Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Pak Lah jangan mula berangan-angan.

Selepas mesyuarat MT UMNO pada 10 September 2000, Dr Mahathir membuat kenyataan akan menyerahkan beberapa tugas kepada timbalannya, Pak Lah untuk persedian Pak Lah mengambil alih kepimpinan negara.

Kita semua sudah pernah dengar kenyataan yang serupa keluar dari lidah bercabang Dr Mahathir beberapa tahun dulu, hanya pada masa itu yang dimaksudkan adalah timbalan beliau ketika itu, Anwar Ibrahim.

Malah Dr Mahathir bukan setakat menyerah beberapa tugas tetapi telah menjadikan Anwar pemangku PM dan memberi isyarat palsu bahawa beliau (Dr Mahathir) ingin bersara secepat mungkin. Tapi tengok apa yang telah jadi kepada Anwar.

Oleh itu janganlah Pak Lah ingat beliau sudah pasti akan menjadi pengganti Dr Mahathir. Bermacam-macam boleh berlaku seperti yang telah datang menimpa Anwar Ibrahim dan sebelum itu Musa hitam dan Ghafar Baba.

Dan jangan ketepikan Dr Mahathir sebenarnya hanya memancing. Tidak akan menghairankan sekiranya dalam seminggu-dua ini media arus perdana akan penuh dengan rayuan dari kroni-kroni politik dan bisnes meminta Dr Mahathir jangan berhenti. Mungkin Pak Lah akan ditekan untuk turut merayu kepada Dr Mahathir supaya jangan turun tahta.

Oleh itu awas Pak Lah. Sejarah mungkin berulang. Bukankah sudah menjadi suatu hyphotesis, setiap kali Dr Mahathir kata beliau ingin menyerahkan jawatan PM kepada timbalannya tidak lama selepas itu timbalan tersebut kena tendang?. Ingatlah wahai Pak Lah bahawa pelanduk mudah lupa kepada jerat, tapi jerat tak akan lupa kepada pelanduk.

Tarabulsi.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com