Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Ekonomi mula merundum lagi, Ezam pulak “diSOROSkan”

Assalamualaikum,

Ekonomi Malaysia sudah merundum sekali lagi mulai minggu pertama bulan September, 2000 yang lepas. Kejatuhan kali ini tidak secara menjunam seperti yang berlaku tiga tahun dahulu pada Julai 1997. Kali ini ianya bagaikan hakisan tebing yang lemah, runtuh sebahagian demi sebahagian, dan dijangka akan berlarutan dengan menjadi lebih parah dan mula dirasakan tekanannya pada bulan-bulan awal tahun 2001. Begitulah yang dikhabarkan oleh seorang kenalan rapat dari Kementerian Kewangan (Perbendaharaan Malaysia) pada hari 1 November, 2000.

Seperti biasa Dr Mahathir dengan cepat telah menyalahkan pihak lain untuk cuba menutup kegagalan dasar pemulihan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan beliau. Kalau dalam tahun 1997 dulu George Soros dijadikan scapegoat, maka untuk kemerosotan kali ini pula Saudara Ezam telah dipersalahkan ("disoroskan")dan dijadikan scapegoat. Propaganda sudah pun dilancarkan dengan Ezam dituduh sebagai punca kegagalan pemulihan ekonomi. Kononnya pelabur asing tidak datang ke Malaysia dan perdagangan antarabangsa negara telah menurun akibat kempen Ezam yang memburuk-burukkan negara di luar negeri. Tuduhan ini sungguh tidak dapat diterima akal, tetapi bagi Mak Cik dan Pak Cik tua UMNO totok di kawasan luar bandar, pembohongan oleh Dr Mahathir dan juak-juak UMNOnya diterima bulat-bulat secara membabi buta. Tuduhan terhadap Ezam ini terlalu “ ridiculous” dan bagang hingga melucukan. Ini sandiwara berunsur komedi. Ha, ha, ha.

Walau pun rakyat disajikan dengan gambaran yang positif kononnya ekonomi bertambah pulih, tetapi di belakang tabir Dr Mahathir dan Jemaah Menterinya akui bahawa dasar pemulihan ekonomi yang mereka lancarkan telah mula menunjukkan petanda-petanda kegagalan dan ekonomi mula merundum semula. Dasar pemulihan tersebut telah berteraskan kawalan modal dan matawang asing disamping perbelanjaan secara besar-besaran dan berlebih-lebihan oleh kerajaan (overly huge government spending) yang diharapkan akan mengerakkan semula jentera ekonomi. Kita sudah lihat dasar ini lebih tertumpu kepada usaha menolong (bailout) dua tiga ratus orang kroni-kroni yang bankrupt untuk bernafas semula. Sektor swasta yang hampir tidak bergerak langsung telah bergantung hampir sepenuhnya kepada 'wang ehsan' dari perbelanjaan kerajaan tersebut. Pelabur-pelabur asing yang sejak awal lagi menaruh kecurigaan terhadap dasar pemulihan ekonomi Dr Mahathir terutamanya kawalan modal dan matawang asing telah mengenepikan Malaysia dan menanam modal mereka di negara-negara lain seperti Thailand dan China.

Sebenarnya sejak pertengahan tahun 2000 ini, rejim Dr Mahathir sudah mula bersiap sedia untuk menghadapi kemerosotan ekonomi kali yang kedua ini. Antara prioriti atau keutamaan adalah mencari sesaorang untuk “disoroskan” sebagai 'scapegoat'. Dan seperti yang kita sudah sedia maklum Ezam yang tidak bersalah itu telah pun “disoroskan” sebagai punca kemerosotan yang baru ini. (Harap Dewan Bahasa dan Puaka boleh menerima perkataan baru “disoroskan”").

Menurut pegawai Perbendaharaan kenalan saya itu, dalam dua tahun kebelakangan ini ekonomi boleh dianggap sebagai tidak bergerak. Kecuali industri elektronik, sektor swasta pada keseluruhannya hampir-hampir tidak bergerak langsung ('almost at a stand still'). Namun begitu sektor swasta maseh meraih keuntungan besar secara 'artificial' (kaedah palsu) yang diperolehi dari perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran dan dari wang khazanah rakyat yang diinjek kedalam ekonomi dan disedekahkan sebagai “wang ehsan' kepada syarikat-syarikat kroni tertentu. (Dana Harta sahaja sedekah RM60 billion setakat ini, tidak termasuk berbillion ringgit lagi dari Petronas dan dari lain-lain bentuk penyelewengan duit rakyat) .

Sebahagian besar dari pertumbuhan ekonomi yang dijangka dilingkungan 7 peratus bagi tahun 2000 ini adalah dari membelanjakan duit rakyat ("was generated from huge and rampant government spending, bailouts and handouts to prop up a very sluggish and near stand-still private sector").

Dalam pada kegagalan dasar pemulihan ekonomi, rejim Dr Mahathir kini mengalami defisit belanjawan yang teruk kerana memilih untuk berbelanja dan bukannya berjimat sebagai dasar pemulihan. Semasa pembentangan belanjawan 2001 pada 27 Oktober lalu, Tun Daim mengumumkan bahawa defisit belanjawan bagi tahun 2000 ini adalah di paras lebih kurang RM15 billion (perhatian: bukan juta tapi billion). Defisit tersebut tidak termasuk RM11 billion belanjawan tambahan (supplementary budget) untuk tahun 2000 yang diluluskan seminggu sebelum pembentangan budget 2001. Ini bermakna defisit belanjawan tahun 2000 ini sebenarnya telah meningkat ke lingkungan RM26 billion (iaitu RM15 billion campur supplementary budget RM11 billion yang baru diluluskan dibawah akaun yang berasingan).

Pelaburan asing secara tetap (Foreign Direct Investments - FDI) yang baru atau 'fresh' hanya setitik dua yang masuk dalam tempuh setahun dua yang kebelakangan ini. Modal FDI sebabyak lebih kurang 35 peratus yang masuk pada tahun ini lebih merupakan tambahan modal kepada pelaburan yang sedia ada untuk tujuan repair dan re-tooling (pembaik pulih dan ganti mesin) dan lain-lain upgrading peralatan. Kegagalan menarik FDI yang baru dan ‘fresh’ adalah kerana Malaysia sudah dikira negara yang berisiko tinggi untuk melabur berbanding dengan Thailand, Filipina, Vietnam atau China.

Kerajaan Malaysia dibawah Dr Mahathir dianggap oleh pelabur-pelabur asing antara lainnya sebagai sudah tidak boleh dipercayai walau pun menawarkan bermacam insentif yang istimewa. Bila-bila masa sahaja kerajaan Malaysia boleh 'ubah tiang gol' dan segala insentif yang tersangat istimewa itu boleh ditarek balik dengan sekelip mata. Bila-bila masa sahaja kerajaan Malaysia boleh memansuhkan perjanjian seperti yang berlaku dalam isu pembayaran royalti minyak kepada Terengganu. Dan pelabur-pelabur asing curiga kalau berlaku 'ubah tiang gol' atau pemansuhan perjanjian, mereka tidak akan dapat pengadilan dari kehakiman dan mahkamah Malaysia yang dikawal sepenuhnya oleh Dr Mahathir dan kroni-kroninya. Kes Dato Seri Anwar Ibrahim jelas membuktikan bahawa polis, kehakiman dan mahkamah Malaysia adalah dibawah telunjuk Dr Mahathir dan kroni-kroninya, dan dengan demikian keadilan sudah tidak ujud dalam kes-kes melibatkan kerajaan dan yang melibatkan kroni-kroni.

Keputusan rejim Dr Mahathir untuk tidak menghormati perjanjian antara Petronas dengan Terengganu berhubung pembayaran royalti minyak menguatkan tanggapan dikalangan pelabur-pelabur asing bahawa kerajaan Malaysia sudah tidak boleh dipercayai dan adalah menjadi risiko yang tinggi untuk menanam modal di Malaysia. Tindakan rejim Dr Mahathir tidak menghormati perjanjian dengan Terengganu adalah tindakan munafik yang telah menjejas kredibiliti Malaysia.

Akhir kata, ekonomi negara sudah sekali lagi terjerumus ke dalam kemerosotan yang dijangka akan bertambah parah pada tahun 2001. Dan yang bertanggungjawab adalah Dr Mahathir dan rejimnya yang telah melaksanakan dasar pemulihan ekonomi yang luar tabii. Yang mesti kita salahkan adalah Dr Mahathir dan kerajaannya yang bertindak sebgitu rupa hingga Malaysia dianggap negara pariah oleh masyarakat dunia. Negara-negara lain seperti Korea Selatan dan Thailand yang turut dilanda kemerosotan pada tahun 1997 sudah pulih melalui dasar pengstrukturan semula di bawah IMF. Malangnya, kerana tindak tanduk dan dasar pemulihan ekonomi yang salah yang dilaksanakan oleh Dr Mahathir, Malaysia kini menghadapi kemerosotan sekali lagi. Ini semua adalah akibat buruk dari dasar kawalan modal dan matawang serta tindakan-tindakan KEMUNAFIKAN yang menjejaskan kredibiliti negara, dan dasar TOLONG KRONI yang menghakis danaharta rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Dr Mahathir dan UMNO-BN.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi

2nd November 2000


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com