Assalamualaikum,
UMNO beri MCA universiti, MIC pula dapat bank Melayu.
Pada hujung minggu pertama bulan Julai, 2001 ini,
kerajaan Dr Mahathir telah memberi kebenaran kepada
MCA untuk menubuh universiti yang kian lama diidamkan
oleh MCA. Kita tidak lupa bagaimana isu ini begitu
hangat lagi sensitif pada suatu ketika dahulu, dan
bagaimana UMNO yang original (bukan UMNO celup yang
ujud sekarang ini)telah membantah dengan kerasnya. Dan
kita tidak lupa bagaimana Musa Hitam semasa memegang
jawatan Menteri Pelajaran telah dengan tegas dan
muktamad menolak penubuhan universiti MCA tersebut.
Mengapa UMNO (Baru) yang ditubuh oleh Dr Mahathuir
menghidupkan semula isu yang sensitif ini mudah untuk
dibaca. Jelas tujuan UMNO adalah untuk membodek dan
memulihkan sokongan kaum Cina yang semakin berpaling
kepada pembangkang. Langkah ini juga bertujuan untuk
memulih serta memperkukuhkan kedudukkan Ling Liong Sik
yang begitu goyang dan terancam. Ianya juga adalah
muslihat untuk memerangkap BA. Sekiranya BA melatah
dan membantah, maka arus perpindahan sokongan kaum
Cina kepada pembangkang yang kian meningkat
momentumnya akan terencat, dan ramai akan berpusing
balik kepada BN.
Kini sudah jelas kenapa digembar-gemburkan isu
pelajar-pelajar keturunan Cina yang mendapat keputusan
cemerlang tetapi gagal mendapat tempat dalam IPTA, dan
mengapa diberi gambaran palsu kononnya lebih 7,000
quota Melayu di IPTA tidak dapat dipenuhkan kerana
kekurangan pelajar-pelajar Melayu yang berkelayakan.
Kini jelas kenapa dikebelakangan ini pelajar-pelajar
Melayu dibelasah, dimalukan dan dihina dengan teruk
sekali oleh Dr Mahathir dan UMNO. Rupa-rupanya
kesemuanya adalah sandiwara belaka ('to set the
stage') untuk menjustifikasikan kebenaran yang
kini diberi kepada MCA untuk menubuh universiti yang
telah kian lama dikuburkan oleh Musa Hitam.
Sebenarnya yang dipertikaikan selama ini adalah
kebenaran kepada sebuah parti politik untuk menubuh
universiti, dan juga kerana universiti yang ditubuhkan
oleh parti politik yang berlandaskan perkauman seperti
MCA akan memperkukuhkan lagi sentimen serta segregasi
perkauman. Ini yang dipertikaikan, dan bukannya usaha
untuk memperbanyakkan lagi peluang bagi rakyat (tidak
kira keturunan) untuk memperolehi pendidikan tertiary.
Kalau tujuannya adalah untuk menambah tempat belajar,
mengapa tidak ditawarkan sahaja kepada pihak swasta
yang sudah pun menubuh dan menguruskan lebih seratus
(100)IPTS yang kebanyakannya menawarkan kursus-kursus
ijazah termasuklah yang dibawah twining programme
dengan universiti-universiti ternama di luar negeri
seperti Monash University.
Diketahui sesetengah pemimpin MCA (bukan sahaja dari
khemah Ah Lek-Chua Jui Meng yang menentang Liong Sik)
tidak berasa senang kerana mereka mensyakki UMNO
mempunyai bermacam muslihat selain dari matlamat untuk
menyekat orang Cina dari berpaling ke BA, dan matlamat
untuk menyelamatkan Ling Liong Sik. Mereka mengetahui
majoriti orang Melayu sudah tidak lagi sokong UMNO,
dan UMNO sangatlah takut untuk menghadapi BA dalam
pilihanraya 2004, dan antara lainnya UMNO akan, dalam
keadaan yang terdesak ini, mencari helah untuk
mengistihar dharurat untuk terus bergantung kepada
kuasa.
Pemimpin-pemimpin MCA yang berkenaan mensyakki, dalam
pada UMNO cuba mebodek orang Cina, UMNO juga akan
mendalangi usaha untuk membakar kemarahan orang Melayu
terhadap penubuhan Universiti MCA tersebut. Dan jika
UMNO (secara dibelakang tabir) berjaya dalam menghasut
orang Melayu, maka UMNO seterusnya akan
mengeksploitasi dan menghala-tujukan kemarahan orang
Melayu itu supaya memuncak menjadi rusuhan kaum "Mei
13 Episod Kedua". Sekiranya tercetus rusuhan kaum dari
isu universiti ini, maka UMNO akan dapat terus
memerintah dengan kuasa dharurat yang akan menjangkau
tahun 2004 yang sekali gus bermakna pilihanraya 2004
yang digeruni oleh UMNO itu tidak akan diadakan. "Mei
13 Episod Kedua" yang juga dibawah arahan Dr Mahathir
inilah yang sangat membimbangkan sesetengah pemimpin
MCA itu.
MIC DAPAT BANK MELAYU.
Maka UMNO telah membenarkan MCA menubuh universiti
untuk membodek kaum Cina. Apa pula cara yang digunakan
oleh UMNO untuk mebodek kaum India? Caranya adalah
membantu kaum India melalui pergabungan bank untuk
menguasai Bank Bumiputera-Commerz yang telah
digabungkan itu. UMNO telah memberi persetujuannya
kepada hasrat MIC untuk menjadikan Bank
Bumiputra-Commerz sebagai bank India untuk
menggantikan Public Bank yang dimilikki kaum India
yang telah bankrupt itu.
Sebaik saja pergabungan dilakukan hampir kesemuanya
eksekutif kanan Bank Bumiputera telah disuruh berhenti
dengan diberi 'golden handshake". Langkah tersebut
telah memastikan jawatan-jawatan tertinggi dalam Bank
Bumiputera-Commerz yang digabungkan itu dipenuhi oleh
eksekutif kanan keturunan India dari Commerz Bank.
Di peringkat eksekutif pertengahan dan kakitangan
pula, hampir kesemuanya 1,500 pekerja yang hendak
dibuang dalam langkah 'downsizing' yang sudah bermula
pada 5 Julai, 2001 adalah dari keturunan Melayu (yang
sebelum pergabungan merupakan kakitangan Bank
Bumiputera). Oh ya, kita tidak lupa kerajaan UMNO-BN
berjanji pergabungan bank-bank tidak akan membawa
kepada pembuangan pekerja-pekerja bank. Janji golongan
munafik, mana boleh percaya.
Dan 1,500 yang hendak dibuang itu hanya peringkat
pertama. Apabila downsizing exercise ini selesai nanti
lebihkurang 5,000 kakitanngan dari Bank Bumiputera
akan dibuang, dan Bank Bumiputera-Commerz akan menjadi
bank India. Samy Vellu pun mempunyai modal untuk
merayu kepada kaum India supaya terus mengundi BN
sebagai tanda kesyukuran mereka kepada UMNO.
KES PENGANIAYAAN KEATAS PEKERJA BANK
Kini beberapa bank telah pun memulakan langkah
mengurangkan tenaga kerja atas alasan pergabungan.
Bank
Bumiputera-Commerz sudah mengeluarkan surat dan
butiran VSS dalam langkah membuang 1,500 pekerja. Ini
baru fasa pertama. Objektifnya adalah untuk membuang
seramai 5,000 kakitangan dari 8,000 yang sebelum
pergabungan merupakan kakitangan Bank Bumiputera.
Maybank juga dilaporkan sudah menawar 'golden
handshake' kepada sesetengah pekerja dan Rashid Husin
Bank akan menyusuli. Rata-rata jumlah pekerja-pekerja
bank yang akan diberhentikan kerja atas alasan
'downsizing' akibat dari pergabungan akan berjumlah
29,000 kakitangan. Bagi pekerja-pekerja di sektor
ekonomi yang lain pula, mereka yang akan dibuang kerja
(retrench) menjelang hujung tahun ini dianggarkan
seramai hampir 120,000 orang pekerja.
Industri perbankan dikatakan 'in extremely bad shape'
(dalam keadaan yang tersangat tenat). Dan ini semua
adalah angkara Dr Mahathir dan kroni-kroninya serta
orang-orang UMNO-BN dan 'contacts' mereka yang
mempersundalkan amanah yang diberikan oleh rakyat
dengan menggunakan amanah itu untuk memperkayakan diri
sendiri tanpa memikirkan kesan buruk yang teruk dan
berpanjangan ke atas ekonomi negara. Mereka inilah
yang sebenarnya bertanggungjawab dalam memusnahkan
ekonomi negara. Mereka telah meminjam ribuan juta dari
bank-bank di dalam atau di luar negeri (dengan jaminan
oleh bank-bank tempatan) dan telah tidak membayar
balik. Hutang-hutang mereka dibailout oleh kerajaan Dr
Mahathir (bermakna ditanggung oleh rakyat) sementara
mereka terus hidup mewah dan berjoli sakan di
rumah-rumah banglo dilereng-lereng bukit atau
kondo-kondo mewah dengan kereta-kereta mewah mereka
(ada yang sampai 17 kereta mewah), dan melancung ke
tempat-tempat percutian yang masyhur di dunia, seperti
Disneyland di LA.
Jangan hairan kalau dalam dua tiga tahun lagi ramai
anak-anak muda kita akan terpaksa pergi ke negara yang
lain untuk mencari kerja (macamlah yang berlaku kepada
rakyat Indonesia, Filipina dan Thailand). Mungkin
dalam beberapa tahun yang akan datang bila kita ke
Mekkah untuk umrah kita tidak lagi hanya terdengar
disebut "Filipino workers, Indonesian workers" tetapi
kita juga turut terdengar disebut "Malaysian workers".
Sekian dulu.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi