Assalamualaikum,
Sedang rakyat tertunggu-tunggu bilakah BPR akan berani
tangkap Rafidah Aziz, Ali Abul Hasan dan lain-lain
ikan jerong yang terbukti ada kes jenayah rasuah yang
prima facie terhadap mereka, tiba-tiba muncul berita
tangkapan bilis-bilis JPJ. Adakah BPR seperti biasa
bermain sandiwara untuk alih pandangan dari
jerong-jerong laknatullah seperti Rafidah Aziz
tersebut dengan menangkap ikan-ikan bilis di JPJ??
Biasalah tu, BPR akan menangkap bilis dan pukul canang
sekuat mungkin. Orang-orang besar seperti Rafidah Aziz
dan Ali Abul Hasan yang dari siasatan BPR sendiri
terbukti adalah penjenayah rasuah tak berani diberkas
kerana mereka diberi kekebalan dari undang-undang oleh
Dr Mahathir, Peguam Negara dan kehakiman negara.
Terpampar dimuka depan media arus perdana pada 26 Ogos
2000 berita sensasi bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR)
telah menumpaskan satu sindiket menjual lesen memandu,
dipercayai yang terbesar di negara ini, membabitkan
pakatan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
pengusaha sekolah memandu dan orang awam.
Seramai 21 orang termasuk enam kakitangan JPJ dan
seorang doktor swasta di sekitar Perak ditangkap dalam
‘Operasi Melayang’ yang dilancarkan Khamis lalu.
Mereka disyakit terbabit dalam kegiatan mengeluarkan
‘lesen terbang’ dan ‘lesen gerenti lulus’ yang
membabitkan rasuah ditaksirkan hampir RM40 juta. Ketua
Pengarah BPR , Abdul Razak berkata, sindiket
dipercayai menjalankan kegiatan sejak lima tahun lalu.
Syabas BPR. Rasuah hampir RM40 juta (kalau jumlah
tidak sengaja ditinggikan) memang besar dan usaha BPR
memberkas mereka yang terlibat sangat disanjung.
Tetapi kenapa kalau kegiatan rasuah tersebut sudah
diketahui BPR lima tahun yang lepas baru sekarang ini
BPR bertindak? Kenapa selepas lima tahun baru
bertindak? Jumlah rasuah tidak akan menjangkau RM40
juta jika BPR telah bertindak lima tahun dahulu.
Sumber dari dalaman JPJ mengesahkan BPR memang sudah
tahu kegiatan rasuah tersebut sejak lima tahun dahulu,
tetapi BPR tidak boleh pada ketika itu bertindak
kerana kegiatan rasuah tersebut pada masa itu dibawah
naungan beberapa orang kuat UMNO dan MCA. Selepas
segala bukti-bukti yang mengaitkan lanun-lanun UMNO
dan MCA ini berjaya dipadamkan (delete) barulah BPR
bebas untuk bertindak.
Sumber JPJ tersebut mempersoalkan jumlah RM40 juta
kerana ia bermakna ratusan ribu rakyat mendapat lesen
kopi-o. Tak mungkin sampai ratusan ribu berlesen
kopi-o.
Sumber JPJ tersebut (dan juga sumber Kastam) juga
memberitahu berkenaan rasuah melibatkan saudara
Rafidah Aziz yang mempunyai syarikat mengimport kereta
Mercedes dan lain-lain kereta mewah. Didakwa bahawa
Rafidah Aziz (yang sudah pun banyak kes rasuah yang
tertunda) telah menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri
untuk membolehkan syarikat kenderaan kepunyaan
saudaranya itu ‘lari’ dari membayar cukai import
kereta mewah yang sepatutnya. Bukan tak bayar, tapi
bayaran cukai import adalah lebih rendah kerana
berlaku ‘under declare’ dan lain-lain penyelewengan
yang ditutup sebelah mata. Yang ini melibatkan rasuah
lebih dari RM40 juta dan mungkin hampir RM1 billion
atau lebih. Diharap pihak tertentu dalam Kastam dan
JPJ akan mendedahkan satu lagi jenayah rasuah Rafidah
Aziz ini (dengan disertakan bukti berdokumentasi)
secepat mungkin di laman-laman reformasi. Jangan
takut. Dedahkan.
Memanglah besar jumlah rasuah di JPJ sebanyak RM40
juta tersebut, tetapi jumlah rasuah yang membabitkan
Rafidah Aziz, Ali Abul Hasan, pegawai-pegawai EPU,
kroni-kroni bisnes Dr Mahathir dan pemimpin UMNO-BN
yang lain bukan setakat puluhan juta tetapi melibatkan
ribuan juta ringgit. Kenapa yang ini tidak diberkas
oleh BPR terutamanya Rafidah dan Ali Abul? Kedua kes
ini dari siasatan BPR sendiri menunjukkan ada bukti
sahih untuk mengheret mereka ke mahkamah.
Kuncu-kuncu Dr Mahathir, umpamanya, telah lari dari
membayar cukai import dianggarkan berjumlah berbillion
ringgit dalam mengimport bahan-bahan binaan dan
lain-lain barangan. Mereka menenggek, iaitu tumpangkan
dengan pengimportan untuk projek-projek mega seperti
KLCC dan KLIA yang dikecualikan dari cukai import.
Dengan cara menenggek itu mereka dapat lari dari
membayar cukai import dan meraih keuntungan yang
berlipat-lipat ganda. Kegiatan mereka ‘menyeludup’
masuk bahan dan jentera binaan serta lain-lain
barangan import melalui projek-projek mega yang
dikecualikan cukai itu tidak boleh diambil sebarang
apa tindakan kerana mereka kononnya mendapat lampu
hijau dari Dr Mahathir.
Kepada BPR diucapkan syabas kerana membanteras
kegiatan rasuah di JPJ tersebut. Tetapi BPR digesa
mengambil tindakan secepat mungkin keatas Rafidah
Aziz, Ali Abul Hasan dan lain-lain jerong yang
terlibat dalam jenayah rasuah yang melibatkan
berbillion ringgit kerugian kepada negara. Selagi
penjenayah-penjenayah ini tidak ditangkap, selagi
itulah rakyat terus tidak yakin kepada BPR. Rakyat
memang sudah lama menganggap BPR hanya berani tangkap
bilis. Imej BPR sebenarnya sama buruk dan sama jijik
dengan imej polis, peguam negara dan hakim-hakim
negara.
BPR perlu dibersihkan dari imej hanya boleh
BERSANDIWARA menangkap ikan bilis untuk menutup dan
mengalih pandangan rakyat dari jenayah rasuah yang
melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO-BN serta kroni-kroni
bisnes mereka yang melibatkan berbillion ringgit itu.
Tarabulsi