Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Serangan keatas Iraq : Kerajaan UMNO-BN turut berdosa.

Assalamualaikum wm wbt

Serangan keatas Iraq : Kerajaan UMNO-BN turut berdosa.

Memang tidak kena pada tempatnya, malah melucukan bila Pemuda UMNO berdemo baru-baru ini di depan Kedutaan Amerika Syarikat untuk membantah serangan udara terbaru oleh Amerika Syarikat dan Britain keatas Iraq. Bukankah kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO telah menyokong Resolusi 678 Bangsa-Bangsa Bersatu bertarikh 29 November, 1990? Resolusi 678 bukan sahaja membenarkan tindakan ketenteraan keatas Iraq tetapi telah juga memberi ‘blank cheque’ kepada Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat untuk bertindak kejam keatas Iraq hingga ke hari ini.

Serangan udara terbaru keatas Iraq pada Jumaat, 16 Februari, 2001 masih berasaskan mandat Resolusi 678 yang disokong oleh kerajaan Malaysia. Bukankah ini bermakna kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO turut bersubahat dan bertanggungjawab?

Dan bukankah kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO seterusnya telah menyokong Resolusi-resolusi susulan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengenakan sekatan ekonomi dan beberapa tindakan susulan ketenteraan ke atas Iraq? Akibatnya antara lain adalah puluhan ribu kanak-kanak di Iraq telah mati kerana kekurangan makanan dan ubatan dan beribu rakyat Iraq terbunuh atau cedera dengan beberapa serangan missiles Tomahawk dan serangan udara Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat. Bukankah kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO telah menyokong Resolusi-resolusi BB berkaitan Iraq dan dengan demikian UMNO sama sahaja dosanya dengan Amerika Syarikat? Pemuda UMNO sila jawab.

Memangnya Iraq pada mulanya bersalah kerana telah menyerang dan meanaklukki Kuwait pada 2 Ogos 1990. Iraq tetap bersalah walau pun Sadam Husin telah diperdayakan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ketika itu, Ms April Glaspie yang telah menipu Sadam Husin kononnya Amerika Syarikat tidak akan campurtangan dalam apa jua bentuk tindakan yang bakal diambil Iraq ke atas Kuwait. Memangnya Kuwait dari segi sejarah adalah tanah milek Iraq yang telah ditarah keluar dan diberi kemerdekaan oleh pihak British kerana potensi minyak dan gas asli wilayah tersebut. Namun begitu Iraq tetap bersalah kerana telah menggunakan kekerasan.

Tetapi kebanyakkan negara-negara OIC, termasuklah Malaysia, telah juga terang-terang melanggar hukum Allah SWT apabila menyokong dan membantu tindakan ketenteraan puak kafir Amerika Syarikat dan Barat ke atas Iraq atas nama kerjasama Bangsa-Bangsa Bersatu. Orang Islam ditetapkan supaya menyelesaikan sendiri secara in-house peperangan antara puak-puak atau negara-negara Islam. Usaha mencari penyelesaian perdamaian itu mesti diusahakan oleh orang-orang Islam sendiri dan bukan dengan campurtangan puak-puak kafir, lebih-lebih lagi campurtangan Amerika Syarikat dan Kristian Barat yang jelas adalah musuh Islam.

Malaysia adalah ahli Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Security Council) semasa Resolusi 660 ( 2 Ogos 1990) dan Resolusi 678 (29 November, 1990) diluluskan.

Resolusi 678 yang menjadi asas kepada segala tindak-tanduk kejam oleh Amerika Syarikat dan Barat ke atas Iraq hingga ke hari ini telah mendapat laluan dengan 12 undi menyokong (termasuk sokongan Malaysia), 2 undi menentang ( Cuba dan Yemen) dan 1 undi pengecualian (China).

Keputusan Malaysia menyokong Resolusi 678 ini mengecewakan ramai orang Islam yang telah mengharapkan sekurang-kurangnya Malaysia akan mengambil pendirian berkecuali (abstention) seperti yang diambil oleh China.

Operative clause Resolusi 678 yang telah dieksploitasikan sewenang-wenangnya oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Barat untuk ‘menghukum’ (menganiayai) Iraq hingga ke hari ini adalah fasal 2 yang berbunyi demikian – “ to use all necessary means to uphold and implement resolution 660 (1990) and all subsequent relevant resolutions and to restore international peace and security in the area.” (Resolution 660 diluluskan pada hari Iraq menyerang Kuwait pada 2 Ogos, 1990. Resolusi itu menuntut Iraq mengundurkan tenteranya dari Kuwait).

Memang betul pada mulanya Malaysia memperlihatkan sedikit keengganan untuk menyokong Resolusi 678. Ini adalah kerana Malaysia menganggap initiatif diplomatik untuk mencari penyelesaian perdamaian melalui perundingan ( peacefully negotiated settlement) belum diusahakan sepenuhnya (not as yet exhaustive) atau diberi masa yang cukup. Malaysia telah mengubah pendirian ini dengan sekelip mata selepas lawatan Secretary of State Amerika Syarikat, James A. Baker III. Dikatakan kononnya Malaysia terpengaruh dengan habuan yang dijanjikan oleh Amerika Syarikat yang berupa peningkatan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dan peningkatan pelaboran Amerika Syarikat kedalam ekonomi Malaysia jika Malaysia menyokong Resolusi 678.

Ada juga cerita kononnya Mahathir dalam pertemuan ‘four-eyed’ dengan Baker telah digula-gulakan dengan suatu “secret defence arrangement” Bermacam spekulasi didengar mengenai ‘perjanjian pertahanan yang rahsia’ itu yang orang-orang Wisma Putra enggan mengesahkan dan enggan pula menafikannya. Ada cerita kononnya Amerika Syarikat memberi janji akan sanggup menghantar tenteranya ke Malaysia untuk mempertahankan kepimpinan Mahathir dan UMNO. Betul atau tidak cerita-cerita ini, Allahualam.

Iraq telah berundur dari Kuwait sejak bulan Februari 1991 lagi, tetapi Amerika Syarikat, Britain dan negara-negara Barat telah terus menghukum Iraq dengan sekatan ekonomi dan bermacam lagi tindakan susulan ketenteraan hingga ke hari ini. Memang benar ada negara OIC, termasuk Malaysia, yang kononnya tidak bersetuju dengan tindakan menghukum Iraq secara berterusan itu, tetapi kesemuanya negara-negara OIC itu tidak berani untuk benar-benar membantah kerana takut akan tindak balas Barat, terutama keatas ekonomi mereka . Oleh itu kita hanya dengar negara-negara OIC, terutamanya Malaysia, hanya membuat heboh dan bising sekali-sekala, itu pun bukan kerana hendak betul-betul menolong Iraq tetapi ianya lebih berupa propaganda untuk ‘public consumption’ di negara sendiri.

Oleh kerana Malaysia menyokong Resolusi 678 maka tidak boleh disalahkan jika ramai rakyat kita hanya memandang sinis atau mengetawakan demo Pemuda UMNO baru-baru ini. Lawatan Siti Hasmah dahulu ke Iraq juga telah menjadi bahan ketawa.

Gelagat kerajaan UMNO-BN yang berpura-pura simpati terhadap Iraq sama seperti kepura-puraan yang diperlihatkan terhadap isu keganasan dan penganiayaan Israel keatas orang Arab Palestine. Kita telah lihat bagaimana kerajaan UMNO-BN telah menghukum penjara tiga rakyat Malaysia yang berdemo anti-Israel tetapi beberapa hari kemudiannya Mahathir telah berpura-pura mengutuk Israel di Persidangan Kemuncak OIC di Doha.

Pemuda UMNO dinasihatkan supaya hentikan sandiwara mereka itu. Jangan berpura-pura menunjuk simpati kepada Iraq. Keikhlasan dan kredibiliti kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO berkaitan isu-isu Islam termasuk penindasan dan penganiayaan keatas Iraq oleh kuasa-kuasa Barat adalah – ZERO. Elok kiranya Pemuda UMNO menumpukan perhatian terhadap menangani perpecahan dalam UMNO yang semakin teruk demi hari.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi

1 Zulhijah 1421
(25 Februari, 2001)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 26 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com