Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perkataan 'Islam' punca 'perpecahan'?

Assalamualaikum wm wbt,

Perkataan 'Islam' punca 'perpecahan'?

Islam itu punca perpecahan. Itu 'first impression' yang terlintas di minda bila membaca penjelasan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Dato' Dr Ismail bin Ibrahim mengapa perkataan 'Islam' itu hendak diharamkan diguna untuk nama-nama pertubuhan. Menurut Dato' Dr Ismail, Majlis Fatwa Kebangsaan telah dititahkan oleh Raja-raja Melayu untuk menderaf fatwa bagi menggugurkan perkataan 'Islam' pada nama pertubuhan-pertubuhan memandangkan perkataan 'Islam' itu membawa kepada 'perpecahan' di kalangan orang Melayu dan umat Islam sejak akhir-akhir ini. Nampak sangat Raja-raja Melayu ini mengeluarkan titah tersebut atas paksaan UMNO.

(Petekan dari Harakah - Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Dato' Dr Ismail Ibrahim, berkata 'fatwa' berhubung perkara itu telah dibuat oleh majlis berkenaan pada 12 Feb lepas setelah diminta berbuat demikian oleh Raja-raja Melayu yang memandang berat tentang 'perpecahan' yang berlaku di kalangan orang Melayu dan umat Islam sejak akhir-akhir ini).

Kita semua tahu sebenarnya tiada perpecahan dikalangan umat Islam di negara ini. Yang berlaku adalah majoriti rakyat yang beragama Islam sudah beralih daripada menyokong UMNO kepada menyokong parti PAS dan Keadilan. Ini bukannya perpecahan, hanya alih sokongan. Kalau pun ujud 'perpecahan' apa kena mengenanya dengan perkataan 'Islam'?

Kalau perkataan 'Islam' itu punca 'perpecahan' seperti yang didakwa oleh UMNO, maka ianya membawa konotasi (bayang maksud) bahawa 'Islam' itu perkataan yang 'tidak baik' atau 'kotor' atau tergulong kedalam kategori perkataan-perkataan hina, termasuklah 'four-lettered words'.

Barat dan Yahudi sudah menta'arifkan 'Islam' itu sinonim dengan 'penganas antarabangsa' (international terrorism) dan 'pelampau agama'(religious extremism). Nampaknya UMNO dan Raja-raja Melayu ingin berlumba-lumba dengan Barat dan Yahudi dalam mencemarkan perkataan 'Islam' dengan mentaarifkannya pula sebagai punca 'perpecahan' masyarakat. Apa bedzanya antara sikap UMNO dan Raja-raja Melayu dengan sikap puak-puak Barat dan Yahudi terhadap Islam?

Yang perlu kita ingat adalah UMNO yang mahukan perkataan 'Islam' itu digugurkan, tetapi UMNO ingin cuci tangan dan telah memperalatkan Raja-raja Melayu untuk melakukan kerja kotor tersebut. Kita semua tahu raja-raja itu hanyalah 'rubber stamp', namun begitu dalam perkara agama yang sangat penting ini kita harap raja-raja akan memberanikan diri dan menolak kehendak iblis UMNO itu.

Ini semua sebenarnya hendak mengundang bala diturunkan oleh Allah SWT. Mungkin padah dari pengguguran perkataan 'Islam' ini, jika diteruskan, Malaysia akan digugurkan oleh Allah SWT dengan talak tiga. Mungkin segala nikmat Allah SWT kepada negara ini ditarik balik. Mungkin bermacam lagi bala akan menimpa negara ini. Tengoklah padahnya nanti. Bukan nak menakutkan, hanya nak mengingatkan.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi
23 Zulhijah 1421
19 Mac 2001.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com