Assalamualaikum wbt
Helikopter Polis suluh rumah Tun Daim malam 16 Jun 2001
E-mail ini baru diterima. Pada malam ini hari Sabtu
malam Ahad, 16 Jun 2001 pada kira-kira jam 11.00
malam, ramai yang sedang makan di gerai-gerai di
Taman Melawati di Hulu Kelang telah melihat helikopter
polis menyuluh ke arah kawasan rumah Tun Daim (atau
mungkin juga rumah Tan Sri Wan Azmi Hamzah). Rumah Tun
Daim dan rumah anak didikan beliau Tan Sri Wan Azmi
terletak sebelah menyebelah di lereng bukit di pinggir
Taman Melawati.
Menurut beberapa orang pemerhati yang telah bergesa ke
kawasan bukit tersebut, dua buah kereta yang disyakki
kereta polis telah meninggalkan kawasan rumah Tun Daim
itu dalam lebih kurang 20 minit selepas peristiwa
helikopter menyuluh ke arah rumah bekas Menteri
Kewangan tersebut.
Adakah Tun Daim (atau Tan Sri Wan Azmi) ditangkap
polis
pada malam ini. Mungkinkah Tun Daim atau Tan Sri Wan
Azmi berada di dalam salah sebuah dari dua kereta
tersebut yang disyakki adalah kereta polis.
Kawasan pintu gate rumah Tun Daim dilaporkan dikawal
malam ini oleh 6 orang penggawal, sesuatu yang luar
kebiasaan. Selalunya hanya dua orang penggawal sahaja.
Sama-sama kita tunggu pengesahan samada polis telah
pergi sekali lagi untuk mengeladah rumah Tun Daim
(buat
kali yang ketiganya) atau pun mengheret bekas Menteri
Kewangan itu ke Bukit Aman. Mungkin juga rumah yang
digeladah kali ini adalah rumah Tan Sri Wan Azmi.
Yang menjadi tanda tanya adalah kenapa helikopter
polis menyuluh rumah Tun Daim (atau rumah Tan Sri Wan
Azmi). Nampak seolah-olah pihak polis ingin menarik
perhatian orang ramai kepada tindakan mereka itu.
Beberapa hari yang lepas masa dalam perjalanan untuk
pergi mengeladah rumah Tun Daim buat kali yang
pertamanya pihak polis telah juga menarik perhatian
orang ramai dengan membunyikan siren.
Apa perlunya memasang siren atau menyuluh dari
helikopter kalau tidak berniat untuk menarik perhatian
orang ramai. Tindakan polis sedemikian menimbulkan
tanda tanya samada kesemuanya ini, iaitu konflik
Mahathir-Daim, sebenarnya suatu sandiwara.
Mungkin juga ini semua bertujuan untuk menyediakan
rakyat kepada acara membidas dan menjatuhkan air muka
Tun Daim yang bakal akan dilakukan di perhimpunan UMNO
minggu depan. Ada khabar-khabar angin kononnya dalam
ucapan beliau di perhimpunan tersebut nanti, Dr
Mahathir akan mendedahkan segala keburukkan Tun Daim.
Mahathir akan melondehkan seluar dalam Daim. Serangan
keatas Tun Daim itu bertujuan untuk merencatkan apa
jua rancangan untuk mendesak Dr Mahathir supaya turun
dari takhta sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Entahlah. Allahua’alam.
Ada pula cerita kononnya Dr Mahathir akan ubah taktik
dan mencurahkan puji-pujian ke atas Tun Daim semasa
berucap di perhimpunan UMNO tersebut.
Terkini – Dato Mustapha Mohamad masuk senarai polis.
Maklumat terbaru yang diterima menyebut satu lagi anak
didik Tun Daim, iaitu bekas Menteri Usahawan, Dato
Mustapha Mohamad juga berada dalam senarai polis untuk
disoal siasat. Dato Mustapha yang kalah di Jeli dalam
pilihanraya tahun 1999 telah dilantik sebagai
Penasihat Ekonomi.
Sudah ada cerita-cerita yang cuba mengaitkan Dato
Mustapha dengan skandal bond RM19 billion PNUB.
Dikatakan Dato Mustapha bertindak atas arahan Tun
Daim.
Tarabulsi
Jam 1.00 pagi
Ahad 17 Jun 2001.