Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


BA lancarkan segera kempen perpaduan antara kaum

Maka berdemonstrasilah Pemuda UMNO menentang tuntutan Suqui dengan kata-kata yang bongkak bahawa mereka sanggup bermandi darah. Pemuda UMNO lupa parti mereka telah mengutuk demonstrasi itu sebagai bukan budaya Melayu. Yang anehnya Dr Mahathir sendiri mengembar-gemburkan isu tuntutan Suqui. Lupakah Dr Mahathir bahawa Jemaah Menteri yang dipengerusikannya pada 23 September 1999 telah menerima secara prinsipnya tuntutan Suqui tersebut. Dan apa motif Dr Mahathir dalam ucapannya sempena ulangtahun kemerdekaan ke-43 kalau tidak bertujuan untuk melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Cina.

Perkembangan-perkembangan tersebut menunjukkan bahawa Dr Mahathir dan kroninya sedang berusaha sedaya upaya untuk membakar isu perkauman supaya ujud ketegangan antara kaum yang boleh dieksploitasikan untuk mendapat kembali sokongan orang Melayu kepada UMNO, menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang (yang tidak bersalah) dibawah ISA seperti yang berlaku pada tahun 1987, atau mengistiharkan dharurat yang membolehkan Dr Mahathir terus berkuasa sampai mati.

Bersyukur kita kepada Allah SWT yang telah memberi kesedaran kepada majoriti rakyat bahawa semuanya ini adalah satu lagi mainan sandiwara tipu helah Dr Mahathir dan UMNO-BN. Majoriti rakyat sudah lagi tidak percaya kepada Dr Mahathir dan UMNO-BN yang sudah dilaknat Allah SWT dengan sindrom Abdullah bin Ubai. (Abdullah bin Ubai menyebar fitnah mengenai Siti Aishah RA tanpa mengemukakan empat saksi yang sah, dan Abdullah dilaknat Allah SWT dengan tidak lagi dipercaya orang segala apa yang dicakap atau dilakukannya sehinggalah beliau mati. Kalau pun beliau bercakap benar orang tetap tak percaya. Ini yang sedang berlaku kepada Dr Mahathir dan UMNO-BN).

Saya kira pihak BA boleh melakukan langkah preemptive untuk memintas perancangan jahat Dr Mahathir yang terbaru ini. Pihak BA perlu proactive dan bukan reactionary. Sudah kelihatan jelas bahawa Dr Mahathir bermain api. Memangnya setakat ini Dr Mahathir gagal dalam usahanya untuk membakar api perkauman kerana majoriti orang Melayu mau pun orang Cina telah tidak respons secara emosi seperti yang Dr Mahathir inginkan. Namun samseng-samseng UMNO dijangka akan terus bikin kacau seperti yang berlaku di Melaka pada 1hb September 2000 yang boleh mencetuskan rusuhan kaum.

Berdasarkan maklumat yang saya terima, insiden tersebut dirancang oleh UMNO Melaka dengan harapan akan tercetus rusuhan kaum. Samseng-samseng UMNO yang bertindak ganas dikawasan Cina itu telah bersenjatakan buloh yang menunjukkan bahawa insiden itu sesuatu yang dirancang. Bukan mudah untuk dapat buloh ditengah-tengah hutan konkret bandar Melaka. Senjata batang-batang buloh itu sudah disiapkan awal-awal lagi.

Nasib baik orang Cina Melaka telah bersabar dan tidak melawan. Tetapi insiden seumpama ini mungkin diulangi di tempat lain. Mungkin samseng-samseng UMNO akan ubah taktik seperti melempar najis kedalam masjid dan menuduh orang Cina yang melakukannya. Pendek kata Dr Mahathir dan UMNO sanggup melakukan apa saja untuk terus berkuasa secara kejam dan mutlak.

BA perlu bertindak segera untuk mematahkan rancangan jahat Dr Mahathir itu dan dalam perkara ini BA boleh lancarkan kempen berbaik-baik antara kaum.

Kalau kita renung kembali kepada suasana selepas trajedi Mei 13, 1969, berbagai aktiviti dan majlis telah diadakan untuk memupuk semula persahabatan dan perpaduan antara kaum. Telah diadakan antara lainnya "Durian Party" dimana orang Melayu, Cina dan India berkendurikan durian. Gotong royong juga diadakan dengan orang Melayu membersihkan kawasan Cina dan India sementara Cina dan India pula bergotong royong membersihkan kawasan Melayu. Semuanya aktiviti perpaduan ini boleh dilakukan sekarang sebagai langkah preemptive untuk memintas dan mematahkan rancangan jahat UMNO untuk mencetuskan rusuhan kaum.

BA disarankan bertindak secara proactive ia itu melancarkan dengan segara kempen berbaik-baik dan persahabatan antara kaum. Dan yang penting sekali kita memohon pertolongan Allah SWT agar dirahmati niat baik kita itu dengan kejayaan dan negara kita terselamat dari pertumpahan darah.

Tarabulsi

5 September 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com