Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Zainuddin Maidin (Zam) samakan Islam dengan najis candu

Assalamualaikum wm wbt,

Zainuddin Maidin (Zam) samakan Islam dengan najis candu

Zainuddin Maidin atau Zam telah menghina Islam apabila beliau menyamakan Islam dengan najis candu. Innaa lillaahi wa-innaa ilaihi raaji’uun. Zam telah dengan biadapnya berkata kalau mulanya agama telah menjadi candu khususnya kepada orang-orang di Kelantan dan Terengganu, kini filem Bollywood turut juga menjadi candu kepada mereka. Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dibuat ketika beliau mengulas fatwa Majlis Mufti-Mufti berhubung dengan pengaruh buruk filem Bollywood.

Orang-orang Islam yang menjaga keIslaman mereka akan berhati-hati serta teliti, dan tidak akan tergamak untuk membuat perumpamaan yang mengaitkan Islam (dalam konteks apa sekali pun) dengan benda-benda haram dan kotor. Tetapi Zainuddin Maidin atau Zam yang baru dilantik oleh Dr Mahathir ke jawatan Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan telah tergamak mengaitkan Islam dengan najis candu. Sungguh biadap dan kurang ajar si Zam ini.

Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dilaporkan oleh Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001 dalam artikel oleh Wan Hamidi Hamid bertajuk “Two fears behind Bollywwood film row”. Zam telah dilaporkan memberitahu Straits Times, Singapura: ‘In Kelantan and Terengganu especially, men are glued to the TV set at the coffeshops for at least three hours, that’s the normal length of a feature Hindi movie. First, religion has become an opium to the people in the east coast of the peninsula, now Bollywood movies are also becoming opium for them.’

Jelas dari kenyataan Zam itu bahawa ‘religion’ yang beliau maksudkan itu adalah agama Islam. Dan amalan agama Islam yang kuat dikalangan orang-orang Kelantan dan Terengganu itu tidak disenangi dan telah disamakan oleh Zam dengan penagihan candu. Adakah orang-orang yang kuat dalam amalan agama Islam itu boleh disamakan dengan penagih dadah? Bukankah amalan agama yang kuat dan beristiqomah itu sangat-sangat diingini dan dituntut dari kita orang Islam.

Nampaknya si Zam ini, dalam beria-ia sangat hendak membodek dan menjilat PM Dr Mahathir telah sanggup menghina Islam sebegitu rupa. Mungkin ini antara cara terbaik sekali untuk membodek Dr Mahathir. Sudah dianggap ‘standard formula’ oleh sesetengah orang UMNO, terutamanya pengampu-pengampu seperti Zam dan Astora Jabat, bahawa sebaik-baik cara untuk memikat hati Dr Mahathir adalah dengan menghina dan memperlekehkan Islam. Menurut sesetengah pihak, satu lagi cara yang mudah untuk menawan hati Dr Mahathir adalah dengan memesongkan ajaran Islam. Seronok betul orang tua tu, agaknya.

Samy Vellu, Ling Liong Sik dan Lim Kheng Yaik juga menyedari ‘formula’ ajaib ini untuk memikat hati Dr Mahathir, dan mereka telah turut menjadikan agama Islam itu buah ejekan dan permainan. Ada kalanya bila Dr Mahathir menghina Islam, kafir yang bertiga ini akan turut serta dalam perbuatan menghina Islam itu.

Kerana nama pemimpin-pemimpin kafir ini telah disebut, ingin diingatkan semua orang-orang Islam di Malaysia, tanpa mengira parti atau fahaman politik, kepada Ayat 57, Surah Al Maa-idah dalam Al Quran yang maksudnya adalah lebih kurang berikut :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu; orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan; (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.”

Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin serta pembodek-pembodek UMNO telah memperlekehkan Islam dan membuat agama Islam menjadi buah ejekan dan permainan orang-orang kafir seperti Samy Vellu, Ling Liong Sik dan Lim Kheng Yaik. Berdalilkan Ayat 57, Surah Al Maa-idah, Al Quran yang disebutkan diatas, maka kita orang Islam di Malaysia tidak lagi boleh mengambil Dr Mahathir dan orang-orang UMNO untuk jadi pemimpin kita. Ini tuntutan Allah SWT keatas kita.

Mungkin krisis demi krisis, isu demi isu yang melanda negara yang tidak putus-putus ini, juga kemerosotan ekonomi yang berpanjang dan semakin bertambah runcing ini, adalah tanda-tanda kemurkaan Allah SWT terhadap rakyat negara ini kerana seramai hampir 35 peratus orang Melayu yang mengaku diri mereka Islam telah tidak menghiraukan langsung hukum Allah SWT yang terkandung dalam Ayat 57, Surah Al Maa-idah yang tersebut. Mereka telah terus menyokong kepimpinan negara ini oleh Dr Mahathir dan UMNO walau pun begitu jelas, terang dan nyata bahawa Dr Mahathir dan UMNO telah menjadikan agama Islam buah ejekan dan permainan orang-orang kafir.

Tidak menghairankan bila harga kelapa sawit telah turun menjunam. Peneroka-peneroka Felda yang dulunya mewah kini telah jatuh sesak. Majoriti dikalangan mereka masih mengundi UMNO tanpa mengambil kira bahawa UMNO telah menghina Islam dan menjadikan Islam buah ejekan dan permainan Samy Vellu, Ling Liong Sik, Lim Kheng Yaik dan lain-lain pemimpin kafir di negara ini. Bukannya tidak simpati kepada masalah peladang-peladang kecil ini, tetapi sebagai memberi ‘angle’ keagamaan terhadap masalah kejatuhan harga sawit yang mereka hadapi dengan teruk sekali sekarang ini yang mungkin berpanjangan hingga ke tahun depan.

Kalau direnung kembali, Dr Mahathir dengan diikuti rapat oleh Rafidah Aziz dan lain-lain pemimpin UMNO telah membuat kenyataan celupar, yang disiarkan oleh media massa, yang mendakwa kononnya kalau hukum hudud itu dilaksanakan, ianya akan membuat pelabur-pelabur asing dan pelancung asing takut untuk datang ke Malaysia.

Kelantan dan Terengganu telah disekat dari melaksanakan hukum hudud dengan amaran keras bahawa tindakan ketenteraan akan diambil jika hasrat kedua negeri tersebut untuk melaksanakan hukum hudud diteruskan.

Lihat apa yang telah terjadi. Allah SWT telah jadikan pelabur-pelabur asing semakin berkurangan datang untuk menanam modal di Malaysia. Pelabur-pelabur asing yang sedia ada pun telah mula gulung tikar untuk memindahkan operasi mereka ke negara lain. Kedatangan pelancung asing pun semakin turun. Ini jelas adalah bala yang diturunkan oleh Allah SWT kerana keengkaran, kefasikan serta kekufuran dipihak kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO; yang bukan sahaja telah mencaci hukum hudud sebagai hukum yang kejam dan hanya layak untuk zaman purba, tetapi telah pula menghalang Kerajaan Islam PAS (BA) di Kelantan dan Terengganu dari melaksanakannya. Allahu Akbar !

Adalah dipercayai kemerosotan ekonomi Malaysia akan bertambah teruk lagi dan berpanjangan kerana UMNO bukan sahaja belum insaf, tetapi disebalik itu pula telah menjadi semakin fanatik dalam tindak-tanduknya untuk menyekat dan menindas arus kebangkitan Islam di Malaysia.

Berbalik kepada kenyataan biadap yang menghina Islam yang dibuat oleh Zainuddin Maidin. Nampaknya memburuk-burukkan orang-orang Melayu di Kelantan dan Terengganu sudah menjadi budaya dikalangan orang-orang UMNO dan pembodek-pembodek Dr Mahathir. Agaknya Dr Mahathir dan orang-orang UMNO begitu terhibur kalau mendengar rakyat Kelantan dan Terengganu dianjing-anjingkan.

Kenapa Kelantan dan Terengganu sengaja di “single out” kan. Adakah Zainuddin Maidin buta dan tidak nampak bahawa filem Bollywood sangat-sangat diminati di KL dan di merata tempat di Semenanjung. Dr Mahathir sendiri adalah peminat setia Bollywood dan pernah menari diatas pentas bersama Shah Rukh Khan di pusat perjudian negara di Genting Highlands.

Mengapa orang-orang Kelantan dan Terengganu sering diasingkan oleh UMNO dan pembodek-pembodek seperti Zam untuk dianjing-anjingkan? Teringat saya kepada seorang penceramah JAKIM, seorang Ustaz yang berasal dari Kelantan. Ustaz ini dilaporkan telah beria-ia cuba mempengaruhi minda para hadhirin dengan propaganda UMNO bahawa orang-orang Kelantan adalah orang-orang jahat. Di mana letaknya keikhlasan UMNO yang mengajak kepada perpaduan Melayu (yang tak pun berpecah) jikalau kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO terus mengkhianati dan menganiayai Kelantan dan Terengganu yang rakyatnya hampir kesemuanya terdiri dari orang-orang Melayu?

Kerana Zam tergamak mengaitkan Islam dengan najis dadah, maka terlintas dihati untuk bertanya adakah Zam sebenarnya berfahaman komunis?

Bukankah Karl Marx yang telah menganggap agama itu candu yang mesti dihapuskan? Adakah Zam yang nampaknya tidak tinggal sembahyang Jumaat itu sebenarnya berfahaman komunis? Allahualam.

Yang pasti adalah Karl Marx, ‘bapa ideologi komunis’ menghina agama sebagai candu yang perlu dihapuskan. Dan Zam secara sengaja atau tidak sengaja telah mengikut jejak Karl Marx dalam menghina agama Islam sebagai najis candu.

Nampaknya ramai mereka yang rapat dengan Mahathir sangat suka kepada kemewahan tetapi disebalik itu pula berfahaman komunis – iaitu komunis yang berselerakan ‘the good life of the bourgeois”. Ingat lagi kepada Sidek Ghouse, bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir? Sidek telah ditangkap dan mengaku bersalah kerana telah menyeludup maklumat-maklumat rahsia kerajaan Malaysia kepada pihak Soviet Union. Jangan-jangan Zam ini pun sama sejenis dengan Sidek Ghouse. Kebetulannya pula mereka berdua ini ‘same skin’ – keturunan India.

Allahu Akbar! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi

2 Zulhijah 1421
(26 Februari 2001)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com