Assalamualaikum wm wbt,
Pengharaman Islam – UMNO nak raja-raja disalahkan nanti.
Pada Sabtu 17 Mac, 2001 UMNO yang berniat untuk
mengharamkan Islam dari digunakan dalam menamakan
pertubuhan-pertubuhan dilaporkan telah menyerahkan
kerja iblis ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk
memutuskannya. UMNO memang pakar dalam memecahbelah
dan melaga-lagakan orang. Sekiranya raja-raja Melayu
memutuskan untuk mengharamkan, sudah tentu rakyat
negara ini yang benar-benar Islam akan memerangi bukan
sahaja orang-orang UMNO tetapi juga raja-raja.
Sekiranya diteruskan usaha mengharamkan Islam melalui
raja-raja jangan ingat bahawa orang-orang UMNO dan
keturunan mereka akan dapat cuci tangan. Sejarah tetap
akan mencatitkan orang-orang UMNO dan keturunan mereka
sebagai tentera iblis yang telah mengkhianati agama
Islam. Kini terpulanglah kepada raja-raja Melayu
samada mereka dan keturunan mereka ingin juga
digolongkan sebagai tentera-tentera iblis.
Sama-sama kita lihat samada raja-raja Melayu yang
kononnya ketua agama Islam di negeri masing-masing itu
bertaqwa kepada Allah SWT atau pun lebih takut kepada
kekuasaan UMNO.
Raja-raja perlu sedar bahawa dato moyang mereka telah
menguatkuasakan hukum hudud sebelum penjajahan
British. Semasa zaman penjajahan pihak British telah
menghapus dan mensekularkan hukum-hukum Islam
berkaitan jenayah. Penjajah British juga telah
mengubah denda-denda yang ditetapkan oleh Allah SWT
bersabit maksiat seperti zina dari hukuman rotan atau
hukum bunuh kepada denda berupa ringgit dan sen, dan
proses mensekularkan ini telah diwarisi dan diteruskan
oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO selepas
mencapai kemerdekaan.
Raja-raja Melayu perlu sedar bahawa hasrat UMNO untuk
mengharamkan Islam itu dari diguna untuk nama-nama
pertubuhan adalah satu lagi langkah dalam usaha
meminggirkan Islam yang telah dimulakan oleh penjajah
British. Ianya adalah untuk menyambung proses yang
dimulakan oleh penjajah British untuk menjadikan agama
Islam itu sebagai hak individu (kalau nak ikut boleh
ikut, kalau tak mahu ikut, tak payah seperti agama
kristian). UMNO ingin melangkah setapak lagi dalam
usaha menghapuskan Islam, seperti kata falsafah
Confucius, “it takes one little step to make a journey
of one thousand miles” (kalau guna Hadith takut tak
faham atau buat-buat tak faham, jadi saya gunakan
kata-kata falsafah Confucius).
Ada dikalangan rakyat yang sayangkan Islam menganggap
raja-raja Melayu ini tidak boleh diharap untuk membela
Islam. Bagaimana hendak percaya kepada raja-raja
Melayu kalau salah seorang dari mereka dituduh dengan
bukti sahih telah membapakkan anak haram luar nikah?
Dan bukankah ada antara raja-raja Melayu yang
bergelumang dengan najis arak dan najis judi? Dan ada
pula yang lari melancong ke negara-negara Barat semasa
bulan Ramadhan.
Ada orang berpendapat bahawa UMNO sebenarnya sudah
rasa serba-salah tetapi tidak mahu jatuh air muka
kalau dengan sendiri menarik balik cadangannya itu.
UMNO tidak mahu menarik balik sendiri cadangannya
untuk mengharamkan Islam itu sebab takut dilihat
sebagai telah tunduk kepada pra-syarat yang dikenakan
PAS untuk mengadakan pertemuan perpaduan Melayu yang
dicadangkan dan sangat-sangat diinginkan oleh UMNO.
Oleh yang demikian Raja-raja Melayu digunakan sebagai
‘face-saving device.’ Baguslah kalau betul UMNO telah
sedar akan kesilapannya dan kini inginkan raja-raja
Melayu memberi jalan keluar dengan menolak cadangan
UMNO untuk mengharamkan Islam itu. Sama-sama kita
tunggu keputusan raja-raja – kemana arahnya..
Tetapi kalau dilihat budaya UMNO sekarang ini, UMNO
akan melempar batu dan sorok tangan. UMNO akan
melakukan yang jijik dan kotor dan setelah itu
menyalahkan pihak lain. UMNO kayakan diri sendiri,
sanak saudara dan kroni-kroni dengan merompak harta
negara dan selepas itu salahkan Soros. UMNO menghasut
dan mengapikan perbalahan antara kaum (yang terbukti
dari kenyataan-kenyataan Dr Mahathir sejak ucapan hari
merdeka tahun lepas yang menghasut kepada perbalahan
kaum) dan selepas itu menuduh pihak pembangkang
sebagai penghasut dalam perbalahan kaum antara India
dan Melayu di Kg Medan dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Memandangkan bahawa budaya UMNO adalah membuat taik
dan selepas itu mengunakan media arus perdana yang
dikawal sepenuhnya untuk menuduh orang lain. Maka
tidak menghairankan kalau UMNO yang ingin mengharamkan
Islam itu merancang untuk cuci tangan. UMNO mahu
raja-raja Melayu yang dipersalahkan nanti.
Sama-sama kita berdoa’ agar raja-raja Melayu tidak
akan tunduk dan membenarkan institusi raja-raja
diperalatkan oleh UMNO untuk mencapai matlamat iblis
UMNO itu.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
22 Zulhijah 1421
18 Mac 2001.