Assalamualaikum wm wbt,
Pemaju Projek Lebuhraya Pantai mendalangi perbalahan kaum Kg Medan?
Artikel saudara Ibrahim Baba bertarikh 19 Mac, 2001
bertajuk “Projek Lebuhraya Pantai vs. Penduduk Kg.
Medan” perlu diberi fokus dan perhatian serta
disebarkan. Pihak kami sendiri sedang mengkaji-siasat
maklumat yang diterima mengenai kemungkinan besar
syarikat New Pantai Expressway Sdn Bhd.(NPESB)
kepunyaan kroni-kroni Dr Mahathir yang menjadi pemaju
Projek Lebuh Raya Pantai adalah antara anasir-anasir
jahat (selain dari samseng-samseng upahan UMNO-MIC)
yang telah mendalangi serta menghasut perbalahan kaum
antara Melayu dan India di Kg Medan dan
kawasan-kawasan sekitarnya yang telah tercetus pada 8
Mac, 2001.
Memangnya pergaduhan pada 3 Mac antara keluarga Melayu
yang mengadakan majlis perkahwinan dengan keluarga
India yang mengadakan majlis kematian merupakan
kejadian yang tidak dirancang. Tetapi anasir-anasir
jahat tertentu (disyakki orang-orang upahan syarikat
pemaju Projek Lebuhraya Pantai bersama-sama
samseng-samseng UMNO-MIC dan juga SB) telah mengambil
kesempatan serta mengeksploitasi keadaan;
mengapi-apikan dan menghasut kaum Melayu dan India
hinggalah tercetus perbalahan antara dua kaum itu pada
8 Mac, 2001. Dan seperti kita semua sedia maklum,
pihak polis dan FRU pula telah semacam sengaja tidak
bertindak tegas dan kelihatan sengaja membiarkan
perbalahan kaum itu berlarutan hingga 12 Mac, 2001;
mungkin dengan harapan ianya akan merebak lebih luas
lagi untuk menjustifikasikan pengistiharan dharurat
bagi seluruh negara.
Projek Lebuhraya Pantai seperti yang telah dijelaskan
oleh saudara Ibrahim Baba melibatkan
perkampungan-perkampunagn setinggan Kg. Medan, Kg.
Medan Luar, Kg. Medan Harun Indah dan beberapa kawasan
setinggan yang berhampiran. Penduduk-penduduk di
kampong-kampong setinggan tersebut telah menolak
cadangan syarikat pemaju projek tersebut, New Pantai
Expressway Sdn Bhd. (NPESB) untuk berpindah selagi
pihak pemaju NPSEB enggan menyediakan tempat tinggal
yang baru dan memenuhi beberapa syarat yang lain yang
ditetapkan.
Menurut sumber maklumat yang diterima, syarikat pemaju
New Pantai Expressway Sdn Bhd. (NPESB) yang semakin
terdesak dan ‘desperate’ itu telah lama cuba untuk
melaga-laga serta memecahbelahkan penduduk-penduduk Kg
Medan dan perkampungan-perkampungan setinggan
disekitarnya. Sekiranya penduduk-penduduk terus
bersatu dan bersepakat kata, maka syarikat pemaju
NPESB akan terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk
menyediakan tempat tinggal alternatif yang diminta
oleh penduduk-penduduk. Maka dasar pecah-belah
diusahakan untuk mendapat sebahagian dari penduduk
berpindah secara sukarela yang akan memaksa yang
lainnya untuk turut berpindah. Takti memecahbelah yang
berunsur perkauman telah juga digunakan oleh syarikat
pemaju, NPESB.
Dikatakan perbalahan antara kaum Melayu dengan India
sudah lama dirancangkan oleh New Pantai Expressway Sdn
Bhd. (NPESB) untuk memecahbelahkan penduduk. Pucuk
dicita ulam mendatang apabila secara tidak dirancang
telah berlaku pergaduhan antara majlis perkahwinan
Melayu dan majlis kematian India pada 3 Mac, 2001.
Orang-orang upahan NPESB disyakki telah berjaya
mengeksloitasi dan menghasut ketegangan yang ujud itu
hinggalah tercetus perbalahan kaum Melayu-India pada 8
Mac, 2001.
Secara kebetulan pula perbalahan kaum itu juga selaras
dengan perancangan UMNO-BN. Ada persamaan kepentingan
(mutuality of interests) antara UMNO-BN dan syarikat
pemaju Projek Lebuhraya Pantai.
Seperti yang rakyat kebanyakkannya sudah sedia maklum,
UMNO hampir terkubur kerana kehilangan sokongan
Melayu, dan satu-satunya cara yang difikirkan oleh
UMNO untuk terus berkuasa adalah dengan mencetuskan
perbalahan kaum. Melalui perbalahan kaum bukan sahaja
Melayu akan bersatu semula dibawah UMNO seperti yang
telah berlaku semasa peristiwa Mei 13, 1969, tetapi
UMNO-BN sebagai kerajaan MAGERAN boleh pula
memperkukuhkan semula pegangan kuasa semasa dharurat
dikuatkuasakan. Usaha gigih Dr Mahathir sejak dari
ucapan ulangtahun hari kemerdekaan pada tahun lepas
untuk menghasut perbalahan antara kaum telah gagal
kerana rakyat sudah masak dengan ‘trick’ kotor serta
taktik-tatik kotor dan sandiwara-sandiwara UMNO-BN.
Dalam perkiraan UMNO kejadian berunsur perkauman itu
juga boleh mendorong orang-orang Melayu untuk
mengenakan tekanan keatas PAS supaya bersetuju, tanpa
pra-syarat, untuk bertemu dengan UMNO bagi
membincangkan perpaduan Melayu seperti yang telah
dicadangkan dan sangat-sangat diinginkan oleh UMNO.
Memandangkan Dr Mahathir sedang berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mengujudkan ketegangan dan
perbalahan antara kaum, maka tidak menghairankan bila
terdapat laporan-laporan dari Kg Medan dan
kawasan-kawasan sekitarnya bahawa orang-orang UMNO dan
MIC juga terlibat bersama-sama dengan orang-orang
upahan New Pantai Expressway Sdn Bhd. (NPESB) dalam
menghasut perbalahan kaum Melayu-India di Kg Medan dan
kawasan-kawasan sekitarnya.
Memandangkan dharurat itu memang diinginkan oleh UMNO
untuk memperkukuhkan semula pegangannya terhadap kuasa
pemerintahannya, maka tidak hairan bila pihak polis
dan FRU dilaporkan telah sengaja membiarkan perbalahan
kaum itu berlarutan untuk beberapa hari.
Nampaknya masalah New Pantai Expressway Sdn Bhd.
(NPESB) dalam penempatan semula penduduk-penduduk Kg
Medan dan kawasan-kawasan sekitarnya yang terletak
dilaluan Projek Lebuhraya Pantai itu akan diselesaikan
oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan sudah pun berjanji
untuk membina rumah kos rendah bagi penempatan semula
penduduk-penduduk yang sepatutnya dibina oleh NPESB
yang sudah pun dalam estimate kos projek mengambilkira
pembinaan rumah-rumah tersebut. Terselamatlah NPESB
dari perlu membelanjakan wangnya sendiri, dan
bertambahlah keuntungan yang akan diraih oleh syarikat
itu.
Malah perbalahan perkauman baru-baru ini telah
dieksploitasikan untuk memindahkan penduduk-penduduk
dari kawasan-kawasan tersebut.
Nampaknya sudah ada cara baru untuk penyelesaian
kepaga masalah penempatan semula setinggan-setinggan
yang kawasan mereka ingin dibangunkan dengan sesuatu
projek. Kalau dulu cara Lee Kuan Yew di Singapura
dicontohi, iaitu dengan membakar
perkampungan-perkampungan setinggan (seperti yang
disyakki dilakukan di Pantai Dalam) kini satu lagi
cara adalah dengan mencetuskan perbalahan perkauman.
Dari perbalahan perkauman itu kerajaan dan bukan
syarikat pemaju yang akan membina rumah kos murah bagi
penempatan semula setinggan dan syarikat pemaju projek
yang lazimnya kroni-kroni UMNO-BN akan meraih
keuntungan besar kerana terselamat dari terpaksa
mengeluarkan kos penempatan semula itu. “Very neat,
indeed”. Ha ha ha.
Perlu ditegaskan disini bahawa segala maklumat yang
diterima yang menunding jari kepada syarikat pemaju
Projek Lebuhraya Pantai sebagai mendalangi dan
menghasut perbalahan kaum di Kg Medan dan
kawasan-kawasan sekitarnya belum dapat disahkan
sepenuhnya.
Sekian untuk renungan kita bersama akan kesan-kesan
dan padah-padah yang buruk dan negatif yang telah dan
bakal menimpa negara kita kerana UMNO-BN sudah menjadi
syarikat bisnes gergasi ( a giant business
conglomerate) yang tidak teragak-agak untuk
mengorbankan nyawa rakyat demi memajukan kepentingan
bisnes mereka itu .
Diucapkan terima kasih kepada saudara Ibrahim Baba
yang telah berani mendedahkan dalang disebalik batu
kepada perbalahan kaum Kg Medan dengan artikel beliau
“Projek Lebuhraya Pantai vs. Penduduk Kg. Medan”.
Sama-sama kita korek lagi bukti-bukti penglibatan
UMNO-BN dan kroni-kroni bisnesnya dalam mendalangi
perbalahan di Kg Medan dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
24 Zulhijah 1421
20 Mac 2001