Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Lee Kuan Yew bawa arahan dari Barat dan Israel?

Assalamualaikum,

Hingga sekarang maseh menjadi tanda tanya apakah sebab sebenarnya Lee Kuan Yew yang begitu lama tidak ke Kuala Lumpur telah datang baru-baru ini. Ada sumber-sumber yang mendakwa Lee Kuan Yew ke KL dengan membawa arahan-arahan untuk Dr Mahathir dari kuasa-kuasa Barat dan Israel. Arahan tersebut adalah; Dr Mahathir perlu membanteras kebangkitan Islam dan dalam perkara ini sasaran utama adalah untuk melumpuhkan PAS. Jika Dr Mahathir gagal maka beliau digesa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Dr Mahathir diberi tempoh lebih kurang enam bulan untuk memperlihatkan bukti-bukti yang nyata bahawa segala tindakan beliau untuk menyekat arus kebangkitan Islam dan melumpuhkan PAS itu adalah berkesan.

Menurut sumber-sumber maklumat ini, kuasa-kuasa Barat dan Israel sangat bimbang dengan kebangkitan Islam di Malaysia dan pengaruh PAS yang semakin kuat. Kuasa-kuasa Barat dan Israel melihat kenyataan-kenyataan Dr Mahathir mengenai Islam terutamanya tentang hukum-hukum hudud di awal tahun 90an sebagai telah menyinggong perasaan rakyat beragama Islam dan merupakan antara sebab-sebab utama yang telah mencetuskan arus kebangkitan Islam di Malaysia. Arus kebangkitan Islam tersebut mendapat momentum yang kuat (gathered strong momentum) apabila Dato Seri Anwar Ibrahim difitnah dengan begitu kejam sekali.

Arus kebangkitan Islam di Malaysia ini perlu disekat dan dihapuskan demi untuk menjaga kepentingan Barat dan Israel bukan sahaja di Malaysia dan Singapura tetapi juga di rantau Asia Tenggara. Kuasa-kuasa barat melihat kebencian orang Melayu terhadap Dr Mahathir antara sebab yang telah mencetus dan membakar semangat kebangkitan Islam, dan oleh demikian “Dr Mahathir must go if he were to fail in removing the threat posed by Islamic extremism to western interests in Malaysia, Singapore and the Southeast Asia region.”

Dikatakan pada mulanya kuasa-kuasa Barat dan Israel dengan tegas mengarahkan Dr Mahathir meletak jawatan, tetapi atas rayuan dari Lee Kuan Yew mereka memutuskan untuk memberi Dr Mahathir peluang dan tempoh untuk mengubah keadaan.

Dikatakan arahan dari Barat dan Israel itu ada kaitan dengan Pak Lah diberi sebahagian tugas-tugas PM untuk melapangkan masa bagi Dr Mahathir merancang dan melaksanakan langkah-langkah untuk membanteras arus kebangkitan Islam dan melumpuhkan PAS dan BA. Suatu strateji yang terperinci dikatakan sudah pun siap dan dilaksanakan. Salah satu dari strateji tersebut adalah dengan berusaha untuk memperdayakan rakyat bahawa UMNO itu lebih Islam dan PAS adalah sumber ajaran sesat.

Malah Dr Mahathir sudah pun melancarkan roadshow bermula dengan negeri Kedah untuk memburuk-burukan PAS. Dr Mahathir telah menuduh di TV bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz mensajikan 'air kotor' kepada rakyat yang mengunjungi rumahnya di Kota Bharu. JAKIM dan lain-lain badan agama sudah diarah meningkatkan propaganda bahawa konsep negara Islam itu adalah ajaran sesat dan PAS adalah kumpulan ajaran sesat.

Antara strateji utama yang sudah pun terbantut adalah strateji jangka pendek untuk mengujudkan keadaan supaya tercetusnya huru-hara di Terengganu dengan isu royalti minyak. Strateji ini sudah dikira terbantut akibat dari kebijaksanaan Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Kerajaan BA di Terengganu dalam menghadapi isu tersebut mengikut landasan-landasan agama dan undang-undang. Reaksi secara keganasan (violent reaction) yang diharap-harapkan oleh Dr Mahathir dari rakyat Terengganu telah tidak berlaku. Namun begitu strateji menyekat Terengganu dari menerima royalti minyak tetap penting dari segi matlamat jangka panjang untuk melumpuhkan kedudukkan kewangan Terengganu.

Dikatakan juga bahawa dua tiga bulan ini amatlah penting sekali bagi Dr Mahathir yang perlu meyakinkan majikan beliau, iaitu kuasa-kuasa Barat dan Israel, dengan tanda-tanda awal bahawa strateji membanteras arus kebangkitan Islam dan melumpuhkan pengaruh PAS yang dilancarkan oleh beliau itu adalah berkesan. Sama-sama kita lihat apa yang akan dilakukan oleh Dr Mahathir untuk memuaskan kuasa-kuasa Barat dan Israel itu.

Dalam berusaha untuk melumpuhkan Islam dan PAS, Dr Mahathir juga dikatakan sedang menangani gerakan dari dalam parti untuk mengulingkan beliau. Kononnya artikel ‘Mencipta semula UMNO’ oleh Anuar Musa merupakan detik-detik permulaan tentangan terhadap Dr Mahathir dari dalam parti. Entahlah?

Dr Mahathir dilihat tertekan dari tiga penjuru: tekanan dari majikan beliau iaitu kuasa-kuasa Barat dan Israel; tekanan dari dalam parti berupa gerakan untuk mengulingkan beliau; dan tekanan berupa kebijaksanaan pemimpin-pemimpin BA dalam menghadapi segala taktik kotor UMNO-BN. Tidaklah hairan kalau pemerintahan dharurat merupakan ‘last resort’ yang amat penting dalam strateji survival politik Dr Mahathir.

Tarabulsi
25 September 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com