Assalamualaikum
Kemungkinan besar DTC dibakar oleh Dr Mahathir.
Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya terbakar
sehari sebelum menjadi venue bagi Dr Mahathir berucap
kepada siswa-siswi di "Simposium Hala Tuju Penegasan
Mahasiswa". Simposium tersebut terpaksa dialih ke
dewan yang lain. Reaksi Dr Mahathir terhadap kebakaran
DTC itu bagaikan beliau tahu ianya akan berlaku. Dr
Mahathir dengan cepat telah menuduh kumpulan pelajar
militant sebagai bertanggungjawab walau pun pada
ketika itu pihak polis dan bomba baru memulakan
siasatan. Tuduhan melulu yang dibuat oleh Dr Mahahtir
terlalulah sangat tidak dapat diterima akal.
Tanyalah mereka yang pernah terlibat dalam mengatur
kunjungan Perdana Menteri ke sesuatu tempat dan mereka
akan menegaskan bahawa adalah menjadi 'standard
procedure' bagi pihak polis (Special Branch) untuk
melakukan 'security sweep' keatas kawasan yang akan
dikunjungi oleh PM itu.‘Security sweep’ dibuat
sekurang-kurangnya sehari sebelum kunjungan PM, dan
selepas ‘security sweep’ tersebut, tempat berkenaan
akan diawasi dengan rapi oleh SB dan Unit Tindakan
Khas (yang berpakaian preman) secara ‘round the clock’
sehinggalah ketibaan dan kepulangan PM di hari
keesokannya. Langkah-langkah keselamatan ini diambil
untuk mencegah berlakunya sebarang kemungkinan buruk,
terutamanya sabotaj. Malah dalam dua tiga tahun
kebelakangan ini langkah-langkah keselamatan untuk Dr
Mahathir telah ditingkatkan. Memang susah bagi
pelajar-pelajar yang bukan professional dalam kerja
sabotaj untuk menembusi kawalan keselamatan tersebut.
Sepatutnya pihak SB dan UTK meningkatkan pengawasan
DTC di tahap ‘high alert’ memandangkan bahawa
risalah-risalah telah diedarkan di kampus Universiti
Malaya yang menyeru siswa-siswi supaya memboikot
simposium tersebut. Lazimnya dalam tempoh 24 jam
sebelum kunjungan PM itu, toksah kata yang memasukki
DTC, tetapi sesiapa sahaja yang menghampiri DTC akan
diawasi, dan yang mencurigakan akan diekori oleh SB
yang berpakaian sebagai juruteknik, tukang cuci dan
lain-lain pakaian menyamar. Malah pegawai-pegawai SB
akan juga menyamar sebagai pelajar-pelajar dan
menyelit dikalangan pelajar-pelajar untuk merisek
maklumat. Maka timbul persoalan bagaimana
pelajar-pelajar boleh menembusi pengawasan rapi oleh
polis yang terlatih dan berpakaian preman itu.
Mereka yang berpengalaman dalam mengatur kunjungan PM
akan ketawakan dakwaan Dr Mahathir. Tidak menasabah
langsung untuk menuduh kebakaran DTC berpunca dari
sabotaj oleh pelajar-pelajar kerana hanya mereka yang
terlatih dan pakar dalam kerja sabotaj (highly trained
professionals) sahaja yang boleh menembusi
langkah-langkah keselamatan yang sangat rapi yang
dikenakan oleh pihak polis sebelum dan semasa
kunjungan PM ke sesuatu tempat itu.
Ramai dikalangan orang Melayu juga menolak dakwaan
kononnya kebakaran DTC berpunca dari sabotaj pelajar
militant (yang tidak pun ujud) atau dari pendawaian
letrik yang “faulty”. Pendapat umum dikalangan orang
Melayu adalah kebakaran tersebut merupakan tindakan
khianat oleh 'orang-orang Dr Mahathir' sendiri (dengan
kerjasama SB dan UTK) untuk mencapai tujuan-tujuan
politik tertentu. Ha..ha. Orang Melayu tidak mudah
lupa kepada sandiwara Sauk, dan orang Melayu rata-rata
menganggap kebakaran DTC sebagai satu lagi peristiwa
yang dirancangkan oleh Dr Mahathir.
Memang ada alasan untuk mensyakki DTC telah dibakar
oleh 'orang-orang Dr Mahathir" dengan kerjasama SB dan
UTK. Kebakaran tersebut merencatkan rancangan
pelajar-pelajar untuk berdemonstrasi bagi membantah
kedatangan Dr Mahathir ke kampus mereka. Kebakaran itu
juga merencatkan hasrat pelajar-pelajar untuk menuntut
pemansuhan Akta Universiti dan Kolej.
Kebakaran DTC tersebut ada hubungkait yang rapat
dengan hujah-hujah yang disampaikan Dr Mahathir dalam
ucapannya di simposium tersebut. Dr Mahathir telah
menyeru pelajar-pelajar supaya jangan bertindak secara
yang boleh memusnahkan ekonomi dan keamanan negara
yang bakal mereka warisi. DTC dibakar untuk memastikan
apa yang disampaikan oleh Dr Mahathir kepada
siswa-siswi akan mempunyai kesan yang diiginkan ("the
desired impact").
Kebakaran DTC tersebut juga memberi Dr Mahathir ruang
untuk menuduh pihak pembangkang sebagai telah
menghasut pelajar-pelajar untuk membakar dewan
tersebut. Setelah membakar DTC, Dr Mahathir kini
punyai justifikasi untuk menghalang pihak pembangkang
dari memasukki kampus.
Setelah membakar DTC, Dr Mahathir kini punyai
justifikasi untuk mengetatkan kawalan keatas
pelajar-pelajar. Tidak akan memeranjatkan kalau
sekatan-sekatan keatas pelajar-pelajar dibawah Akta
Universiti dan Kolej akan ditambah.
Sememangnya kebakaran DTC adalah selaras dengan niat
busuk Dr Mahathir untuk menghapuskan semua ‘landmark’
negara yang bersejarah yang dikaitkan pembinaannya
dengan jasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Kita sudah
melihat Subang Airport yang dibina di zaman Tunku
sudah pun dirobohkan. Keputusan sudah lama dibuat
untuk meruntuhkan Stadium Merdeka. Beberapa tahun
yang lalu ada cadangan supaya Masjid Negara dirobohkan
dan tapak masjid tersebut diberi kepada Sukom Bhd dan
Berjaya Group untuk dibangunkan. Ha..ha..jangan ingat
Melayu mudah lupa dengan cadangan Dr Mahathir untuk
merobohkan Masjid Negara dan memberi kawasan itu
kepada ipar beliau, General (Menangis) Tan Sri Hashim
Ali.
Jangan hairan kalau Dr Mahathir ada rancangan untuk
mengalihkan kampus UM ke kawasan yang lain sebab
kampus sekarang ini di Lembah Pantai juga dikaitkan
dengan jasa Allahyarham Tunku. Dan sudah tentu Dr
Mahathir akan merasmikan kampus baru tersebut seperti
yang beliau lakukan di kampus baru UIA. Malah ada
kedengaran khabar-khabar angin seketika waktu dahulu
kononnya kroni-kroni Dr Mahathir telah mencadangkan
supaya UM dialih ke kawasan Putra Jaya atau
berhampiran Sepang yang akan memberi mereka keuntungan
yang besar dalam pembinaan kampus baru tersebut.
Kalau pun kampus UM tidak dialaih, kebakaran DTC
bermakna ianya perlu dibina semula. Sebenarnya sudah
lama kroni-kroni Dr Mahathir mencadangkan supaya DTC
diroboh dan dibina semula.
Jelas dari huraian diatas bahawa Dr Mahathir punyai
berbagai motif untuk membakar DTC. Malangnya bagi Dr
Mahathir segala ‘political mileage’ yang diperolehi
dari kebakaran tersebut telah dimusnahkan (was
shortlived) oleh ketua Puteri UMNO, Azlina yang telah
secara melulu dan tidak kena pada tempat mendesak Naib
Canselor UM meletakkan jawatan. Tuntutan Azlina
tersebut dianggap keterlaluan oleh ramai pihak.
Sesama kita tunggu hasil penyiasatan ke atas punca
kebakaran DTC tersebut. Dicadangkan supaya pihak polis
terlebih dahulu menyiasat Dr Mahathir dan Rahim Thamby
Chik (penaja simposium). Mungkin kedua-dua pemimpin
UMNO haprak ini boleh membantu pihak polis dalam
sisatan mencari punca kebakaran tersebut.
Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi