Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kepala Taik@ Dr Mahathir ajak berbincang untuk selamatkan dirinya.

Assalamualaikum wm wbt

Kepala Taik@ Dr Mahathir ajak berbincang untuk selamatkan dirinya.

Dr Mahathir @ ‘Kepala Taik’ @ Pu...Mak @ SHIT kini bagaikan anjing tersepit yang meminta tolong dilepaskan. Kepala Taik ini menghadapi pemberontakan dalam parti UMNO yang dipimpinnya dengan ‘sistem pemerintahan taik’ yang sudah menjadi terlalu busuk. Ada ketul-ketul taik [ahli Majlis Tertaik (MT)] UMNO yang telah memulakan kempen untuk kemut keluarkan Dr Mahathir @ Kepala Taik ini melalui ‘lobang keramat’. Ketul-ketul taik ini menuduh Dr Mahathir sebagai punca majoriti orang Melayu sudah jijik dan bencikan UMNO, dan mereka menuntut Dr Mahathir meletakkan jawatan. Dalam keadaan tertekan, tersepit dan terdesak ini, dan dengan tujuan semata-mata untuk menyelamatkan kepimpinannya, Dr Mahathir telah, tanpa segan silu dan rasa malu, merayu untuk berbincang dengan PAS dan Keadilan mengenai perpaduan Melayu.

Pelik dan banggang sungguh cara ‘Kepala Taik’ ini berfikir. Macam mana tak pelik kalau perpecahan UMNO dikaitkan dengan perpecahan Melayu. Bertambah pelik lagi jika diambil kira bahawa UMNO bukan mewakili orang Melayu. Majoriti orang Melayu sudah menolak UMNO, malah sudah begitu jijik dengan UMNO. Kini perpaduan Melayu begitu erat sekali dibawah panji-panji Barisan Alternatif. Perpecahan UMNO itu tak ada kena mengena langsung dengan perpaduan Melayu.

Rayuan Suqui? Bukankah pada 27 November 1999, iaitu dua hari sebelum pilihanraya umum diadakan, Jemaah Menteri telah menerima rayuan Suqui tersebut. Bukankah beberapa ahli penting JK Suqui adalah kroni atau proxy bisnes Dr Mahathir dan Daim? Ada saya terdengar bahawa Dr Mahathir sendiri yang menggalakkan Suqui mengemukakan rayuan tersebut yang akan diterima oleh Jemaah Menteri untuk memastikan undi Cina bagi BN. Saya tidak menulis tentang peranan Dr Mahathir dalam menggalakkan rayuan Suqui ini kerana tidak dapat mengesahkan maklumat yang diterima itu dengan sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bersyukur kita semua kepada Allah kerana majoriti rakyat dari semua kaum menganggap isu Suqui ini sebagai mainan sandiwara UMNO terbaru untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu. Dan majoriti rakyat juga mengecam dan membantah sikap tidak bertanggung jawab UMNO dalam mengapi-apikan isu sensitif ini.

Berbalik kepada perpecahan UMNO dan percubaan mengaitkannya dengan perpaduan Melayu. Sememangnya tiada kaitan langsung. Tetapi dengan ‘perverse logic’ (lojik luar tabie atau lojik terbalikot) yang berkisar dalam otak ‘Kepala Taik’ Dr Mahathir, rakyat cuba diperbodohkan kononnya perpecahan UMNO itu adalah perpecahan Melayu. Dr Mahathir dan UMNO terlalu bongkak dan menganggap orang Melayu tidak berupaya untuk berfikir. Dr Mahathir dan UMNO terus pandang hina terhadap orang Melayu sebagai kaum ‘makan rumput’.

Dua tiga bulan lepas Dr Mahathir dengan perverse logicnya telah mengaitkan kritikan terhadap pemerintahan beliau yang dilakukan di luar negara sebagai penderhakaan terhadap Malaysia. Rupa-rupanya Dr Mahathir ni bodoh orangnya. Dia tak reti nak bedzakan antara dirinya sebagai PM dengan institusi kenegaraan. Ha ha ha.. Tergelak rakyat dibuatnya. Besar kepala betul Dr Mahathir ni. Dia anggap dirinya itu Malaysia. Dia tuduh aktiviti Free Anwar Campaign (dan Ezam) di luar negeri sebagai menghasut pelabor asing supaya tidak lagi menanam modal di Malaysia. Dr Mahathir terlupa bahawa hampir semua negara-negara maju ada perwakilan diplomatik, iaitu Kedutaan dan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan, di Kuala Lumpur. Apakah antara tugas utama perwakilan diplomatik asing ini? Mereka meletakkan negara kita dibawah ‘microscope’ dan memantau serta mengkaji secara terperinci segala perkembangan politik, ekonomi, sosial dan agama yang berlaku di Malaysia, dan dilaporkannya kepada kerajaan masing-masing. Laporan-laporan diplomat asing mengenai Malaysia dalam masa dua tiga tahun ini adalah sangat negatif, terutamanya iklim ekonomi dan pelaboran. Dan gulungan expatriate turut menghantar balik analisa politik dan ekonomi mengenai Malaysia yang negatif. Kesemuanya menjadi panduan kepada pelabor dan peniaga asing.

Dr Mahathir buat-buat lupa pulak yang beliau sendiri pernah menjelajah ke beberapa negara asing untuk mengkritik dan menjatuhkan Allahyarham Tunku Abdul Rahman (yang pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia). Penulisan Dr Mahathir yang mengkritik dan menghina kepimpinan Allahyarham Tunku, seperti yang disiarkan oleh akhbar Filipina, ada disiarkan semula baru-baru ini di laman web reformasi. Kalau mengikut lojik Dr Mahathir, maka dia sendiri adalah penderhaka kepada negara kerana telah mengkritik Perdana Menteri Allahyarham Tunku di negara-negara asing.

Dan jangan ketepikan kemungkinan bahawa cadangan untuk mengadakan perbincangan mengenai perpaduan Melayu itu adalah tipu helah semata-mata. Ia mungkin ada ajenda dan motif tersembunyi untuk menarik kembali sokongan Melayu terhadap UMNO, disamping melemahkan perjuangan dan pengaruh BA yang demi hari semakin bertambah kuat.

Harus diingat bahawa putar belit, berbohong, berlaku kejam dan zalim, mengkhianati, menganiayai dan memfitnah serta menentang Islam sudah sebati dengan darah daging Dr Mahathir dan orang-orang UMNO-BN. Oleh itu jangan diketepikan kemungkinan Dr Mahathir akan memutar belitkan keadaan. Kenalan UMNO saya sendiri berpendapat ini satu perangkap (nampaknya dia mula nak jinak-jinak dengan BA). Dr Mahathir boleh mengujudkan keadaan yang akan menghalang perbincangan tersebut dari diadakan. Seterusnya media yang dikawal sepenuhnya akan menyebar pembohongan bahawa PAS dan Keadilan enggan berbincang kerana suka melihat perpecahan Melayu (yang tidak pun berpecah; yang berpecah adalah UMNO)

Perbincangan yang dicadangkan Dr Mahathir mungkin juga suatu helah untuk melalaikan BA. Dalam pada berpura-pura hendak berbaik semula, dengan tiba-tiba saja boleh ditangkap dibawah ISA (Ops Lalang II) beberapa pemimpin BA seperti YB Mohd Sabu, YB Mahfuz, YB Azmin Ali, YB Saifuddin Nasution, Ezam, Ustaz Akhil Hai, Zulkifli Nordin dan lain-lain pemimpin BA yang berupaya menarik pulohan ribu rakyat diceramah-ceramah yang mereka adakan. Dalam ‘sistem pemerintahan taik’ yang dilaksanakan oleh Dr Mahathir dan BN, penangkapan pemimpin BA secara tiba-tiba atas tuduhan-tuduhan palsu atau tuduhan yang direka-reka boleh berlaku. Malah saya sudah dapat maklumat yang mengatakan segala persediaan sudah dikemaskinikan untuk melancarkan Ops Lalang II. Dua opsyen dicadangkan oleh pihak SB, iaitu penangkapan secara berperingkat-peringkat dan/atau penangkapan sekali gus secara besar-besaran seperti yang berlaku pada tahun 1987.

Maseh tak percaya rejim Dr Mahathir boleh menangkap orang tanpa ada kes? Tengoklah apa jadi kepada Tien Chua, Roslan Kassim dan empat orang kuat Keadilan Kedah. Mereka membuat laporan polis mengenai pengundi-pengundi hantu BN yang datang berbas-bas semasa pilihanraya kecil DUN Lunas. Laporan mereka tidak pun disiasat oleh pihak polis. Sebaliknya mereka ditangkap dan dituduh melakukan rusuhan. Mana ada berlaku rusuhan semasa pilihanraya kecil Lunas? Dan bukankah orang BN juga turut buat laporan polis. Kenapa orang-orang BN ini tidak turut ditangkap. Yang peliknya, rusuhan tak berlaku tetapi Tien Chua, Roslan Kassim dan empat panglima handalan Keadilan Kedah telah ditangkap atas tuduhan merusuh.

Rasa sedap di hati membaca laporan Straits Times Singapura. YB Mahfuz dan Dr Chandra Muzaffar diberitakan telah menolak sama sekali cadangan Dr Mahathir untuk mengadakan perbincangan mengenai "perpaduan Melayu". Diharap PAS dan Keadilan akan kekalkan keputusan menolak perbincangan tersebut.

Diharap pemimpin PAS dan Keadilan tidak akan lupa akan kekejaman dan kezaliman pemerintahan Dr Mahathir dan UMNO. Jangan mudah lupa bahawa Dr Mahathir dan UMNO telah dengan terang-terang mengkhianati Islam. Banyak tazkirah di bulan Ramadhan ini telah disekat, dan yang telah diteruskan jugak, ulamak atau ustaz yang menyampaikannya menghadapi risiko ditangkap. UMNO lupa bahawa tazkirah itu adalah peringatan kepada kaum Muslimin dan Muslimat untuk bertakwa dengan sebenarnya kepada Allah SWT. UMNO pura-pura lupa bahawa memberi peringatan itu adalah wajib bagi kita orang Islam.

Dan perlu juga kita ingat akan penganiayaan keatas Saudara Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan oleh keputusan mahkamah yang bercanggah sama sekali dengan hukum-hukum serta prinsip-prinsip agama, keadilan dan perundangan. Peguam-peguam di Jabatan Peguam Negara sendiri ada yang secara ‘cakap belakang’ mengakui tiada kes keatas Saudara Anwar, dan mahkamah sepatutnya membuang kes tersebut tanpa memanggil Saudara Anwar kita untuk membela diri.

Dan jangan lupa bagaimana pemimpin-pemimpin dan penyokong BA ditembak dengan gas pemedih mata, dibelasah dengan teruknya oleh polis FRU dan PGA di Perhimpunan 100,000 Rakyat sekitar kawasan Jalan Kebun, Kelang pada November 5, 2000. Gas pemedih mata yang digunakan sama dengan yang digunakan oleh pihak Israel keatas rakyat Palestin yang dikatakan boleh mengakibatkan maut. Dan berapa banyak cermin kereta kita dipecahkan dan motorsikal dirosakkan oleh polis FRU dan PGA. Ada penyokong BA yang hampir buta dan ada wanita BA dibogelkan oleh pihak polis. Kita jangan mudah lupakan semua kekejaman yang dilakukan keatas kita itu.

Dan jangan lupa ramai dikalangan penyokong BA yang diberi amaran bertulis atau lisan oleh pihak majikan. Ada guru-guru yang ditukarkan jauh ke kawasan pendalaman, dan ada pegawai-pegawai kanan dan eksekutif di ‘cold storagekan’, tidak lagi diberi kerja-kerja penting, dan ada yang langsung dipulaukan sama sekali mungkin untuk mencari helah untuk menamatkan perkhidmatan.

Dan jangan lupa penganiayaan keatas rakyat Kelantan dan Terengganu oleh kerajaan BN. Kerajaan Terengganu yang diberi kepercayaan oleh rakyat telah disekat dari menerima royalti minyak. Perjanjian diubah menjadi MOU dan royalti berubah menjadi wang ehsan. Bolehkah kita berbincang dengan manusia jenis iblis ini tanpa diperdayakan? Dan jangan UMNO cakap tentang memperjuangkan hak Melayu kerana UMNO telah mengkhianati rakyat Kelantan dan Terengganu yang hampir 100 peratus terdiri dari orang Melayu.

Kepimpinan BA perlu memikirkan segala kekejaman, kezaliman, ketidak adilan yang telah dilakukan dan bakal akan dilakukan oleh Dr Mahathir dan UMNO-BN terhadap orang-orang BA. Kekalkanlah keputusan menolak perundingan yang dicadangkan oleh Dr Mahathir itu. Tolong jangan beranjak. Saya khuatir BA sendiri akan menghadapi masalah dengan penyokongnya sekiranya menyambut cadangan Dr Mahathir itu. Lagi pun cadangan Dr Mahathir itu jelas diawal-awal ini lagi adalah pisau bermata dua. Ianya adalah racun yang disajikan oleh UMNO dan BN kepada kita sebagai madu. Tolong jangan terpedaya.

Memangnya kita jenis yang suka maaf bermaafan seperti yang dituntut oleh Islam, tambah-tambah lagi semasa perayaan Aidil Fitri ini. Tetapi kita bukan menghadapi manusia yang sama seperti kita. Kita menghadapi orang-orang UMNO yang dalam berjabat tangan dengan kita, tangan kiri mereka sambil menepuk-nepuk belakang kita, menikam belakang kita. PAS pernah dulu kena ditikam belakang oleh UMNO semasa menyertai BN selepas Mei 13 1969. Kita menghadapi manusia-manusia yang seakan iblis berbadan manusia. Kita menghadapi dajal-dajal kecil akhir zaman.Awas jangan terperangkap.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Selamat Hari Raya Aidil Fitri,

Tarabulsi

25 Disember 2000


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com