mendengar ceramah supaya semua rakyat akan serik dan tidak akan lagi berani menghadhiri ceramah-ceramah pembangkang.

Dalam keadaan dimana UMNO-BN semakin mengila, agak perlu bagi BA untuk ‘draw the line.’ Ini sebagai langkah pre-emptive untuk mencegah tercetusnya keadaan yang tidak diingini dari berlaku. Kita tetapkan ‘limit’ atau garis-garis. Kalau mereka melampaui limit yang ditetapkan, kita akan bertindak balas. Dan kita nyatakan dengan jelas apa tindak balas kita itu. Cara ini mungkin boleh menjadi ‘deterrence’ kepada UMNO-BN dan membantutkan mereka dari bertindak dengan sewenang-wenangnya dalam mengkhianati dan menganiayai kita.

Sememangnya amat penting untuk kita bersabar. Namun begitu kita masih perlu perancangan dan mengadakan garis panduan bertindak berserta dengan ‘contigency plan’ untuk menghadapi pengkhianatan, penindasan dan penaganiayaan UMNO-BN yang semakin menjadi-jadi serta mengila itu supaya mudah bagi kita semua (apabila keadaan memaksa) untuk bertindak balas secara spontan, teratur, kuat, ‘concerted’ serta menyeluruh kesegenap pelusuk negara.

Tarabulsi.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com