Assalamualaikum,
Sejak 3 Julai lagi saya katakan Mahathir bakar DTC untuk pinda Akta Universiti.
Pada Sabtu 14 Julai, 2001 Bernama News melaporkan
bahawa Dr Mahathir semasa mengulas tentang penyiasatan
ke atas kebakaran Dewan Tunku Canselor (DTC) di
Universiti Malaya telah juga menyatakan Akta
Universiti dan Universiti Kolej mungkin dipinda atau
peraturan kampus diketatkan agar pelajar memberikan
perhatian sepenuhnya kepada akademik. Menurut Bernama
Dr Mahathir telah juga berkata kerajaan akan
mengetatkan lagi peraturan universiti bagi mengelakkan
kampus-kampus dijadikan “pusat kegiatan luaran.”
Kenyataan Dr Mahathir tersebut secara tidak langsung
dan secara implikasinya (‘by inference”) mengesahkan
maklumat yang telah saya terima pada 1hb Julai, 2001
yang menyatakan bahawa orang-orang Dr Mahathir
terlibat dalam kebakaran DTC yang berlaku pada 29 Jun,
2001. Seperti yang telah saya nyatakan dalam artikal
saya yang bertajuk, “Kemungkinan besar DTC dibakar
oleh Dr Mahathir” (yang disiarkan oleh Tranung Kite
pada 3 Julai, 2001) antara sebab DTC dibakar adalah
untuk menambah sekatan-sekatan keatas pelajar-pelajar
dibawah Akta Universiti dan Kolej. Kini Dr Mahathir
secara tidak sedar mengesahkan bahawa DTC dibakar
untuk menjustifikasikan diketatkan lagi
sekatan-sekatan ke atas pelajar-pelajar dibawah akta
berkenaan. Dengan yang demikian pihak polis adalah
digesa supaya memulakan penyiasatan ke atas Dr
Mahathir dan konco-konconya dengan segera.
Dalam artikal saya “Kemungkinan besar DTC dibakar oleh
Dr Mahathir” yang dirujuk kembali itu, saya telah
berani menuduh bahawa orang-orang Dr Mahathir
bertanggungjawab membakar DTC kerana maklumat yang
saya terima pada 1 Julai, 2001, iaitu dua hari selepas
kebakaran itu berlaku, adalah dari “orang dalam”.
Dalam artikal saya yang dirujuk itu, saya telah
menulis dalam perenggan 6 seperti berikut:
Quote - “Memang ada alasan untuk mensyakki DTC telah
dibakar oleh 'orang-orang Dr Mahathir’ dengan
kerjasama SB dan UTK. Kebakaran tersebut merencatkan
rancangan pelajar-pelajar untuk berdemonstrasi bagi
membantah kedatangan Dr Mahathir ke kampus mereka.
Kebakaran itu juga merencatkan hasrat pelajar-pelajar
untuk menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej” -
unquote.
Saya seterusnya menegaskan di perenggan 9 artikal saya
itu seperti berikut:
Quote - “Setelah membakar DTC, Dr Mahathir kini
punyai justifikasi untuk mengetatkan kawalan keatas
pelajar-pelajar. Tidak akan memeranjatkan kalau
sekatan-sekatan keatas pelajar-pelajar dibawah Akta
Universiti dan Kolej akan ditambah” – unquote.
Lihat bagaimana saya telah menyatakan dengan secara
tegasnya di perenggan 9: ia-itu; “Setelah membakar
DTC, Dr Mahathir kini punyai justifikasi untuk
mengetatkan kawalan keatas pelajar-pelajar…”
Saya harap artikal saya ini akan dicetak dan
disebarkan dengan meluasnya. Diharap pihak polis yang
memantau laman-laman web reformasi akan juga menagmbil
perhatian dan akan memulakan siasatan.
Mintak-mintaknya, jangan saya pulak disiasat oleh
pihak polis (seperti yang berlaku kepada saudara Ezam
yang diheret ke balai polis kerana membuat laporan
berhubung salahlaku rasuah si Rafidah Aziz). Saya
tidak perlu disiasat. Saya hanya melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang setia kepada
negara ini yang ingin membantu polis dalam siasatan
mereka. Yang perlu disiasat oleh pihak polis adalah
kemungkinan bahawa DTC dibakar oleh orang-orang Dr
Mahathir untuk menjustifikasikan pindaan kepada Akta
Universiti dan Universiti Kolej. Ini yang perlu
disiasat dan dipastikan samada benar atau
disebaliknya. Dan kalau hasil penyiasatan menunjukkan
Dr Mahathir dan konco-konconya terlibat maka mereka
hendaklah ditangkap dan dihadapkan di mahkamah.
(Artikal saya “Kemungkinan besar DTC dibakar oleh Dr
Mahathir” yang telah disiarkan oleh Tranung Kite pada
3 Julai itu diperturunkan semula dibawah untuk
memudahkan rujukan pembaca)
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
23 Rabiulakhir 1422
(15 Julai, 2001)
Artikal berkaitan :
Kemungkinan besar DTC dibakar oleh Dr Mahathir