Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO-BN yang bersifat kebinatangan gunakan Akta ISA

Assalamualaikum,

UMNO-BN yang bersifat kebinatangan gunakan Akta ISA

Apa nak jadi dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Sudah tiga Ketua Polis Negara (KPN) secara berturut-turut memperlihatkan tauladan yang hina dan terkutuk yang bertentangan dengan ajaran Islam. Dan PDRM secara keseluruhan dikeji dan dipandang jijik oleh majoriti rakyat. Polis sudah tidak lagi dihormati langsung dan diberi gelaran yang tepat sekali oleh majoriti rakyat, iaitu gelaran "anjing-anjing". Inilah padahnya menyokong secara membabi buta rejim UMNO-BN yang kejam dan zalim itu. Setiap hari PDRM disumpah rakyat kerana bersekongkol dengan UMNO-BN dalam menindas dan menganiayai rakyat.

Bekas KPN, si Hanif Omar berakhir sebagai towkay gedung judi di Genting Highlands dan sanggup berhelah dalam mahkamah bahawa beliau tidak menjumpai ayat dalam Al Quran yang mengharamkan judi. Si Rahim Nor yang menggantikan si Hanif sebagai KPN telah cuba membunuh Dato Seri Anwar Ibrahim, dan kini si Rahim Nor turut jejak si Hanif Omar dengan berkerja di Gedung Judi Nasional di Genting Highlands. KPN pada masa ini, si Norian Mai pun tidak mahu ketinggalan dalam memberi tauladan yang hina dan terkutuk. Norian Mai yang baru sahaja kembali dari menunaikan haji telah bersubahat dengan Dr Mahathir, UMNO dan BN dalam berbohong dan menganiayai 7 orang pemimpin Keadilan dan aktivis reformasi. ‘Haji’ apa si Norian Mai ini?

Pada 10 April Akta ISA digunakan oleh polis atas arahan UMNO dan BN untuk menangkap dan menahan 7 pemimpin Keadilan dan aktivis reformasi; saudara Ezam Mohamad Noor, N. Gopalakrishnan, Tian Chua, Saari Sungip, Hishamuddin Rais, Abdul Ghani Haroon dan Raja Petra Kamarudin. Mereka dituduh merancang untuk mengulingkan rejim UMNO-BN dengan menggunakan molotov coktail, rocket launcher dan lain-lain senjata. Tanpa sebarang bukti pemimpin-pemimpin Keadilan dan aktivis reformasi tersebut telah ditahan dibawah akta ISA. Seperti yang Mahathir sendiri mengaku, ISA digunakan untuk menangkap Ezam dan rakan-rakannya sebab tiada bukti.

Akta ISA adalah undang-undang kejam dan berperikebinatangan kerana membolehkan rakyat ditangkap tanpa bukti dan ditahan tanpa dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan. Akta ISA yang digubalkan oleh penjajah dan dikekalkan oleh UMNO-BN adalah salah di sisi Islam. Ianya akta yang berunsur penindasan dan banyak rakyat telah dianiayai oleh UMNO-BN dengan menggunakan akta ini. Saya berani mengatakan di sini bahawa orang-orang UMNO dan BN adalah manusia bersifat kebinatangan dan adalah tentera-tentera iblis kerana telah sering menggunakan akta ISA yang kejam itu untuk menganiayai dan menindas rakyat yang tidak bersalah. Orang-orang yang menyokong UMNO-BN dalam menggunakan akta ISA adalah juga manusia bersifat kebinatangan dan adalah juga tentera-tentera iblis.

Dan sungguh kasihan si Norian Mai, Ketua Polis Negara. Dia baru balik dari menunaikan haji di tanah suci. Tapi tak sempat dua bulan dia balik dari buat haji, Norian Mai terang-terang telah dalam bersekongkol dengan UMNO-BN melakukan dosa membohong bila beliau menuduh 7 orang ahli parti Keadilan dan aktivis reformasi yang ditangkap itu dengan tududhan tanpa bukti. Apa jenis makhlok si Norian Mai ini dan juga Dr Mahathir dan semua penyokong-penyokong UMNO dan BN kalau mereka tidak jenis manusia bersifat kebinatangan dan kalau mereka tidak tentera-tentera iblis.

Sekian.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com