Assalamualaikum,
31 Ogos 2000: Menyambut Pencapaian Status Negara
Pariah
Kali ini 31 Ogos sungguh bermakna bagi Dr Mahathir dan
kuncu-kuncunya. Perayaan ulangtahun “kemerdekaan”
ke-43 pada tahun ini merupakan sambutan pencapaian
status negara pariah bagi Malaysia. Kita ucapkan
syabas dan tahniah kepada Dr Mahathir dan UMNO-BN
kerana kejayaan mereka yang cemerlang dalam memimpin
Malaysia kearah pencapaian status negara pariah
tersebut (dibaca secara sinis).
Kelihatan sambutan 31 Ogos tahun 2000 ini begitu
sugur, muram dan tidak bersemangat langsung. Bendera
Malaysia begitu sangat kurang dikibarkan, tidak
seperti tahun 1994 dulu (tahun bermulanya budaya
mengibarkan bendera di kereta persendirian dan di
balcony rumah kediaman) dimana hampir semua kereta
persendirian dan rumah-rumah kediaman dengan megah
mengibarkan bendera Malaysia. Budaya yang bermula pada
tahun 1994 ini telah berterusan pada setiap ulangtahun
“kemerdekaan” tetapi telah terhenti secara terencat
mulai tahun 1997.
Sejak tahun 1997 sambutan ulangtahun “kemerdekaan”
berubah menjadi tidak bersemangat, muram dan sugur
disebabkan keruntuhan ekonomi secara mendadak pada
bulan Julai tahun itu, dan negara mula hanyut dalam
arus api fitnah bermula dengan 'Sandiwara Memfitnah
Soros' dengan disusuli rapat oleh pementasan
konspirasi politik yang terlalu kejam, terlalu kotor
dan tersangatlah tidak adil yang dilakukan oleh si tua
laknat Dr Mahahtir keatas Dato Seri Anwar Ibrahim.
Seterusnya pula si laknat tua Dr Mahathir dan
tentera-tentera iblisnya dalam UMNO dan dikalangan
para golongan atasan meningkatkan serangan api fitnah
mereka terhadap musuh utama mereka iaitu agama Islam.
Negara berada dalam porak peranda dua tiga tahun yang
kebelakangan, dan dalam tempuh tersebut majoriti
rakyat tidak lagi mengibarkan bendera Malaysia dengan
megahnya menjelang sambutan ulangtahun “kemerdekaan”.
Lazimnya mulai 15 Ogos kereta-kereta persendirian dan
balcony-balcony rumah kediaman akan berlumba-lumba
dengan hiasan bendera negara dan pelekat-pelekat
memuji-memuja negara. Tetapi sejak tahun 1997 hingga
ke tahun 2000 ini, kelihatan hanya teksi, bas, lori,
van perniagaan serta premis jual beli sahaja yang
mengibarkan bendera kerana terpaksa. Dan hanya
bilangan kecil kereta persendirian (terutamanya kereta
kelas mewah) yang mengibarkan bendera Malaysia walau
pun bendera di agih-agihkan secara percuma pada tahun
ini. Masih belum kelihatan bendera Malaysia di
kibarkan di balcony rumah-rumah kediaman. Yang
dikibarkan di premis membeli-belah dan kedai-kedai
tidak boleh diambil kira kerana dilakukan bukan secara
sukarela tetapi dibuat kerana terpaksa.
Semuanya adalah petanda-petanda bahawa majoriti rakyat
sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan kejam dan
secara kukubesi diktator si laknat tua Dr Mahathir dan
UMNO-BN. Majoriti rakyat sedar bahawa negara kini
dijajah dengan zalim dan kejamnya oleh Dr Mahathir dan
UMNO-BN. Majoriti rakyat sedar bahawa Malaysia perlu
dimerdekakan dari gengaman kekejaman pemerintahan si
tua laknat Dr Mahathir. Sambutan yang sugur dan muram
ini juga mencerminkan perasaan malu dan hina serta
morale, maruah dan kehormatan yang amat rendah yang
dirasakan oleh majoriti rakyat ekoran dari "kejayaan"
negara dibawah pemerintahan Dr Mahathir dalam mencapai
status negara pariah.
Adalah diseru kepada majoriti rakyat supaya bangkit
untuk memerdekakan negara dari terus dijajah, ditindas
dan dirompak hasil kekayaannya oleh seorang diktator
si tua laknat bernama Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya.
Kepada Dr Mahathir dan UMNO-BN, sekali lagi diucapkan
selamat menyambut ulangtahun ‘kemerdekaan’ yang
bertemakan “KERANAMU MALAYSIA” negara pariah yang
hina.
Tarabulsi