Assalamualaikum,
Antara sandiwara yang mungkin dilakonkan oleh kerajaan
Dr Mahathir untuk memulihkan sokongan orang Melayu
adalah dengan diungkit isu-isu yang sensitif yang
sedia ada atau ditimbulkan isu-isu baru yang membawa
kepada suasana hubungan yang tegang dengan Singapura.
Lazimnya krisis dengan Singapura akan membakar api
semangat nasionalisma yang penuh emosi di kalangan
orang Melayu. Ini suatu formula yang sudah diuji dan
berkesan untuk membangkitkan semangat Melayu dan
mungkin digunakan setelah sandiwara hak keistimewaan
Melayu 'back fired'.
Krisis dengan Singapura secara langsung atau tidak
langsung lazimnya akan dilihat sebagai isu Melayu
lawan Cina. Ini membuat rakyat Malaysia keturunan Cina
serba salah tetapi akan membuat orang Melayu melupakan
perbedzaan fahaman politik dan perselisehan sesama
sendiri untuk bersatu dan berdiri dibelakang kerajaan
UMNO-BN.
Berdasarkan hakikat tersebut maka tidaklah boleh
diketepikan kemungkinan sudah pun ada perancangan oleh
Dr Mahathir untuk ujudkan krisis hubungan dua hala
dengan Singapura yang dikira boleh membangkitkan
semangat serta menyatupadukan semula orang Melayu
dibawah kepimpinan beliau dan UMNO.
Tetapi sandiwara ini perlu kerjasama Singapura. Maka
timbul pertanyaan apa faedahnya kepada Singapura.
Ada pendapat kononnya Lee Kuan Yew telah ke Malaysia
baru-baru ini untuk, antara lainnya, meninjau
bagaimana Singapura boleh membantu UMNO-BN dalam
memulihkan kepercayaan dan sokongan orang Melayu.
Singapura sangat bimbang dengan arus kebangkitan Islam
di Malaysia dengan trend yang jelas memperlihatkan
majoriti orang Melayu sudah memihak kepada BA yang
ditunjang oleh PAS. Harus diingat Singapura
berulangkali telah menzahirkan rasa bimbang dan
terancam kerana negara kepulauan tersebut terletak di
tengah-tengah “lautan Islam”. Kepimpinan Singapura
pernah mengeluarkan kenyataan jika Malaysia menjadi
negara Islam, Singapura tidak akan berlengah dalam
melakukan serangan ketenteraan. Malah bukan sahaja
Singapura tetapi negara-negara Barat turut rasa kurang
senang dengan kebangkitan Islam yang semakin kuat dan
memantap di Malaysia.
Untuk memastikan Malaysia tidak akan jatuh ke tangan
kerajaan yang ditunjang oleh PAS yang dilihat sebagai
ancaman kepada ‘a Chinese Singapore’, maka Singapura
sedia membantu UMNO-BN. Begitu juga dengan kuasa-kuasa
Barat. Malah Dr Mahathir sebenarnya alat kuasa-kuasa
Barat. Ingat tak sejurus selepas Dato Seri Anwar
Ibrahim ditangkap pada 20 September 1998 suatu
rombongan pelabur dari Amerika Syarikat telah
diterbangkan ke KL, dan bersama-sama syarikat-syarikat
Amerika yang sudah bertapak di Malaysia secara tidak
langsungnya mengisyaratkan sokongan kepada qadam
mereka, Dr Mahathir. Janganlah terpedaya dengan segala
rhetorik Dr Mahathir yang tak habis-habis membidas
Barat itu. Buat kata Lim Kit Siang kalau benar
Malaysia hendak dijajah semula oleh kuasa Barat
seperti yang didakwa berulangkali oleh Dr Mahathir,
kenapa Dr Mahathir teruskan lawatannya ke Amerika
Syarikat (yang sedang berlangsung pada masa ini).
Ada desas desus (dari Singapura) kononnya Lee Kuan Yew
telah juga menasihatkan Dr Mahathir supaya berundur
sekiranya tiada jalan lain untuk menyelamatkan
pengaruh dan kekuasaan UMNO. Kononnya Lee Kuan Yew
secara “point blank” dan terus terang (without mincing
words) menegaskan kepada Dr Mahathir bahawa dia (Dr
Mahathir) “must go” kerana dia lah punca majoriti
orang Melayu telah bersatu dengan eratnya dibawah
panji-panji BA. Saya kurang dapat menerima maklumat
ini kerana Singapura telah lama menganggap Malaysia
dibawah seorang Perdana Menteri berbangsa India Muslim
itu sebagai memberi keyakinan dan guarantee yang lebih
dari segi pencapaian kepentingan Singapura dalam
hubungannya dengan Malaysia.
Hubungan istimewa (special relations) telah terjalin
sejak Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.
Sememangnya hubungan Malaysia-Singapura tidak
kurangnya dengan detik-detik hubungan dingin,
persaingan serta pendirian yang bercanggah terhadap
sesetengah isu-isu regional dan dunia. Walau apa pun
masalah yang timbul, kepimpinan di KL dan Singapura
tetap akan mencari penyelesaian damai dan jika sesuatu
masalah itu tidak dapat diusaikan kerana pendirian dan
kepentingan terlalu luas jurang perbedzaannya
(diametrically opposed), maka akan dipersetujui supaya
pintu untuk terus berunding tetap akan terbuka.
Kerajaan UMNO-BN di KL dan kerajaan PAP di Singapura
begitu kenal dan saling memahami antara satu sama lain
untuk memastikan segala isu dan krisis yang timbul itu
tidak terjerumus menjadi konflik ketenteraan. Malah
kadangkala isu-isu yang sensitif diperalatkan (dengan
persetujuan kedua pihak) untuk membantu jiran yang
menghadapi masalah dalaman alihkan pandangan rakyat
dari masalah yang dihadapi itu. Maka akan diungkit dan
digembar-gemburkan isu-isu sensitif seperti bekalan
air untuk Singapura, atau isu tanah milek Keretapi
Tanah Melayu di Singapura, atau isu tuntutan
persempadanan seperti Pualu Batu Putih, atau isu
pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh
pesawat-pesawat jet pejuang Singapura, atau isu-isu
perdagangan dan lain-lain. Ada kalanya dengan tak
semena-mena dan tanpa sebarang provokasi salah seorang
pemimpin Singapura akan mengeluarkan kata-kata yang
menghina orang Melayu di Malaysia yang akan
mencetuskan rhetorik yang pedas-pedas dari kedua-dua
pihak dan membangkitkan semangat Melayu yang
berkobar-kobar.
Dalam hubungan antarabangsa, “predictability” itu
penting terutamanya diperingkat hubungan antara
negara-negara yang berjiran. Kebolehan untuk
menjangka, mengamati serta memahami pendirian, ego,
kepentingan, ‘eccentricities’, perangai, tingkahlaku
negara jiran itu amat penting, dan dalam aspek ini
UMNO-BN dan PAP begitu masak dalam memahami satu sama
lain. Mereka begitu ‘familiar’ dan mudah membaca
pemikiran satu sama lain dan mereka akan saling
membantu untuk mempastikan mereka terus berkuasa di
sebelah sempadan masing-masing.
Sama-sama kita tunggu samada sandiwara tersebut akan
dipentaskan atau sebaliknya. Saya timbulkan perkara
ini sebagai “preemptive move” dengan harapan
sekurang-kurangnya tidaklah kita mudah terpedaya jika
sandiwara itu dipentaskan.
Tarabulsi
3 September, 2000