Assalamualaikum wbt.,
Isu Murtad: Malaysia bakal pusat acara Kristian rantau Asia.
Kerajaan Dr Mahathir dikatakan menyokong cadangan
pihak gereja Kristian untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat mengadakan acara-acara Kristian
antarabangsa bagi kawasan rantau Asia. Tidak lama
dahulu kita sudah pun melihat Stadium Bukit Jalil
menjadi tempat perhimpunan raksaksa agama Kristian.
Dan baru-baru ini persidangan agong World Evangelical
Christian Fellowship telah dibuka dengan rasminya oleh
Dr Mahathir sendiri. Mengapa puak Kristian memilih
Malaysia yang mempunyai hanya 10 peratus penganut
agama Kristian menimbulkan tanda tanya kepada
orang-orang yang cintakan Islam. Bukankah Filipina
lebih sesuai kerana Kristian adalah agama rasmi
Filipina? Tidak menghairankan kenapa UMNO menyokong
pihak gereja. Sering kita dengar Dr Mahathir dan
sesetengah pemimpin UMNO menyatakan bahawa Islam
adalah agama kolot yang menyebabkan kemunduran ekonomi
orang Melayu dan kemunduran ekonomi negara. UMNO
percaya bahawa jikalau negara ingin maju dengan pesat,
maka perlulah Islam itu dilonggarkan hukum-hakamnya
dengan sebahagian besar orang Melayu samada
disekularkan atau pun dimurtadkan.
Ada sumber memberitahu bahawa Dr Mahathir dan
sesetengah pemimpin UMNO menganggap Malaysia hanya
akan berupaya mencapai taraf negara maju jikalau
lebihkurang dua pertiga (2/3) dari orang Melayu dapat
disesatkan dan dididik menjadi orang-orang Islam dari
segi nama sahaja yang tidak mengamalkan agama mereka.
Lebih elok jika lebihkurang satu pertiga (1/3)
orang-orang Melyau dapat di murtadkan. Seperti yang
telah pun disebutkan di atas maklumat ini tidak
memeranjatkan langsung sebab sudah berulangkali kita
membaca dan mendengar Dr Mahathir dan
pemimpin-pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa
Islam adalah sebabnya orang Melayu itu mundur.
Kenyataan-kenyataan menghina Islam yang seumpama ini
jika berdasarkan ‘Mastika Hadis’ yang dikeluarkan
sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri pada awal 70-an,
maka Dr Mahathir dan ahli-ahli UMNO (secara
bersubahat) sudah berulang kali jatuh murtad.
Islam dianggap oleh Dr Mahathir dan UMNO sebagai agama
yang menimbulkan banyak ‘inhibitions’ (pantang) dalam
jiwa orang Melayu terutamanya dalam berniaga dan
melabur dengan pinjaman dari bank/syarikat kewangan
yang berunsur riba’. Oleh yang demikian satu dari
ajenda UMNO dalam usaha untuk mencapai Wawasan 2020
adalah mensekularkan atau memurtadkan sebahagian besar
rakyat yang berbangsa Melayu. Ajenda jahat ini walau
pun amat dirahsiakan, terdedah juga sekali sekala
dalam kenyataan-kenytaaan Dr Mahathir dan
pemimpin-pemimpin UMNO. Maka parti Islam, PAS serta
golongan para ulamak yang menjadi penghalang kepada
dasar UMNO untuk mensekularisma atau memurtadkan orang
Melayu itu perlu di ‘neutralized’ kan.
Dari maklum balas dari orang-orang UMNO sendiri
diketahui bahawa satu lagi ajaran Islam yang sangat
tidak disenangi oleh UMNO adalah larangan keras
terhadap tipu-menipu dalam perniagaan dan larangan
keras terhadap kegiatan meraih keuntungan secara
berlebih2an. Kita lihat tiada tindakan dari pihak
kerajaan UMNO-BN yang ikhlas mahu pun berkesan untuk
membendung kegiatan tipu menipu dalam perniagaan.
Malah kerajaan UMNO-BN lazimnya akan rioh-rendah
bersandiwara mengecam kenaikkan harga barang-barang
tetapi dibelakangnya pula telah menggalakkan kegiatan
menaikkan harga barang-barang dengan
sewenang-wenangnya itu.supaya dapat meraih keuntungan
secara berlebih-lebihan. Ini mudah difahamkan kerana
UMNO-BN sendiri sudah menjadi konglomerate bisnes yang
besar. Maka amat penting bagi UMNO untuk memesongkan
orang Melayu dari ajaran Islam supaya orang Melayu
tidak akan ambil peduli akan segala penyelewengan yang
dilakukan oleh UMNO-BN dalam mempersundalkan amanah
rakyat dengan menyalahgunakan kuasa untuk mengkayakan
diri masing-masing secepat mungkin.
Mengikut sesetengah sumber dari dalam UMNO sendiri,
sememangnya adalah menjadi dasar kerajaan UMNO untuk
menyesatkan orang Melayu dari ajaran Islam yang benar.
Malah sesetengah pemimipin UMNO anggap adalah suatu
matlamat yang wajar jika sekurang-kurangnya dua
pertiga (2/3) dari orang Melayu menjelang 2020 bukan
lagi mengamalkan ajaran Islam tetapi sudah menjadi
Islam hanya berdasarkan kelahiran atau Islam atas nama
sahaja. UMNO anggap adalah ‘cun’ kalau satu pertiga
(1/3) dari orang Melayu telah murtad dari Islam dan
menjadi penganut agama yang lain menjelang 2020. Bagi
Dr Mahathir dan UMNO, pegangan yang kuat dikalangan
kebanyakkan orang Melayu sekarang ini terhadap ajaran
Islam merugikan negara kerana perasaan takut kepada
riba’ telah menghalang orang Melayu membuat pinjaman
secara berleluasa dan ini telah menyekat potensi kuasa
pembelian orang Melayu (Malay propensity to consume)
yang seterusnya telah mengurangkan permintaan dalaman
(domestic demand) dengan kesan keseluruhannya yang
menghalang pertumbuhan ekonomi yang pesat. Sokongan Dr
Mahathir dan UMNO terhadap hasrat gereja untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat kegiatan agama
Kristian bagi rantau Asia adalah sejajar dengan hasrat
UMNO untuk samada mensekularkan atau memurtadkan
sebahagian besar dari orang Melayu.
Langkah kerajaan UMNO-BN baru-baru ini dalam
mengharamkan buku ‘Pengakuan Paderi Melayu Kristiankan
Beribu-ribu Orang Melayu’ juga ada kaitannya dengan
persetujuan kerajaan UMNO-BN untuk membenarkan
Malaysia dijadikan pusat acara-acara Kristian
antarabangsa bagi rantau Asia. Buku tersebut
diharamkan mengikut Perintah Larangan di bawah Seksyen
7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1981 (Pindaan)
1987. Kerajaan UMNO-BN takut buku ini akan dirujuk
setiap kali acara Kristian antarabangsa di adakan
nanti di Malaysia terutamanya yang berjenis
perhimpunan raksasa Kristian seperti yang pernah
diadakan di stadium Bukit Jalil.
Seorang kenalan telah menceritakan peristiwa di satu
majlis kenduri dikalangan ahli keluarga beliau minggu
lepas. Seorang saudara mara beliau yang masih ahli
UMNO atas alasan ‘nak jaga bisnes’ telah
mempertahankan sokongan UMNO terhadap hasrat gereja
Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat bagi
kegiatan Kristian di rantau Asia, dan juga keputusan
UMNO dalam membenarkan pembinaan Budhha terbesar di
dunia di Pulau Langkawi. UMNO dijelaskan sebagai
melihat isu ini bukan dari sudut agama tetapi dari
sudut bisnes, iaitu untuk memastikan peningkatan
kedatangan pelancong untuk tujuan acara-acara agama
Kristian dan Buddha yang boleh membawa masuk matawang
asing yang banyak. Dari penjelasan yang diberi oleh
seorang ahli UMNO sendiri, maka tidaklah boleh
disalahkan anggapan bahawa orang-orang UMNO itu
bertuhankan duit, dan dalam menyembah duit itu,
orang-orang UMNO sanggup mengadailan bangsa Melayu dan
agama Islam demi mengkayakan diri masing-masing.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi