Assalamualaikum,
Mahathir pertikaikan Quran apabila menyamakan Islam dengan agama lain.
Ramai yang mengikuti siaran langsung ucapan Dr
Mahathir di Perhimpunan UMNO pada 21 Jun 2001, telah
tersentak apabila mendengar Dr Mahathir berkata,
“Apakah taraf agama lain tidak boleh disamakan dengan
taraf agama Islam?”. Dari nada dan gaya yang
disuarakan oleh Dr Mahathir, rata-rata orang Islam
memahami kenyataan itu sebagai menyamakan Islam dengan
agama-agama yang lain. Dengan demikian Dr Mahathir
telah mempertikaikan Al Quran kerana di dalam Al
Quran Allah SWT telah berfirman (terjemahan) :
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) pada
sisi Allah ialah Islam.”( Ali ‘Imran 3:19).
Sememangnya Dr Mahathir itu sudah terlanjur, tetapi
yang amat menyedihkan adalah perwakilan-perwakilan
UMNO yang mendengar ucapan Dr Mahathir itu telah
bertepuk diakhir ucapan tersebut. Maka mereka semua di
PWTC itu telah turut bersubahat dengan Dr Mahathir
dalam mempertikaikan Al Quran.
Orang-orang UMNO yang hadhir di PWTC itu lupa bahawa
perbuatan tidak percaya atau mempertikaikan walau pun
satu perkataan dalam Al Quran hukumnya adalah jatuh
murtad.
Kalau Allah SWT sudah memfirmankan bahawa hanya Islam
sahaja agama yang Allah redhai, maka siapakah Dr
Mahathir untuk mempersoalkan mengapa agama lain itu
tidak boleh disama tarafkan dengan agama Islam.
Bukankah Allah SWT telah juga berfirman (terjemahan) :
“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad)
dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama
Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas
segala agama yang lain, walau pun orang musyrik tidak
menyukainya..” ( At Taubah 9:33).
Berdalilkan ayat 33 Surah At Taubah tersebut, Allah
SWT telah menetapkan bahawa taraf agama Islam itu
mengatasi segala agama yang lain dan Allah SWT akan
memenangkan Islam dan menghapus segala agama yang
lain.
Nampak sangat Dr Mahathir tidak menyukai Islam itu
berada ditaraf yang tinggi. Mengapa Dr Mahathir
mahukan lain-lain agama itu sama taraf dengan Islam
sedangkan Allah SWT telah menetapkan hanya Islam agama
yang benar dan diredhai Allah SWT. Adakah Dr Mahathir
sebenarnya bukan beragama Islam?
Kita telah lihat sebagai seorang yang berketurunan
India tanpa setitik pun darah Melayu, Dr Mahathir
telah begitu seronok dalam memijak kepala orang
Melayu. Ada saja peluang, Dr Mahathir akan menghina
dan memperlekehkan orang Melayu. Pantang ada peluang.
Begitu juga Dr Mahathir kelihatan begitu seronok dan
ghairah dalam menghina, memperlekeh dan mempertikaikan
Al Quran dan Hadith. Maka timbul persoalan samada Dr
Mahathir sebenarnya bukan beragama Islam dan ini
sebabnya beliau tidak teragak-agak untuk menghentam
Islam. Pantang ada peluang.
Dr Mahathir dengan terang dan biadabnya telah
mempertikaikan ayat 33, Surah At Taubah. Berdalilkan
ayat yang sama Dr Mahathir boleh dikatakan terjatuh
ke dalam golongan orang-orang musyrik yang tidak
menyukai Islam itu dimenangkan dan mengatasi segala
agama yang lain seperti yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT. Dan orang-orang UMNO di PWTC yang telah
bertepuk di akhir ucapan Dr Mahathir itu telah turut
diheret masuk ke dalam golongan orang-orang yang
musyrik.
Wahai orang-orang UMNO (yang beragama Islam),
sedarlah. Lihatlah apa yang telah terjadi. Oleh kerana
anda semua terus mengekalkan kepimpinan Dr Mahathir
yang jelas anti Islam itu, maka anda semua telah
diheret oleh Dr Mahathir untuk bersubahat dalam
mempertikaikan Al Quran.
Sedarlah wahai orang-orang UMNO. Hapuskanlah Dr
Mahathir dan konco-konconya yang seringkali telah
mengheret anda semua ke dalam golongan orang-orang
yang memperlekeh dan mempertikaikan ayat-ayat Al
Quran. Sedarlah sebelum terlambat.
Teguran ini dibuat dengan ikhlas. Allah Maha
Mengetahui.
Malangnya, setiap kali kalangan para ulamak PAS dan
ulamak bebas menegur anda semua orang-orang UMNO, apa
yang terjadi adalah anda semua akan bersikap angkuh
serta sombong dan enggan untuk menerimanya. Malah anda
semua akan menganggap teguran dan nasihat yang baik
itu sebagai percubaan untuk mengkafirkan. Para ulamak
PAS telah menegur bukan untuk mengkafirkan. Jauh
sekali. Para ulamak PAS menegur supaya anda
orang-orang UMNO (yang beragama Islam) akan sedar
bahawa anda semua sudah jauh terpesong, malah pada
hari ini 21 Jun 2001 anda semua telah sekali lagi
digelincirkan akidah oleh Dr Mahathir. Diharap anda
semua orang-orang UMNO akan sedar dan kembali ke jalan
yang diredhai oleh Allah SWT.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
29 Rabiulawal 1422
(21 Jun 2001)