Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO kekal dibawah Mahathir adalah positif bagi pembangkang

Assalamualaikum,

UMNO kekal dibawah Mahathir adalah positif bagi pembangkang.

Seperti yang dijangkakan golongan dalam UMNO yang kononnya hendak mengulingkan Dr Mahathir semasa perhimpunan UMNO baru-baru ini telah sekali lagi kecut perut dan sebaliknya telah turut bersama-sama perwakilan UMNO yang lain bertepok tangan apabila Dr Mahathir mencaci dan mengaibkan orang Melayu sebagai bangsa haprak yang membawa erti menghina yang lebih jijik dari perkataan pariah. Sebenarnya Dr Mahathir kekal memimpin UMNO adalah sesuatu yang positif bagi pembangkang kerana kebencian majoriti orang Melayu terhadap Dr Mahathir menjadikan UMNO juga dibenci. Dr Mahathir adalah asset kepada pembangkang dan liabiliti kepada UMNO. Selagi Dr Mahathir terus berkuasa selama itulah orang Melayu akan bertambah benci kepada UMNO.

Bayangkanlah senario yang mungkin berlaku jika sekiranya orang UMNO menerajang keluar Dr Mahathir. Kemungkinan besar rasa kebencian terhadap UMNO akan beransur kurang dan mendap, dan ramai bekas ahli dan penyokong UMNO yang sudah menyebelahi pembangkang akan kembali kepangkuan UMNO. Parti Keadilan mungkin menjadi kucar-kacir sekiranya kepimpinan UMNO yang mengambil alih dari Dr Mahathir dan konco-konconya itu mempelawa Anwar Ibrahim kembali kepada UMNO (setelah dibebaskan). Memangnya bermacam kemungkinan yang akan tidak menyenangkan pihak pembangkang boleh tercetus sekiranya Dr Mahathir disingkirkan.

Alhamdullilah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana telah menetapkan Dr Mahathir terus kekal sebagai Peresiden UMNO yang juga bermakna majoriti orang Melayu akan terus kekal dalam kebencian dan rasa jijik mereka terhadap UMNO. Kita harap Dr Mahathir yang mahahaprak itu akan dilanjutkan usianya hingga ke tahun 2003/2004 yang akan mencerahkan peluang bagi pihak pembangkang untuk memenangi pilihanraya yang bakal diadakan pada tahun-tahun tersebut.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi
5 Rabiulakhir 1422
27 Jun 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Jun 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com