Assalamualaikum wm wbt,
UMNO sekat polis dari bertindak tegas di Kg Medan?
Ramai rakyat dari semua kaum berasa curiga kenapa
pihak polis telah tidak bertindak dengan tegas bila
tercetus perbalahan kaum antara Melayu dan India pada
Khamis 8 Mac, 2001 di Kampong Medan dan
kawasan-kawasan sekitarnya. Kenapa pihak polis telah
membiarkan perbalahan kaum Melayu-India itu berlarutan
dan mula bertindak dengan tegas untuk betul-betul
menggawal keadaan hanya pada Ahad, 11 Mac, 2001.
Kenapa perintah berkurung tidak dikuatkuasakan untuk
memudahkan polis menggawal keadaan. Pertempuran
pertama melibatkan lebih 200 orang tetapi pihak
kerajaan Dr Mahathir enggan menguatkuasakan perintah
berkurung.
Pendapat popular dikalangan ramai rakyat adalah Dr
Mahathir dan UMNO telah menyekat polis dari bertindak
dengan tegas. Dr Mahathir dan UMNO dikatakan ingin
melihat perbalahan kaum itu berlarutan untuk beberapa
hari dengan harapan agar ianya akan merebak dan meluas
ke lain-lain tempat; yang akan membolehkan dharurat
diistiharkan yang sekali gus akan menyelamatkan UMNO
yang sudah nazak itu dari terkubur.
Tidak boleh dipersalahkan kalau rakyat membuat rumusan
bahawa Dr Mahathir sedang merancangkan pengistiharan
dharurat melalui perbalahan perkauman.
Kenyataan-kenyataan Dr Mahathir sejak ucapan Hari
Kemerdekaan pada Ogos lepas hingga ke hari ini begitu
menghasut kepada perbalahan antara kaum.
Satu lagi pendapat popular adalah perbalahan kaum itu
sengaja dibiarkan berlarutan untuk mengapi-apikan
sentimen perkauman, terutamanya dikalangan orang
Melayu. UMNO dikatakan telah menaroh harapan, kalau
pun perbalahan kaum tersebut tidak merebak seperti
yang diinginkan, sekurang-kurangnya UMNO boleh
mengeksploitasikannya sebagai justifikasi mengapa
pertemuan dengan PAS untuk membincangkan perpaduan
Melayu perlu diadakan.
Ramai juga rakyat berpendapat UMNO berusaha
mengapi-apikan sentimen perkauman juga untuk
membanteras fenomena politik yang baru ujud, iaitu
perubahan sikap dari terlalu negatif kepada sedikit
positif dikalangan kaum Cina dan India terhadap PAS.
Perubahan sikap ini boleh diterjemahkan menjadi undi
Cina dan India untuk PAS dan BA dalam pilihanraya umum
2004 nanti. Prospek ini sangat menakutkan UMNO dan
dipercayai UMNO tidak akan teragak-agak untuk
mencetuskan lagi perbalahan antara kaum (jika Kg Medan
tidak merebak) untuk merencatkan arus perubahan sikap
kepada sedikit positif terhadap PAS dan BA dikalangan
kaum Cina dan India itu.
Majoriti rakyat juga percaya bahawa UMNO dan BN
dibawah kepimpinan Dr Mahathir tidak akan teragak-agak
untuk mengorbankan sebanyak mungkin nyawa rakyat demi
untuk terus berkuasa.
Kebanyakkan rakyat juga tidak menolak kemungkinan
bahawa pihak SB mungkin terlibat dalam melaga-lagakan
kedua-dua kaum yang bertempor di Kampong Medan dan
kawasan-kawasan sekitarnya. Malah ramai rakyat percaya
SB telah terlibat dalam pertemporan-pertemporan pada
hari kedua dan seterusnya.
Ramai rakyat juga berpendapat bahawa risalah-risalah
hasutan yang diedarkan di Kg Medan dan kawasan-kawasan
sekitarnya telah sebenarnya diedarkan samada oleh UMNO
dan MIC atau pun pihak SB sendiri. Kini polis dengan
sewenang-wenangnya, tanpa terlebih dahulu melakukan
siasatan terperinci, telah membuat laporan yang
menuduh PAS dan Keadilan sebagai penyebar
risalah-risalah hasutan tersebut. Kejahatan pihak
polis semakin hari semakin menyerlah, dan keyakinan
rakyat terhadap polis semakin hari semakin tipis.
Keadaan sudah terkawal tetapi jangan tolak kemungkinan
bahawa pihak UMNO dan BN akan cuba untuk mencetuskan
semula perbalahan kaum tersebut; tidak semestinya di
sekitar Kg Medan, tetapi dilain-lain tempat. Ini
pendapat umum dikalangan rakyat dan bukannya pendapat
saya.
Segala yang telah dihuraikan adalah berdasarkan kepada
maklumbalas yang diterima mengenai reaksi, pandangan
dan tanggapan rakyat dari utara ke selatan Semenanjung
mengenai perbalahan kaum antara orang Melayu dan India
di Kampong Medan dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Begitu rendah sekali tanggapan rakyat terhadap Dr
Mahathir, UMNO, kerajaan BN dan pihak polis. Tanggapan
rakyat itu memperlihatkan betapa rakyat pada
keseluruhannya sudah hilang kepercayaan terhadap Dr
Mahathir dan kerajaannya.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
19 Zulhijah, 1421
15 Mac, 2001