Assalamualaikum wbt.,
Cerpen di bawah ini diterima melalui e-mail. Nama atau
nick penulisnya tidak diberi.
Cerpen: Ops “Jejak VIP” oleh Polis Melaka
Inspektor Jamal sampai ke rumahnya jam 8.00 pagi
setelah semalaman berjaga mengawal seorang VIP. Isteri
beliau yang berkerja di sebuah bank sudah pergi kerja.
Anak sulongnya bernama Amir, seorang engineer dengan
syarikat elektronik masih di rumah dan menyambut
kepulangan ayahnya..
"Tak pi kerja ke? Dah lambat ni," Inspektor Jamal
menanya anaknya
"Saya nak bertolak ke KL sekejap lagi. Ada urusan di
sana tengahari nanti," jawab Amir.
"Hah, elok jugak kau masih ada di rumah, dapatlah kita
jumpa. Dah berbulan kita jumpa sekejap-sekejap aje.
Bila aku balik kau masih di opis, dan bila kau ada di
rumah, aku pulak dok sibok kawal VIP. Hari minggu pun
aku kena kawal VIP tu," keloh Inspektor Jamal.
“Ayah dah breakfast ke?” tanya Amir. “Ada saya beli
nasi lemak tadi.”
"Aku dah breakfast dengan VIP,” jawab Inspektor Jamal.
"Dah bebulan ayah kawal VIP ni. Saya dengar hampir
seluruh kontinjen polis Melaka terlibat. Mesti penting
orangnya. Semua polis yang handal-handal macam ayah
ditugaskan jaga VIP ni. Saya dengar CPO pun bagi
personal attention."
"Betul tu. Memang penting. Kalau berlaku apa-apa pada
VIP ni, kerajaan boleh lingkop. Kita panggil operasi
ini Ops Jejak VIP, " kata Inspektor Jamal.
"Siapa VIP ni, ayah?" tanya Amir. "Tak pernah pun ayah
sebut siapa orangnya. Emak pun tak mahu cakap. Ini
mesti top secret punya hal."
"Emak kau tu memang pandai simpan rahsia. Antara sebab
ayah naik pangkat dari polis biasa jadi pegawai
Inspektor kerana emak kau cukup understanding tentang
kerja ayah sebagai SB," kata Inspektor Jamal.
"Masa ni imej SB dan polis teruk betul, ayah," kata
Amir.
"Ye lah. Sejak kes Anwar memang gitu lah. Imej
kerajaan, imej polis, imej mahkamah, imej surat khabar
semuanya hancur," kata Inspektor Jamal.
"Kat syarikat, pekerja-pekerja gelar saya injineer
anak Siput Babi,"kata Amir sambil ketawa.
"Toksah ambil hati," Inspektor Jamal turut ketawa.
"Boleh ayah bagitau siapa VIP ni hinggakan semua
kontinjen polis Melaka kena kawal dia."
"Baiklah. Aku bagi tahu. Tapi ingat. Jangan cerita
pada sesiapa pun. Pada adik-adik engkau pun jangan
cerita." kata Inspektor Jamal. "Orait, VIP itu ialah
si Azizan."
"Azizan???…Azizan yang mana satu, ayah?" Amir bertanya
lagi.
"Alaahhh….yang mana lagi kalau tak si.Azizan yang
tuduh Anwar liwat dia tu… sampai negara ni dah nak
lingkop," Inspektor Jamal menjelaskan.
"Azizan liwat tu..dulu dreber sekarang manager.
Sekarang berstatus VIP pulak. Kenapa pulak ayah kata
'tuduh'. Kan Anwar dah didapati bersalah," Amir terus
bertanya.
"Kalau Anwar benar-benar bersalah tak lah ayah dok
siang dan malam kena kawal Azizan tu, tak payah ada
Ops Jejak VIP ni," Inspektor Jamal menerangkan.
"Ooo..jadi, ayah sendiri tak percaya Anwar liwat
Azizan?" tanya Amir.
"Memang sejak dulu ayah tak percaya. Dari dulu ayah
dah tahu Anwar kena fitnah, semua tuduhan tu palsu.
Eh…kan ayah ni SB. Kawan-kawan ayah kat Bukit Aman
awal-awal dah bagitau memang Anwar mangsa konspirasi,
tapi mereka tak boleh bebuat apa-apa….mereka kena ikut
perintah. Ayah pun gitu jugak, terpaksa," kata
Inspektor Jamal.
"Saya bersyukur sebab ayah tak menyebelah golongan
pemfitnah tu. Saya dan emak dari awal lagi percaya
Anwar dianiayai," kata Amir.
"Ayah tahu. Ayah tahu kau dan emak kau ada pergi
ceramah PAS dan Keadilan. Engkau ni orang PAS kan?"
tanya Inspektor Jamal.
"Macam mana ayah tahu?" Amir bertanya kembali.
"Eh...kan ayah engkau ni Siput Babi,"jawab Inspektor
Jamal. Kedua beranak ketawa berdekah-dekah.
"Ayah pun sebenarnya penyokong PAS secara
senyap-senyap. Nanti bila ayah pencen, ayah nak bagi
sokongan aktif pada kempen PAS kat Melaka ni,"
Inspektor Jamal meneruskan.
"Alhamdulillah," Amir menyuarakan kesyukuran.
"Tapi kenapa si Azizan keparat tu kena dikawal SB
siang dan malam? Takut dia kena bunuh ke?" Amir
bertanya lagi.
"Bukan takut kena bunuh, tapi takut dia kena culik.
Ada maklumat si Azizan ni nak diculik untuk diperiksa
bontotnya...orang utara panggil…pungkok…nak culik dia
dan buat medical examination untuk pastikan betul ke
pungkok dia tu kena liwat,"jelas Inspektor Jamal.
"Oooo.gitu. Heran ye, ayah. Adik angkat Anwar si
Sukma di periksa tapi pungkok si Azizan tidak
diperiksa," kata Amir.
"Ini menunjukkan si Azizan tu tak pernah kena liwat.
Memang pihak Bukit Aman dan Peguam Negara tak kasi
bontot..err..pungkok si Azizan diperiksa...kalau kasi
doktor periksa, nanti pecahlah tembelang," kata
Inspektor Jamal.
"Sepatutnya mahkamah buang kes sebab pungkok si Azizan
tak diperiksa. Nah, tengok apa dah jadi. Orang Melayu
ramai dah benci dengan Mahathir dan UMNO. Rakyat dah
tak hormat pada polis, rakyat dah tak percaya pada
mahkamah, media hari-hari terpaksa membohong, " kata
Amir.
"Itu yang ayah selalu berdoa' semoga Allah selamatkan
negara ini dengan menghapuskan Mahatir dan UMNO,"kata
Inspektor Jamal.
"Oooo...rupa-rupanya selama ni kontinjen polis Melaka
dok sibok kawal pungkok si Azizan lah. Apa nak jadi
dengan negara ni. Dulu askar kita kena beperang dengan
babi. Sekarang pulak polis seluruh Melaka kena kawal
pungkok Azizan,"kata Amir sambil ketawa.
"Engkau tahu tak kenapa kita panggil operasi ini Ops
Jejak VIP. Bukannya si Azizan keparat tu berstatus
VIP," kata Inspektor Jamal sambil ketawa.
"Itu yang saya heran. Kenapa beri status VIP, Very
Important Person kepada Azizan ?" kata Amir.
"Begini. Gelaran VIP untuk Azizan bukannya Very
Important Person," kata Inspektor Jamal lalu ketawa.
"Dah tu apa dia, ayah?" tanya Amir.
"Azizan bukannya Very Important Person tapi dia adalah
Very Important Pungkok,”jelas Inspektor Jamal.
“Very Important Pungkok kepada Perdana Menteri
Malaysia, Dr Mahathir, " tambah Amir.
Kedua anak beranak ketawa berdekah-dekah.
**********