Memangnya media arus perdana Malaysia sebagai alat
propaganda UMNO-BN punyai ajenda dan muslihat tertentu
dalam memberi liputan meluas mengenai skandal seks
Presiden Indonesia, Gus Dur dengan Ariyanti Septu.
Mungkin dalam sehari dua lagi ada akhbar yang akan
membuat perbandingan antara Dr Mahathir yang baru
dapat anugerah Lariba dengan Gus Dur yang dikatakan
kiai itu. Dan memang ini semua mainan halus untuk
memperlekehkan ulama tempatan, terutamanya ulama PAS.
Menelanjangkan Gus Dur secara keterlaluan ini juga
selaras dengan ajenda untuk mengerohkan hubungan
dengan Indonesia.
Memangnya skandal seks orang-orang kenamaan punyai
nilai berita yang tinggi, tetapi kadangkala dalam
keadaan dan perhitungan politik serta kepentingan yang
tertentu, ianya tidak dihebuhkan oleh media arus
perdana. Skandal seks sumbang mahram bekas Menteri
Besar Selangor adalah kes yang kelasik bagaimana media
arus perdana cuba menutupnya untuk memelihara
kepentingan UMNO.
Lazimnya juga skandal seks dan lain-lain berita buruk
dikalangan pemimpin negara-negara jiran dan ASEAN
dengan mana Malaysia punyai hubungan erat dan istimewa
tidak akan diberi liputan meluas (hanya dilaporkan
dalam ‘small column’) demi menjaga hati dan memelihara
hubungan istimewa antara kedua negara. Oleh demikian
liputan meluas mengenai skandal seks Gus Dur memang
disengajakan dengan harapan ianya boleh, antara
lainnya, mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan
Indonesia.
Harus diingat bahawa media arus perdana perlu
memperolehi ‘green light’ dari Dr Mahathir dan pihak
kerajaan yang tertentu sebelum menyiarkan sesetengah
berita seperti berita skandal seks Gus Dur tersebut.
Liputan yang keterlaluan itu menunjukkan bahawa rejim
Dr Mahathir ingin ujudkan suasana ketegangan.
Seperti yang telah saya kemukakan dalam
artikel-artikel sebelum ini Dr Mahathir dan UMNO-BN
dikatakan punyai ajenda untuk mencetuskan krisi dengan
Indonesia sebagai helah untuk alihkan pandangan rakyat
kepada masalah dalaman negara disamping mengapikan
semangat nasionalisma dan patriotik orang Melayu yang
akan secara tidak langsung dapat memulihkan sokongan
Melayu terhadap kepimpinan beliau dan UMNO. Liputan
meluas oleh media arus perdana tentang skandal seks
Gus Dur adalah selaras dengan ajenda Dr Mahathir
untuk mengerohkan hubungan tersebut.
Samada ini semua detik-detik ‘build up’ dalam
sandiwara untuk mengeruhkan hubungan dengan Indonesia
yang mungkin berkemuncak kepada “Konfrontasi
Malaysia-Indonesia II” hanya masa dan
perkembangan-perkembangan selanjutnya yang akan
menentukan.
Tarabulsi
6 Sep 2000