Assalamualaikum wbt.,
Penjual-penjual Utusan Malaysia subahat dalam menghina
Islam
Secara ikhlas ingin diingatkan kepada tuan-tuan punya
kedai yang beragama Islam yang menjual akhbar-akhbar
arus perdana, terutamanya Utusan Malaysia (Meloya) dan
Berita Harian, bahawa anda semua terlibat secara
bersubahat dengan usaha akhbar-akhbar tersebut sebagai
alat UMNO dalam menghina dan memperlekehkan Islam.
Utusan Malaysia dan Berita Harian diatas arah telunjuk
UMNO telah tidak berhenti-henti menganjing-anjing dan
memperbodohkan para ulamak warisan Nabi SAW disamping
memperlekeh dan mempertikaikan hukum-hakam Islam,
terutamanya hukum hudud, hukum menutup aurat, riba’
dan sebagainya. Oleh demikian, komisyen dari menjual
akhbar-akhbar arus perdana ini boleh dikira pendapatan
haram, dan membantu mengedarkan akhbar-akhbar anti
Islam ini boleh menjurus kepada tergelincirnya akidah.
Allahu’alam. Pendapatan perniagaan secara
keseluruhannya mungkin jadi tercemar, ibarat nila
setitik yang merosakkan susu setempayan.
Kepada semua tuan punya kedai yang beragama Islam
adalah sangat-sangat diharap anda semua akan sedar
bahawa pendapatan komisyen dari menjual akhbar Utusan
Malaysia dan Berita Harian yang mengandungi laporan
yang menghina para ulamak dan penulisan yang menghina
dan memperlekehkan hukum hakam Islam itu mungkin telah
mencemarkan keseluruhan pendapatan perniagaan anda.
Fikirkanlah samada pendapatan perniagaan anda yang
mungkin sudah tercemar itu baik untuk menjadi darah
daging keluarga anda. Fikirkanlah samada boleh
digunakan untuk menunaikan fardhu haji. Bukankah hasil
dari sumber haram itu tidak boleh digunakan untuk
menunaikan fardhu haji? Bukankah pergi haji dan umrah
dengan duit yang diragukan itu boleh diibaratkan
sebagai pergi melancung sahaja.
Bayangkanlah senario dimana seorang yang bergama Islam
telah membeli Utusan Malaysia dan membaca
laporan-laporan yang menghina para ulamak serta
artikel-artikel (seperti yang ditulis oleh
penulis-penulis seperti Astora Jabat) yang
terang-terang cuba memperlekeh serta menyelewengkan
ajaran dan hukum-hukum Islam. Si pembaca telah
terpengaruh dan membenci para ulamak warisan Nabi SAW.
Si pembaca juga turut terpengaruh dengan ajaran sesat
dan tafsiran yang bertujuan untuk menyelewengkan
hukum-hakam Islam yang terkandung di dalam Utusan
Malaysia. Anda yang menjual akhbar Utusan Malaysia
itu turut bertanggungjawab dalam menyesatkan si
pembaca itu. Anda turut bersubahat dan mendapat
‘saham’. Perbuatan anda tidak ada bedzanya dengan
golongan-golongan yang berusaha mengelicirkan akidah
umat Islam seperti yang dilakukan oleh pendakwah
Kristian dan Yahudi.
Sebenarnya sudah lama saya dengar perkara ini
dibangkitkan di ceramah agama Islam di sebuah surau.
Seterusnya saya telah membuat sedikit sebanyak kajian
sendiri. Sehingga hari ini saya masih tertunggu-tunggu
perkara ini dibangkitkan diceramah-ceramah PAS secara
umum, terutamanya semasa kempen memboikot media arus
perdana. Oleh kerana dari pengetahuan saya masih belum
dibangkitkan secara umum, maka saya rasa terpanggil
untuk menyeru kepada tuan-tuan punya kedai yang
beragama Islam supaya hentikan menjual Utusan Malaysia
dan Berita Harian serta akhbar-akhbar arus perdana
yang lain. Jangan terus bersubahat dengan akhbar arus
perdana yang merupakan alat UMNO untuk mensekular dan
menyesatkan umat Islam di negara ini.
Jika anda masih ragu-ragu maka rujuklah perkara ini
kepada ustaz-ustaz untuk mendapat kepastian. Kalau
tidak mahu merujuk kepada ustaz ‘PAS’ atau ustaz
‘bebas’, maka rujuklah kepada ustaz ‘kerajaan’ yang
sudah bersara. Ditegaskan di sini ustaz ‘kerajaan’
yang sudah pencen. Ini adalah kerana ustaz ‘kerajaan’
yang sudah pencen berlainan sekali hujah-hujah mereka
semasa mereka dalam perkhidmatan kerajaan dengan
hujah-hujah mereka setelah mereka pencen. Tetapi awas
dan berhati-hati dengan sesetengah ustaz yang sudah
pencen tetapi terlibat dengan agensi mengurus pakej
umrah kerana mereka ini masih 'terikat’ dan tidak
berani berkata dengan sebenar-benarnya sebab takut
hilang permit.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi