Assalamualaikum wbt.,
Kerajaan UMNO-BN mengaku kalah kepada Laman-Laman Reformasi.
Pada Ahad 13 Mei, 2001 Rais Yatim dilaporkan telah
berkata bahawa Jabatan Peguam Negara sedang dalam
peringkat terakhir dalam merangka undang-undang bagi
membolehkan kerajaan bertindak terhadap pengguna
internet yang cuba mencetuskan keadaan huru-hara dan
menghasut keganasan terhadap pihak pemerintah negara.
Menurut sumber dari JPM, sasaran utama undang-undang
tersebut lain tidak bukan adalah laman-laman web
reformasi dan penulis-penulis siber refromasi, dan
ternyata dari tindakan menindas tersebut bahawa pihak
kerajaan UMNO-BN sudah mengaku kalah kepada
laman-laman web reformasi. Pihak kerajaan UMNO-BN akur
bahawa laman-laman web reformasi telah berjaya
menyangkal pembohongan dan putarbelit pihak kerajaan.
Seperti yang dikatakan oleh seorang kenalan rapat dari
kumpulan akhbar New Straits Times, “Kami pihak paper
dah lama mengaku kalah. La ni Dr Mahathir dan UMNO
pulak mengaku kalah dan terpaksa buat undang-undang
untuk tindas, sekat dan takut-takutkan laman-laman
reformasi.”
Tindakan kerajaan UMNO-BN ini juga dilihat sebagai
bukti kukoh bahawa projek Multimedia Super Corridor
(MSC) sudah diakui gagal dan tidak lagi diberi
prioriti. Memangnya pada minggu lepas sekali lagi
Pengerusi Perbadanan Multimedia (MDC), Tan Sri Dr
Othman Yeop Abdullah menghebohkan kononnya Malaysia
telah berjaya menarik setakat ini sebanyak 492 firma
berstatus Korridor Raya Multimedia (MSC), tetapi
hakikat yang sebenarnya adalah hanya 40 syarikat
sahaja yang baru mulakan operasi. Itu pun dari 40
syarikat yang sudah beroperasi kebanyakkannya tidak
mengeluarkan software multimedia tetapi lebih kepada
pengeluaran komponen sama seperti yang dilakukan oleh
Seagate di Ipoh dan Pulau Pinang (Seagate sudah pun
memulakan operasi berpndah ke Thailand). Sesetengah
dari 40 syarikat yang sudah beroperasi itu setelah
mendapat insentif-insentif yang bermacam dari MDC
telah menyimpang ke lain-lain perniagaan seperti
hartanah dan lain-lain jenis pengeluaran seperti
alat-alat letrik.
Sebenarnya sejak awal lagi Kerajaan UMNO-BN mempunyai
hasrat untuk menyekat kebebasan menyuarakan pendapat
di internet, tetapi hasrat ini terpaksa dipendamkan
kerana perlu mempamerkan sikap ‘liberal’ untuk menarik
pelabur-pelabur asing menanam modal dalam projek MSC.
Dengan kegagalan projek MSC, maka tidak ada lagi sebab
bagi Kerajaan UMNO-BN untuk terus membenarkan
kebebasan menyuarakan pendapat dan maklumat di
internet.
Dikatakan pihak kerajaan UMNO-BN sudah ‘press the
panic button’. Pemantauan yang dilakukan terhadap
mereka yang membeli komputer melalui skim pinjaman EPF
menunjukkan bahawa sebahagian besar pengguna-pengguna
internet yang baru itu bukan sahaja sudah melayari
tetapi telah menjadi ‘gian’ kepada laman-laman web
reformasi. Ini bermakna skim pembelian komputer
melalui pinjaman EPF telah menyebabkan jangkauan serta
pengaruh laman-laman web reformasi menjadi semakin
meluas.
Keupayaan laman-laman web reformasi mempengaruhi minda
rakyat begitu menyerlah apabila Laman Tranung Kite dan
Forum Gerak Reformasi telah berjaya memberi label
‘sandiwara’ kepada trajedi Sauk. Perkataan 'sandiwara'
kini menjadi salah satu perkataan politik yang popular
di tanah air kita. Sebenarnya ‘sandiwara’ adalah
perkataan yang sangat-sangat gemar digunakan oleh
salah seorang bekas boss saya, dan saya telah
terikut-ikut dengan ex-boss saya itu.
Antara laman-laman web reformasi yang sangat ditakuti
oleh pihak kerajaan UMNO-BN adalah Mahazlimtwo,
Tranung Kite, Mindarakyatt, Forum Gerak Reformasi,
Detik Daily dan Free Anwar Campaign. Akhbar on-line
Harakahdaily dan Malaysiakini.com juga turut digeruni.
Saya yakin semua webmasters laman-laman web reformasi
tidak akan gentar dengan undang-undang yang sedang
digubalkan itu yang sebenarnya adalah ugutan serta
usaha menakut-nakutkan yang terbaru dari kerajaan
zalim UMNO-BN. Saya juga yakin penulis-penulis siber
reformasi juga tidak akan gentar dan akan terus
menyumbang artikel-artikel yang telah begitu berjaya
mempengaruhi sebahagian besar dari rakyat Malaysia
yang melayari internet. Satu ketika dahulu saya pernah
melihat artikel-artikel Wak Amin Sapiro, Marhain Tua,
Tok Misai, Ibrahim Baba, Ustaz Ali Muda, Cilli Api dan
lain-lain penulis siber (termasuk sekali sekala
artikel saya sendiri) disebar di surau dan majlis
kenduri kendara.
Teringat saya kepada satu kenduri dimana sepupu saya
telah memberi kepada saya penulisan saya sendiri yang
dicetak dari FGR (saya tidak gunakan ‘nick’ Tarabulsi
untuk artikel tersebut, dan saya masih sering
menyumbang di FGR tetapi tidak menggunakan ‘nick’
Tarabulsi untuk tidak memudahkan pihak musuh
mengesan). Sehingga hari ini sepupu saya itu tidak
tahu saya yang telah menulis artikel tersebut. Ada
sekali itu seorang sahabat karib yang selalu pergi
bersama saya berdemo telah berkata semasa kami berbual
sambil menuggu demo dimulakan dekat Sogo,” Aku tak
syok dengan Tarabulsi. Dia tu ekstremis. Macam
Taliban.” Ha ha.
Begitulah kita semua webmasters dan penulis-penulis
siber. Kita merahsiakan identiti kita. Ini membuktikan
keikhlasan kita yang berjuang tanpa takut dan gentar
semata-mata untuk memperolehi keredhaan Allah SWT.
Ayuh mari kita terus berjuang menentang kerajaan
UMNO-BN yang kejam lagi zalim itu. Ayuh teruskan
perjuangan kita untuk menegakkan daulah Islamiah dan
menegakkan keadilan semata-mata kerana Allah SWT.
LAWAN TETAP LAWAN
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi