Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Media dah mula hentam Pak Lah.

Assalamualaikum,

Pada 13 September 2000 Pak Lah mula dihentam oleh media arus perdana. Liputan mengenai penculikan di Pulau Pandanan menuding jari ke arah Pak Lah sebagai Menteri Dalam Negeri bertanggung jawab atas kecuaian yang berlaku. Dan ini semua berlaku tak sampai pun seminggu selepas Dr Mahathir mengumumkan hasrat beliau untuk menyerahkan beberapa tugas PM kepada Pak Lah.

Harus diingat media arus perdana tidak akan berani mengutuk Pak Lah atau mana-mana pemimpin UMNO dan BN kalau tidak dengan mendapat idzin terlebeh dahulu daripada Dr Mahathir. Adakah sudah bermula ajenda untuk ‘membunuh’ Pak Lah?

Kita semua sudah masak dengan tindak-tanduk media arus perdana. Bila Dr Mahathir hendak tendang seseorang pemimpin UMNO atau BN maka media arus perdana, terutamanya Utusan Meloya, akan membuat liputan-liputan yang negatif terhadap pemimpin berkenaan. Malah, kalau Utusan Meloya dedahkan sesuatu yang negatif mengenai seseorang pemimpin UMNO ia lazimnya merupakan isyarat atau ‘signal’ bahawa pemimpin berkenaan sudah tidak lagi diingini oleh Dr Mahathir.

Seminggu dua ini kita juga telah disajikan dengan lapuran-lapuran mengenai Isa Samad dan Adenan hendak letak jawatan sebagai MB di negeri masing-masing. Boleh kita rumuskan bahawa mereka sudah pun diberitahu oleh Dr Mahathir ‘to get their butts out’.

Laporan mengenai perletakan jawatan Isa disiarkan dua tiga hari selepas Isa dipanggil mengadap selama lebih dua jam oleh Dr Mahathir.

Soalannya sekarang adalah kalau Pak Lah akan diterajang keluar, siapa agaknya bakal menggantikannya sebagai TPM? Atau dengan lebih tepat lagi, siapa yang hendak ‘dibunuh’ seterusnya oleh Dr Mahathir dengan diberi duduk dikerusi TPM yang sudah menjadi ‘electric chair’ itu?

Tarabulsi

13 Sep 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com