Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Kakitangan awam dilarang memakai kopiah putih

Beberapa hari setelah kopiah puteh dikaitkan oleh Dr Mahathir sebagai menyokong PAS, maka Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengumumkan kepada Ketua-Ketua Jabatan Awam bahawa adalah dilarang kakitangan awam untuk memakai kopiah puteh di pejabat, dan mereka yang terus memakainya hendaklah dikenakan tindakan 'cold storage'dengan ditukarkan kepada tugas yang kurang penting atau 'secluded' serta tidak dipertimbangkan untuk kenaikan gaji tahunan dan kenaikan pangkat.

Kakitangan awam sudah pun diumumkan secara lisan mengenai arahan tersebut tetapi masih tertunggu-tunggu pekeliling perkhidmatan yang berkenaan dikeluarkan. Namun begitu larangan tersebut sudah pun dikuatkuasakan berdasarkan arahan secara lisan itu.

Ada kemungkinan larangan tersebut akan terus dikuatkuasakan tanpa dikeluarkan pekeliling kerana takut ianya dijadikan bukti hitam puteh bahawa pemerintahan negara yang ditunjang oleh UMNO sedang berusaha untuk menyekat segala yang synonymous dengan Islam. Tetapi arahan memang sudah dikuatkuasakan, dan ini penting diambil maklum oleh semua kakitangan awam.

Ada ura-ura bahawa larangan ini akan diperluaskan kepada orang awam yang datang ke agensi-agensi awam kerana urusan tertentu. Mereka yang berkopiah puteh tidak akan dilayan seperti yang sepatutnya. Dokumen-dokumen yang mereka serahkan di kaunter akan ditanda dan diberi prioriti yang terendah sekali dalam pemerosesan.

Sedang juga diperbincangkan samada kakitangan awam wanita perlu juga dilarang memakai mini telekong. Memandangkan Dr Mahathir benci melihat wanita Islam yang bermini telekong untuk menutup aurat mereka seperti yang dituntut oleh agama mereka, maka sesetengah Menteri telah mencadangkan mungkin perlu juga dikeluarkan arahan melarang kakitangan wanita memakai mini telekong. Menteri-Menteri yang berkenaan menegaskan bahawa kebencian Dr Mahathir terhadap wanita Islam yang menutup aurat sudah jelas dan nyata, oleh kerana itu tidak perlulah tunggu sehingga PM membangkitkannya baru hendak bertindak. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana pegawai-pegawai tinggi perkhidmatan awam buat-buat tidak dengar.

Sebenarnya perkara kopiah puteh ini telah dibangkitkan secara sepintas lalu oleh Dr Mahathir dalam perbincangan beliau dengan Ketua-Ketua Jabatan Awam di sessi 'retreat and brainstorming' di Kuantan pada tahun lepas. Kalau tidak silap retreat tersebut yang ada dilaporkan oleh media arus perdana berlangsung sebulan-dua sebelum pilihanraya umum 1999. Tetapi Ketua-Ketua Jabatan Awam, samada secara sengaja atau tidak sengaja, telah buat-buat tak dengar dan tidak mengambil sebarang tindakan susulan.

Berbulan-bulan Dr Mahathir menunggu namun perkhidmatan awam maseh belum membuat susulan yang beliau kehendakki itu. Maka arahan telah dikeluarkan kepada salah seorang dari ahli panel yang berwawancara dengan PM di TV mengenai sandiwara Sauk baru-baru ini untuk menimbulkan semula isu kopiah puteh ini. Susulan dari wawancara tersebut maka arahan di terima oleh KSN supaya mengubal suatu dasar mengenainya untuk kakitangan awam.

Bagi kakitangan awam dari yang teratas sekali, ia-itu KSN hinggalah ke peringkat pengurusan bawahan, mereka hanya menurut perintah ahli-ahli politik yang menjadi boss mereka. "Theirs is not to reason why, theirs is but to do and die".

Tarabulsi


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com