Assalamualaikum wbt.,
Konflik Mahathir-Daim realistik atau sandiwara?
Ada yang berpendapat konflik antara Mahathir- Daim itu
realistik dan memangnya Daim dipaksa meletakkan
jawatan sebagai Menteri Kewangan dan lain-lain jawatan
dalam kerajaan dan dalam parti UMNO. Ada pula yang
mengatakan kalau pun Daim ditangkap oleh polis
tindakan yang sedemikian hanya lakonan sandiwara
belaka. “Ini semua olok-olok,”jelas seorang ahli UMNO.
“Ada golongan dalam UMNO dah bersedia nak paksa
Mahathir letak jawatan di perhimpunan UMNO hujung
bulan Jun ini. Maka Daim dan Mahathir berpakat dan
berpura-pura bergaduh. Dengan konflik olok-olok ini
segala taik yang dilakukan bersama oleh regu
Mahathir-Daim, seperti merompak harta negara dan
bailout kroni-kroni akan dihumban kesemuanya keatas
kepala Daim. Daim sanggup hulur lehernya untuk
disembelih demi membersihkan nama Mahathir. Sekarang
ini tak ada sebab untuk mendesak Mahathir letak
jawatan. Maka selamatlah Mahathir. Bila Mahathir
selamat ianya bermakna Daim juga turut selamat.”
Memangnya ada asas untuk mengatakan bahawa konflik
Mahathir-Daim adalah suatu sandiwara yang diada-adakan
untuk merencatkan rancangan bagi mengulingkan Dr
Mahathir di perhimpunan UMNO bulan ini. Sudah pun
kedengaran desas-desus bahawa bakal
perwakilan-perwakilan UMNO ke perhimpunan tersebut
telah mula dihubungi oleh ‘orang-orang Mahathir’
dengan cerita-cerita yang memburuk-burukkan Daim dan
memuja dewa Dr Mahathir. Bailout syarikat penerbangan
MAS digunakan sebagai contoh bahawa segala angkara
taik adalah perbuatan Daim dan oleh demikian tidak
patut dipersalahkan Dr Mahathir kerana yang sebenarnya
kotor dan bersalah hanyalah Daim Zainuddin.
Dikatakan Musa Hitam dan Ghafar Baba adalah antara
‘veteran’ UMNO yang menerajui gerakan dalam parti UMNO
untuk mengulingkan Dr Mahathir. Sandiwara konflik
Mahathir-Daim dan usaha menyalahkan segala-galanya ke
atas bahu Daim telah sedikit sebanyak merencatkan
rancangan mengulingkan Dr Mahathir tersebut, dan untuk
memastikan rancangan itu akan diteruskan maka Musa
Hitam telah beberapa hari yang lepas mengeluarkan
kenyataan bahawa UMNO sudah menjadi ‘parti haprak’.
Dikatakan kenyataan Musa Hitam itu mempunyai mesej
terselindung dan sebenarnya adalah suatu seruan kepada
ahli-ahli UMNO untuk bertindak ke-arah ‘reformasi’
yang hanya boleh direalisasikan dengan terlebih dahulu
menghapuskan kepimpinan Dr Mahathir. “Musa’s message
was very clear. Mahathir has become a liability to
UMNO’s very survival. Therefore Mahathir must go in
order to check the slide and prevent UMNO from
becoming irrelevant in 2004.”
Mereka yang berpendapat bahawa konflik antara
Mahathir-Daim itu adalah realistik dan bukannya
sandiwara mengutarakan beberapa hujah. Dikatakan
bahawa tokoh-tokoh usahawan dan korporat yang
berpayung dibawah naungan regu Mahathir-Daim sudah
akur kepada kenyataan bahawa Dr Mahathir sudah menjadi
beban. Kebencian rakyat terhadap Dr Mahathir sudah
meningkat dan menjadi kebencian terhadap UMNO dan jika
UMNO kalah dalam tahun 2004 maka semua usahawan dan
tokoh korporat yang dikaitkan dengan regu
Mahathir-Daim akan turut dihambat dan diheret ke
mahkamah oleh rakyat. Maka Dr Mahathir perlu
dihapuskan untuk menyelamatkan bukan sahaja UMNO
tetapi juga kepentingan ahli-ahli koporat dan usahawan
yang berkenaan. Daim telah berjaya dipengaruhi dan
suatu konspirasi telah dirancangkan untuk mengulingkan
Dr Mahathir dan konco-konconya.
Ada juga pendapat bahawa bukannya Daim tetapi Dr
Mahathir yang sengaja mencari jalan untuk bergaduh
dengan Daim setelah mendapat maklumbalas bahawa suatu
pergerakan dalaman UMNO sudah muncul untuk
menghapuskan kepimpinan beliau. Tujuan mengujudkan
pergaduhan dengan Daim itu adalah untuk menyalahkan
Daim dan kempen memburuk-burukkan Daim telah pun
dilancarkan yang dijangka akan dapat membersihkan imej
Dr Mahathir. Dikatakan Daim dan ‘anak-anak buahnya’
seperti Tajuddin Ramli, Halim Saad, Wan Azmi Hamzah
akan ditangkap. Malah sudah ada cerita-cerita rumah
Daim di Taman Melawati, Hulu Kelang telah digeladah
oleh polis dan Setiausaha Politik kepada Daim telah
dipanggil oleh Polis untuk disoal siasat.
Mereka yang berpendapat bahawa konflik Mahathir-Daim
adalah realistik telah menyebarkan cerita bahawa Daim
dan sesetengah tokoh-tokoh usahawan dan korporat akan
membiayai gerakan dalaman UMNO untuk mengulingkan Dr
Mahathir. Kalaulah betul cerita-cerita ini, maka
sama-samalah kita tunggu samada kuasa kewangan yang
ada pada Daim berupaya mengalahkan kuasa politik yang
dipegang oleh Dr Mahathir. Lazimnya kuasa kewangan
akan muncul sebagai pemenang tetapi harus diingat
bahawa Dr Mahathir adalah seorang diktator yang zalim
dan kejam dan sanggup melakukan apa sahaja untuk terus
berkuasa. Satu lagi faktor memihak kepada Dr Mahathir
adalah pihak polis yang sanggup memperanjingkan diri
mereka kepada Dr Mahathir.
Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui samada
konflik Mahathir-Daim itu sebenarnya adalah realistik
atau pun hanya satu lagi sandiwara.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
Jumaat 23 Rabiulawal 1422
15 Jun 2001