Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO bersedia bunuh rakyat untuk terus berkuasa

Assalamualaikum,

UMNO bersedia bunuh rakyat untuk terus berkuasa.

Hari ini 3 April, 2001, Dr Mahathir semasa berucap di parlimen telah mengulangi tuduhan bahawa pihak pembangkang hendak mengulingkan rejim beliau melalui demonstrasi dan rusuhan jalanan. Kononnya pihak pembangkang mendapat bantuan dari luar negara. Mahathir seterusnya memberi amaran keras bahawa rejim beliau sudah bersedia untuk melanggar norma-norma antarabangsa untuk (mengekalkan kuasa). Melanggar norma-norma antarabangsa bermakna melancarkan Ops Lalang II untuk menangkap dan menahan pemimpin-pemimpin pembangkang dibawah akta ISA. Ianya juga bermakna UMNO-BN bersedia membunuh rakyat yang berdemonstrasi.

Ucapan Mahathir itu mengesahkan maklumat yang diterima daripada dalaman UMNO bahawa parti mereka sudah putus asa dalam usaha untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu. UMNO sekarang ini sudah mati akal dan hanya terfikir untuk mencetuskan perbalahan kaum dan huru hara untuk terus berkuasa melalui pengistiharan dharurat. Pemerintahan dharurat yang dirancangkan UMNO itu akan berlarutan melampaui tahun 2004, yang bermakna pilihanraya umum 2004 tidak akan diadakan.

Di London pada minggu lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dilaporkan telah memberitahu pelajar-pelajar Malaysia di UK bahawa UMNO tiada jalan lain untuk terus berkuasa kecuali dengan mencetuskan perbalahan antara kaum yang akan membolehkan UMNO terus memerintah melalui undang-undang dharurat.

Amaran Mahathir bahawa UMNO sudah bersedia melanggar norma-norma antarabangsa secara tidak langsung mengesahkan maklumat yang diterima bahawa pihak polis serta Gerak Gempur UMNO akan menyamar dan berlakon sebagai ‘kumpulan silent majority’ yang kononnya bangkit sebab terlalu marah terhadap pihak pembangkang yang kononnya membuat kacau itu. ‘'Kumpulan silent majority’ yang terdiri dari UTK, SB dan gengster-gengster UMNO, MIC, MCA dan Gerakan itu akan memakai topeng (seperti di Taman Medan) dan menyerang ceramah-ceramah pembangkang, menyerang rumah-rumah pemimpin-pemimpin pembangkang (dan membunuh se-isi keluarga). Agaknya operasi ini akan dipanggil “Ops Topeng”.

UTK dan SB juga dikatakan sudah menerima arahan daripada UMNO supaya melancarkan operasi membunuh (secara pukul curi) ahli-ahli korporat, eksekutif-eksekutif swasta, dan pegawai-pegawai awam yang dikenalpasti sebagai menyokong BA secara aktif. Ahli-ahli masyarakat yang punyai pengaruh di kawasan kediaman mereka dan dikenalpasti sebagai penyokong pembangkang yang aktif akan turut dibunuh dengan cara serang hendap - pukul curi tersebut. Agaknya operasi ini akan dipanggil “Ops Cricket” (hit and run).

UMNO sudah pun mengistiharkan mereka akan melanggar norma-norma antarabangsa yang antara lainnya bermakna mereka sudah bernekad hendak membunuh kita diceramah-ceramah BA dan semasa kita berdemo. UMNO juga sudah mengistiharkan secara rasmi akan menangkap pemimpin-pemimpin BA. Jelas UMNO nak main kotor. Apa jawapan kita terhadap cabaran yang sangat merbahaya ini?

Sudahkah parti-parti BA membuat persiapan-persiapan, atau masih dikira tidak mungkin UMNO akan menangkap, mengganas dan membunuh. Sudahkah disediakan 'contingency plan’ terutamanya ‘second line leadership’ untuk mengambil alih kepimpinan bila Ops Lalang II dilancarkan nanti. Menurut sumber tertentu lebih dari 300 pemimpin-pemimpin BA sudah disenaraikan untuk ditangkap. Dan sudahkah pemimpin-pemimpin BA menyediakan minda (mental preparation) untuk menghadapi tekanan hidup sebagai tahanan politik. Bagaimana pula isteri dan anak-anak? Sudahkah diadakan tabung untuk membantu keluarga pemimpin-pemimpin (dan juga penyokong-penyokong) yang akan ditahan dibawah ISA itu.

Apakah pula persiapan penyokong-penyokong BA? Apakah tindak balas kita apabila UMNO-BN mengganas, menangkap atau membunuh pemimpin-pemimpin dan orang-orang kita. Adakah kita akan hanya berdiam diri? Adakah kita akan hanya melihat kekejaman itu dilakukan? Atau adakah kita akan bertindak balas dan mengistiharkan perang jihad keatas orang-orang UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain komponen BN.

Orang-orang UMNO-BN sudah bernekad untuk membunuh kita. Adakah kita akan bertindak balas dan membunuh mereka. Beranikah kita?

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi
9 Muharram 1422
3 Mac 2001.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com